Kemaman Sands ; Pilihan Lokasi Hari Keluarga Triggers 2019

Kemaman Sands Terengganu

Kemaman Sands ; Pilihan Lokasi Family day 2019 Triggers  | Assalamualaikum dan Hai. Seperti tahun-tahun sebelum ni, tempat kerja Cik Renex akan mengadakan acara tahunan wajib iaitu Hari Keluarga. Program ini akan melibatkan semua cikgu dan kakitangan di sekolah dan pihak yang menguruskan adalah jawatankuasa Kelab Guru dan Kakitangan (KGK) 2019. Semenjak CR mula bekerja di sini, dah beberapa kali jugak CR menyertai Hari Keluarga. Antara lokasi yang menjadi pilihan KGK Triggers.

2012 Baru masuk kerja tak sempat join. hikhik
2013 Pulau Tioman
2014 KLCC Camp Site Janda Baik - Tak pergi
2015 Lake Town Bukit Merah Perak - tak pergi
2016 Grand Beach Resort Port Dickson
2017 Fishing Bay Resort Mersing
2018 Casa Bonita Hotel Melaka


Kemaman Sands Terengganu

Untuk tahun 2019, mereka memilih negeri Terengganu sebagai pilihan lokasi untuk kami melaksanakan program Hari Keluarga dan kami semua menginap di Kemaman Sands. Kemaman Sands terletak di Kampung Geliga Chukai. Dari rumah CR ke Kemaman Sands mengambil masa lebih kurang 3jam lebih sahaja menggunakan highway LPT. CR gerak dari rumah dalam 9pagi dan sampai dalam jam 12 tengah hari.

Waktu check in jam 2 Petang jadi, CR pun pergi la mengisi perut dahulu. Yang tu nanti CR letak di entri lain. Selepas tu CR ke mall yang berhampiran. Dalam kul 1 lebih baru CR gerak semula ke Kemaman Sands.  Sampai2 sana dah ramai guru dan staf di sana.

Kemaman Sands Terengganu

Senarai nama dan bilik memang dah ada pada Kemaman Sands. Jadi CR hanya perlu ke kaunter dan sebutkan nama sahaja. Nanti pihak kaunter sana akan bagi kunci dan arah bilik yang kita dapat.

Kemaman Sands ; Pilihan Lokasi Hari Keluarga Triggers 2019

Nama-nama untuk bangunan bilik ni diberi nama mengikut nama pulau di Terengganu. CR dapat bilik Pulau Rhu Hentian.  Bilik CR dekat dengan parking kereta dan tingkat bawah. Jadi mudah la nak angkat barang-barang kita. 

Kemaman Sands ; Pilihan Lokasi Hari Keluarga

Bilik CR tak luas sangat, sepatutnya boleh je CR nak tukar bilik ambil katil lain tapi dah malas nak angkut2 barang,maka terus je la stay dalam tu. :) Muat je untuk kami bertiga sebenarnya tapi sempit sikit la bila tidur.

Kemaman Sands ; Pilihan Lokasi Hari Keluarga


Tandas dan bilik air yang luas dan selesa.


Kemaman Sands ; Pilihan Lokasi Hari Keluarga

Aktiviti Hari Keluarga kami bermula jam 530 jadi sempat la nak rehatkan badan dahulu, nak lelapkan mata pun sempat juga. Dalam jam 5 CR keluar dulu dengan adik CR untuk sesi bergambar. Belakang Kemaman Sands ada pantai iaitu Pantai Mak Nik ataupun Monica Bay. Suasana pantai yang sangat cantik dan sesuai untuk bergambar bagi kaki bergambar seperti kami ini. hiks.

Acara sukaneka dimulai dengai acara untuk kanak-kanak iaitu mewarna. Kemudian acara untuk dewasa. Acara sukaneka yang dimainkan untuk tahun ini adalah Ulat gongok vs dadu gergasi, mengupas kulit epal tanpa putus dan juga makan biskut dengan meletakkan biskut di atas muka. Untuk sukaneka kategori keluarga pula adalah acara membina istana pasir. CR tak join pun sebab malas lagipun berdua je dengan adik CR, xsyiok la.. Nanti bukan jadi istana pasir, jadi istana kayangan. hahaha.


Selepas sukaneka , semua bergerak ke kolam untuk aktiviti bebas. Terjun ke kolam memang dinanti-nantikan oleh budak-budak ni. Semua bersemangat nak berendam dalam tu dan CR pun sertai sekali walaupun tak reti berenang. 

Aktiviti seterusnya adalah acara makan-makan. Pihak KGK telah memilih restoran yang berhampiran dengan tempat kami menginap, jadi mudah la sikit. Selepas maghrib terus bersiap-siap ke sana. 



Malam tu juga, CR berjumpa dengan pelakon kegemaran CR iaitu Dato Farid Kamil. Mula-mula CR tak nampak dia, tapi kawan CR yang bagitahu. Terus mata terpandang dia. Segan mula2 nak pergi tegur dia, tapi pergi jugak sebab bila lagi dapat jumpa kan. CR memang suka lakonan dia dari zaman dia jadi pelakon sampingan sampai la ni. 😁 Masa ni Dato sakit mata tu mata dia sepet sikit. 


Selepas acara makan-makan terus masing2 balik ke resort dan ianya penamat program Hari Keluarga 2019 sebab esoknya aktiviti bebas. CR dan family bergerak ke tempat lain dulu sebelum kembali ke resort. CR pergi ke esplanade dan sambil2 tengok orang buskers. Dah bosan baru balik semula ke bilik untuk tidur. 

Tahun depan kemana pulak hari keluarga kita? 

9 comments

  1. best kan situ ? duduk situ last year. amek pakej nak tengok penyu telur.
    skali hujan lebat daaa.. kensel.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah best,selesa..ada jgk dieorg tawarkan pakej tu tapi CR tak pergi.hee

      Delete
  2. seronoknye. Da lama tak pergi terengganu huhu. Salam kenal. kita baru aktiv balik berblog harap sudi singgah and jalan2 kat blog kita. done follow sini,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti bila2 ada rzki ke tganu boleh la stay sini :)

      Delete
  3. bestnya.. sepanjang keje xprnh join family day sklh.. haha

    ReplyDelete
  4. wah!...cantik la tempat nie

    berharap suatu hari nanti dapat juga pergi ke sana

    ReplyDelete
  5. Cantik pantai banyak pokok rhu dan redup.

    ReplyDelete
  6. Oo dekat dengan monica bay rupanya. Ana suka pasir kat sana. Warna dia lain dari yang lain.

    ReplyDelete
  7. Bestnya aktiviti macam nie.. tak pernah lagi sampai sini..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex