Tempat makan best di Kuantan Pahang Kula Cakes
Assalamualaikum dan Hai. Ini kisah awal tahun tapi baru letak kat blog. Nampak tak lama sangat tak cerita pasal personal kat blog ku ini. :) Kali ni CR nak kongsikan satu tempat makan viral kalau kita berkunjung ke Kuantan Pahang. Tak sah rasanya kalau ke Kuantan tapi tak singgah ke Cafe ni.
Cafe tersebut adalah Kula Cakes dan rasanya rata-rata semua dah familiar dengan cafe ni. Selalunya bila CR ke Kuantan dan lalu depan kedai ni, memang selalu ramai pelanggan beratur. Sampai keluar beraturnya punya la ramai.
Tapi nak dijadikan cerita, masa kami datang tu tak ramai sangat lagi pelangganya. Beruntung la kami tak perlu nak beratur lama. :)
Kek paling popular dan memang menjadi tarikan utama di Kula Cakes ini adalah Mango cheese cake. Tapi aku pun tak sure kenapa kami tak order Mango cheese cake tu. Terorder kek lain. Mungkin sebab bila tengok kek yang display tu jadi terlupa nak order 'trademark' Kula Cakes ni. Takpe, next time pulak rasa.
Tak ingat nama-nama kek ni. Pilihan Syafiq macam biasa, Pavlova. Yang dua lagi tak ingat dah nama kek tu. Sebenarnya sebelum kami ke sini, kami dah isi perut kami dengan sata, udang tepung, keropok lekor dan macam-macam lagi lah. Tapi dah teringin nak ke sini singgah la jugak.
Bila perut dah kenyang, mood makan pun jadi perlahan sikit lah. Tapi lama-lama habis jugak. Makan sambil membawang, memang best lah.
Tempat wajib ambil gambar bila datang Kula Cakes. |
Kula Cakes ni selain terkenal dengan Mango Cheese cake dia, cafe ni sangat la cantik decoration dia. Sesuai untuk orang yang suka bergambar dan letak di feed instagram. Kula Cakes berkongsepkan cafe hispter dan taman. Memang cantik. Tapi satu je masalah kalau nak kesini iaitu masalah parking. :)
Kula Cakes
Alamat :
Jalan Besar
96 A, Jalan Besar
25000 Kuantan
Pahang Darul Makmur
Instagram : https://www.instagram.com/kulacakes/
Facebook :
kite baru pegi last week first time jugak.. sebab orang kata famous sangat. saja turun Kuantan pegi cari. buuuut.. i like other cake better. kite suka gak mango cheesecake tu. sedap n unik ada sliced mango but ada je tempat lain yang lagi sedap. kite suka choc salted caramel diorang n brownies. brownies ooooseeem !!
ReplyDeletewill be back to Kula untuk beli bronis hehe..
Kawan sellau upload ke sini. Sedap sangat katanya. wish one day nak cuba
ReplyDeletekuantan.
ReplyDeletein shaa Allah ke sana, aida cari ni.
aida. asben. anak2. kami memang suka makan ringan gini.
food hunters!!!
mango cheese kek. lama x makan. dulu kat seremban, ada cafe yg jual.
sedap ya Allah!!!
Tak pergi makan lg dekat kula cakes kuantan
ReplyDelete