Cara keluarkan/ 'Cash Out' duit Google Adsense menggunakan Western Union
Cara keluarkan duit Google Adsense guna Western Union | Assalamualaikum dan Hai. Rata-rata blogger memang dah terbiasa dengan perkataan Google Adsense. Dan Cik Renex yakin dah ramai yang pernah merasa duit gaji dari Google Adsense ni. CR baru merasa sekali jer Cash Out itu pun selepas setahun lebih Google Adsense meluluskan permohonan CR. Nak tunggu lulus tu lama juga, itu pun beberapa kali kena 'reject' sebab tak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Tapi Alhamdulillah berkat dari perkongsian rakan-rakan blogger di blog mereka, Blog Cik Renex mendapat kelulusan dan iklan-iklan pun dapat menari-nari di blog Cik Renex. Mana-mana blogger yang tiada lagi iklan google Adsense ini, boleh cuba memohon pula.
Untuk mengeluarkan duit dari akaun kita tu, kita kena tunggu duit dalam akaun mencecah 100USD dan ke atas. Blog CR kurang update dan tak fofular jadi lama la nak menunggu dia mencecah 100USD. Blogger lain, ada tiap-tiap bulan cash out weh. Fuhhh. Tahniah pada mereka.
Untuk mengeluarkan duit dari akaun kita tu, kita kena tunggu duit dalam akaun mencecah 100USD dan ke atas. Blog CR kurang update dan tak fofular jadi lama la nak menunggu dia mencecah 100USD. Blogger lain, ada tiap-tiap bulan cash out weh. Fuhhh. Tahniah pada mereka.
Sebenarnya ada TIGA cara untuk keluarkan duit dari akaun Google Adsense iaitu :
1. Menggunakan Western Union
2. Melalui cek
3. Transaksi terus ke akaun bank kita .
Dari tiga-tiga ini, CR telah membuat 'research' sendiri di google mana yang terbaik antara tiga ini dan Western Union menjadi Juara cara untuk mengeluarkan duit dari akaun Google adsense. Ini kerana lebih mudah dan cepat. Western union adalah salah satu syarikat yang menyediakan perkhidmatan dan penerimaan wang dari serata dunia. Sebelum ini, CR memang tak pernah guna pun Western Union ini . Yelah kan, sebab nak hantar ke siapa , mana ada kenal orang yang duduk luar negara sangat pun. Hiks.
Tak semua bank adalah ejen Western Union , kena tengok premis tu ada tak logo western Union. Kalau ada tu boleh la kita melakukan transaksi pengeluaran. Yang CR sedia maklum ada adalah Pejabat Pos dan Public Bank. Yang lain tak berapa sure sangat.
Cara keluarkan duit Google Adsense guna Western Union
1. Log in ke akaun Google AdSense anda. Klik pada tiga titi bertindih yang CR tunjuk pada gambar di bawah ni.
2.Klik View Payments.
3. Kalau setting bayaran anda bukan dalam setting western Union, pastikan anda tukar dahulu. Klik pada 'Manage Payment Methods' dan tukar kepada Western Union. Setelah selesai klik 'View Transactions' .
4. Akan keluar macam gambar di bawah. Klik Link tersebut untuk mendapatkan Resit Bayaran. Google AdSense juga akan hantar pada email, boleh download di situ dan Print.
Mudah bukan, cuma yang lecehnya kena mengisi borang dan menunggu giliran kan. Kalau cara yang lain tu cuma tunggu sahaja duit masuk ke dalam akaun kita. Proses pengeluaran duit CR pun mudah jer. Adik yang jaga kaunter tu cuma tanya, duit dari mana ni dan dapat macam mana. Lepas tu, dia minta IC sebagai bukti dan dia pun bagi la kita duit. Besar jumlahnya bila USD dah di tukar kepada RM. 😛
okay itu sahaja perkongsian dari CR. Harap2 bulan ni sempat la CR cashkan duit, boleh pergi ho ho holiday. Anda pula bagaimana? Cara yang mana anda pilih untuk keluarkan duit dari akaun Google AdSense tu?
kalau guna Weston union ada dia caj ke kak? Kalau guna wire transfer mcm ada caj kan.. sy nie tak tahu bila nak cashout ..
ReplyDeleteHari tu tanya kat kaunter, dia cakap xde. Tapi xtaw la kalau ada caj tersembunyi kan. Smpn bg byk dlu bru cash out. Hee
Deletebelum merasa lg nak cash out adsense..huhu
ReplyDeleteInshaallah x lama lagi tu. Hehe
Deletebru register td.. xtau la tahun bila blh merasa.. haha
ReplyDeletebaru 50 usd.. klik iklan kat ceritahuda.com plisss.. nak merasa jugak cash out adsense ni.. huda dah klik iklan kat blog cik renex jugak! semoga murah rezeki dpt cash out dan pergi holiday
ReplyDeleteBagus perkongsian ni. biasa transfer ke bank akaun terus.
ReplyDeletelama x kalau guna transfer ke akaun bank terus?
DeleteTahniah awak!
ReplyDeleteThank You sharing info, Cik Renex. Akak bru cukup 103 usd. Tazabarr nak cash out. Hehe.
ReplyDeleteBagus perkongsian ni. Saya pun baru lulus Adsense hujung tahun lepas, lepas 3 cubaan. Dok usha-usah tengok walaupun manual cara untuk keluarkan guna WU, tapi nampak macam ini tak ada extra charge so macam untung lebih. Haha.
ReplyDeleteJemputlah jenguk blog kakijalans ya.
kak dekat payment saya takda tulis western union. Cuma ada wire transfer (BANK) dan cek ja.Nak buat macam mana?
ReplyDeleteTahniah cik renex. saya tgh tunggu lg dalam 20USD utk cash out uhuh
ReplyDeleteKalau passport boleh keluarkan adsense x
ReplyDeleteArtikel ni bagus, dapat banyak info. Terima kasih! :D
ReplyDelete- Kabinet Tv
- Tv Kabinet
- Cat Bilik Tidur