Cara padam/delete akaun Instagram bagi pengguna yang sudah meninggal dunia
Assalamualaikum dan Hai. Sebelum ni Cik Renex pernah berkongsi tentang cara untuk padam akaun instagram kita. Tapi sebenarnya bukan padam terus tapi pihak Instagram disable akaun kita sahaja. Bila kita log in semula dia akan jadi aktif semula.
Untuk baca boleh klik link di bawah.
Untuk kes ini,kita nak melaporkan pengguna akaun instagram tersebut sudah meninggal dunia pada pihak Instagram. Kadang-kadang tu kita perlu padam akaun sebab mungkin ada gambar yang tak sesuai untuk ditayangkan dan juga mungkin sesetengah waris tak nak akaun tersebut masih aktif.
Tapi ada sesetengah orang dia akan membiarkan sahaja akaun Instagram tersebut tu aktif sebagai kenangan mereka. Terpulang pada diri masing-masing.
Jika anda sebagai waris nak melaporkan akaun arwah/simati pada instagram caranya mudah sahaja. Tetapi laporan ini hanya boleh dilakukan oleh waris atau orang terdekat sahaja sebab kita perlukan maklumat berkaitan dengan arwah/simati.
Langkah untuk alih keluar/ delete akaun instagram.
1. Klik link ini.
2. Isi maklumat yang diperlukan
Ahli keluarga terdekat yang disahkan boleh meminta pengalihan keluar akaun orang yang disayangi daripada Instagram. Apabila anda menyerahkan permintaan untuk pengalihan keluar, kami memerlukan bukti bahawa anda ialah ahli keluarga terdekat bagi si mati, seperti:
- Sijil kelahiran si mati
- Sijil kematian si mati
- Bukti daripada pihak berkuasa di bawah undang-undang tempatan bahawa anda ialah wakil yang sah bagi si mati atau bagi harta pusakanya
Sumber : https://en-gb.facebook.com/help/instagram/264154560391256?helpref=hc_fnav
Sangat bagus info ni, tak orang lain, satu hari nanti kita juga kann...makaseh Cik!
ReplyDeleteTq reen for sharing. Bookmark entri ni terus.
ReplyDeletenice sharing.. sangat bermanfaat.
ReplyDeletenice sharing. Berguna utk semua. Sebagai langkah berjaga2, jgn la dok post benda yg bukan2. Kita pun taktau bila masa kita kan. Semoga apa yg jadi baru2 ni jadi pngajaran kpd kita semua
ReplyDeletewah baru tahu
ReplyDeleteterima kasih sangta-sangat atas perkongsian nih
Tq sharing nanti boleh share kalau yg memerlukan nanti
ReplyDeleteTQ share pasal ini CR..
ReplyDelete