Tempat makan best di Kuantan Pahang Loteng Teluk Cempedak Kuantan
Tempat makan best di Kuantan Pahang Loteng Teluk Cempedak | Assalamualaikum dan Hai. Haus tak bila tengok gambar kat atas ni? Ini adalah satu menu di Loteng Tc. Loteng Tc adalah diantara tempat kegemaran pengunjung yang kebetulan datang ke Teluk Cempedak. Loteng Tc terletak diatas 7eleven.
Loteng Tc ada 2 aras. Level pertama adalah tempat kita membuat tempahan apa yang kita mahu makan dan minum. Disini juga disediakan meja dan kerusi untuk lepak bersama keluarga , kawan-kawan dan orang tersayang. Level 2 pula konsep terbuka jadi mungkin akan panas sedikit. Bagi CR, CR lagi suka duduk di level 2 sebab lagi terbuka dan view pantai yang cantik. Sebelum ni CR rasa dia ada sediakan tempat santai2 yang ada bantal beans tu, tapi bila kali terakhir CR pergi dah tak disediakan. Tapi okay je asalkan ada meja kerusi. hehe.
Ini adalah antara menu yang ada di Loteng tc. Banyak sangat untuk dipilih sampaikan rambang mata tak tahu nak order yang mana satu. hiks. Makanan di Loteng Tc lebih kepada western food tapi kalau nak santai-santai lepak sambil minum air boleh la order keropok lekor cheese.
Mocha Shake & Kedondong Shake |
Signature drink Loteng Tc. Rasanya kalau siapa2 yang pergi sini mesti order air ni dan akan ambil gambar bekas minuman ni dan upload di Instagram. hehe. Comel cawan air ni, mula-mula ingat tak boleh bawa balik, rupanya boleh je. Boleh la buat koleksi pulak.
Makanan apa yang kami order? Boleh tengok gambar di bawah yer. Biar gambar berbicara. gituuuuww..
Cheezy Lava Fries |
Crispy Nachos |
Tempura Mushroom |
Tambahan keropok lekor , cheezy wedges |
Antara kesemua menu yang kami order tu , yang paling menjadi kegemaran CR adalah Crispy Nachos. Sampai sekarang macam terbayang-bayang lagi rasa dia. Kepingan nachos bersama sos bolognese dan dua jenis keju. Portion makanan Loteng Tc boleh tahan banyak jugak. Best kalau santai makan bersama rodong sambil borak-borak dan membawang. hehe
Dannn yang paling CR suka di Loteng Tc ni adalah, view yang cantik. Sini memang tempat yang menarik untuk anda selfie dan ootd ke. View air pantai dari atas sangat cantik dan menenangkan hati bila tengok. Sambil minum air, sambil termenung. Memang 'feel' dia lain macam. ;)
Gambar atas pakai baju biru , masa awal tahun kami pergi selepas Amsas Fun Run. Gambar bawah pakai baju hitam semuanya selepas kami join Milo Breakfast Day Run. Lepas lari tambah balik lemak2. hahaha..
Jadi,mana-mana yang berkesempatan ke Kuantan dan berkunjung ke Teluk Cempedak tu, boleh la singgah merasai makanan di Loteng TC ini. Pasti tidak mengecewakan anda. Selamat mencuba.
LOTENG TC.
Facebook : https://www.facebook.com/lotengtc/
Instagram : https://www.instagram.com/loteng.tc/
DIBUKA SETIAP HARI
Ahad - Khamis :12PM -12AM
Jumaat & Sabtu : 12PM - 1AM
Pertanyaan/ Tempahan :📱016 344 5250
tgk gambar sedapnya terliurr
ReplyDeleteKalau pegi tc lpasni boleh la try loteng. thank you sharee. Happy october!
ReplyDeleteCantiklah tempat dia.. makanan dan minuman pun best..
ReplyDeleteCup tu memang comel..
Menariknya! Kalau ke sana, bolehlah singgah. Dahlah view dia cantik!
ReplyDeleteBestnya suasana pantai. Tempura mashroom tu zaza terliur tengok ahaha
ReplyDeletepi Kuantan bole try kedai ini.. menu dia npak sedap2 belaka
ReplyDeletecantiknyaaaa!
ReplyDeletemakanan pon nmpk sedap.. puas hati ni kalo dpt pegi sni..
blh OOTD byk2.. haha
wah kalau gi TC boleh terjah nanti!
ReplyDeletewaaaaaahhhh TC.. dh 13 tahun xjejak kaki ke sana. arghhh rindunya... Nak ajak somi ke sne lah nnti.
ReplyDeletebesnya tengok view pantai dari atas ..cantik.. sambil makan sambil menikmati pemandangan
ReplyDeleteAir dia sedap, botol dia cantik dan lepak sini best. Hadap laut. Biasa juga lepak sini.
ReplyDeletesyoknya sambil makan layan view cantik macam tu
ReplyDeleteeh hai orang bera . saya pun orang bera :)
ReplyDeletewow sedapnya makanan nya
ReplyDelete