Pengalaman Pertama naik kereta perisai/kebal ACV 300 Adnan di Karnival Kem Batu 5 | Selamat hari kemerdekaan Malaysia!
Assalamualaikum dan Hai. "Tanggal tiga puluh satu, bulan lapan lima puluh tujuh,Merdeka! Merdeka!Tetaplah merdeka, Ia pasti menjadi sejarah". Itu adalah sedikit bait-bait lirik lagu Tanggal 31 nyanyian Allahyarham Sudirman. Bila kedengaran lagu di siaran TV dan radio itu tandanya kita bakal menyambut hari kemerdekaan.
Pada tahun ini kita menyambut kemerdekaan tahun ke 62. Semoga negara Malaysia terus aman makmur dan maju selamanya.
Ada yang pergi tengok perbarisan merdeka ke?Tahun ni CR tak pergi sebab ada hal pagi ni dan tak boleh nak pergi. Kalau pergi mesti lagi terasa kehangatan semangat kemerdekaan itu. Dan selalunya akan ada perbarisan unit2 badan beruniform dan juga pejabat-pejabat kerajaan. Tahun dahulu CR pernah tengok di Temerloh, siap ada persembahan silat dan juga kereta perisai/kebal askar lagi. Memang teruja gila bila tengok dan teringin nak naik.
Dan nak dijadikan cerita, impian CR nak merasa naik kereta perisai tentera berjaya apabila CR pergi ke Karnival Kem Batu 5 Mentakab bulan lepas. CR merasa naik kereta perisai ACV 300 Adnan. Nak tengok video CR naik kereta perisai?Boleh tengok di channel youtube CR.
Semasa tunggu turn nak naik |
Ada juga pameran-pameran dari Agensi lain seperti Bomba, Pertahanan Awam , Hidupan Liar dan juga pelbagai lagi. Sempat la merasa pegang kepada Harimau ni. :) Menurut encik yang memberi penerangan itu, ini adalah barang rampasan yang berjaya mereka rampas dari pihak yang tidak bertanggungjawab yang nak menjual kulit harimau ni. Dari kepala hingga ke kulit adalah asli dan diawetkan. Kecuali mata dan lidah harimau tu.
Okay itu sahaja perkongsian CR mengenai karnival Kem Batu 5. Satu entri ada tiga kisah hehe. Harap2 tahun depan ada lagi Karnival Kem Batu 5 ni dan boleh lagi merasa naik kereta perisai. :)
Salam kemerdekaan
ReplyDeleteSalam kemerdekaan WP
DeleteIngatkan kem batu 5 Port Dickson tadi, hehehe. Baru nak cediih tak dpt jumpa kak reen. Rupanya kat pahang.
ReplyDeleteBestnya dapat pengalaman naik kereta kebal gituuu, nak juga rasaaaa...
Hee. Kalau kat PD dah roger2 Mai da. Hehehe..
DeleteNti tahun dpn meh dtg sini. Hehe
Wah bukan selalu ada peluang naik kereta kebal tu. Untung CR
ReplyDeleteTu la Diah. Teruja gilaa
DeleteWahhh best nye dapat naek kereta kebal.. Tak sangka kete tu boleh bunyi Hon jugak ye
ReplyDeleteKann ade hon mcm kete biasa tu..
DeleteKem Batu 5 ni yang terletak kat Jalan Ipoh, K.Lumpur Ke? Apasal tak de diwar-warkan di tv dan radio. kalau tak, mesti saya pergi.
ReplyDeleteEh takkk. Kem Batu 5 di Mentakab Pahang. 😊
DeleteBestnya pameran2 mcmniiiii... Ust Syamsul debat tuuu, dpt naik kereta kebal lagi best best
ReplyDeleteMmg pengalaman best sis. 😊👍
Deletewah..bestnya dapat merasa naik kereta kebal tu.
ReplyDeleteBestnya reen. Bukan selalu dpt peluang mcm ni kan.
ReplyDeleteblog walking here again...
ReplyDeleteWoww...best tu pengalaman mcm ni. Bukan selalu boleh naik benda alah tu kan..hehe
ReplyDeleteSeronoknyaaaaa. I spent my merdeka day dekat rumah je :)
ReplyDeleteuntung dapat naik kereta askar tu.. akak xpernah naik swaktu aboh berkhidmat dengan askar.. kalau trak tu rajin la hahaha...
ReplyDeleteUstaz syamsul debat memang lawak akak selalu gak layan ceramah dia
wah.. pengalaman yang ohsem..
ReplyDelete