Hari Terbuka TUDM Kuantan Pahang 2019

Hari Terbuka TUDM Kuantan Pahang 2019

Hari Terbuka TUDM Kuantan Pahang 2019 Assalamualaikum dan Hai. Lama tak bersiaran di blog terchenta. Senarai di bahagian draft penuh dengan tajuk sahaja akan tetapi isi didalamnya masih kosong. Jadi paksa juga diri update kisah di blog ni walaupun kisah ini berlaku telah lama iaitu pengalaman berkunjung ke Hari Terbuka TUDM Kuantan Pahang. Sebelum ni ada juga pameran di situ tetapi tak sempat nak pergi, jadi kali ni memang kena pergi sebab dah lama teringin kan.


Hari Terbuka TUDM Kuantan Pahang 2019

Yang ralatnya disini sebab tak daftar untuk larian di landasan RUNWAY RUN 6KM . Bukan senang kot nak merasa lari atas trek tu tapi dah full. Try juga whatsapp orang yang uruskan  dan dia bagitahu dah penuh. Lepas tu CR tanya lagi boleh ke nak join jugak lari tapi tak pakai tshirt larian dan tak yah medal dan jawapannya BOLEH . Tetapi tu la, tak pergi jugak akhirnya. hahaha

Motif utama nak ke Hari Terbuka TUDM adalah nak tengok pertunjukkan udara. Mula-mula plan asal nak pergi sesi pagi sebab kononnya nak join runway run tu kan, tetapi tak jadi sebab rasa macam terkejar-kejar lak. Pertunjukkan udara pulak ada dua sesi Pagi dan Petang jadi haruslah pilihan CR petang. Untuk pertunjukkan udara sesi petang bermula jam 2.30 dan CR pun geraklah awal dari Bera sebab tahu dah nanti mesti akan ada masalah nak parking kereta kat mana.

Rupanya bukan masalah parking yang menjadi masalah utama tetapi masalah kesesakan jalan menghala ke sana. Jarak nak sampai ke tempat pertunjukkan tu dalam 7km je tetapi sangkut dengan Jammed kena tunggu hampir sejam lebih. Memang rasa nak patah balik dah masa tu sebab tak sanggup nak hadap lama sangat , lepas tu perangai rakyat Malaysia yang suka potong line. Semua nak cepat kan, bertolak ansur la,kalau dah semua potong line barisan macam tu je,memang lambat la kami  sampai.

Disebabkan dah lambat, CR nekad juga masuk kedalam pangkalan udara tu dan cari parking didalam.Alhamdulillah dapat lah parking dalam tu walaupun jauh juga. Pengunjungnya ya Allah ramai sangat, patut lah jalan jem dan parking penuh kiri kanan jalan. Semua tak mahu lepaskan peluang tengok pertunjukkan udara dan hari terbuka TUDM ini. 

Sebelum CR mulakan cerita jom tengok video yang CR sempat rakam ketika hari kejadian. Rakam guna handphone biasa je jadi kualiti gambar tidak begitu cantik. Selamat menonton.


Tujuan utama penganjuran Hari Terbuka ini adalah bagi memberi peluang kepada masyarakat untuk melihat dan mengenali dengan lebih dekat aset-aset TUDM serta peranan yang dimainkan oleh ATM terutamanya TUDM dalam melindungi kedaulatan dan keselamatan negara. Nasib la sempat juga tengok pertunjukkan udara ini. Kalau tak ralat juga rasa. Antara pertunjukkan udara yang ditunjukkan untuk para pengunjung.

• PESAWAT HAWK Mk 108/208
• PESAWAT PC-7 Mk II
• PESAWAT F/A-18D
• PESAWAT EC 725 AP
• PAYUNG TERJUN
• ABSEILING
• FAST ROOPING
• PESAWAT SU-30 MKM


Hari Terbuka TUDM Kuantan Pahang 2019
(Sumber gambar : FB Kerajaan Negeri Pahang)

Gambar selepas letupan pyrothecnic , sedang molek je CR sampai terus bermula pertunjukkan udara. Teruja sangat bila tengok di depan mata walaupun cuaca panas, kami semua tetap tak berinjak dari tempat masing-masing. Menurut sumber akhbar, hampir 51300 pengunjung yang hadir ke pertunjukkan udara dan pameran hari tersebut.

Hari Terbuka TUDM Kuantan Pahang 2019
CR tak lepaskan peluang bergambar dengan juruterbang TUDM

Pertunjukkan udara melibatkan aerobatik dan formasi pesawat yang sangat luar biasa dan menarik hasil daripada juruterbang TUDM yang terlatih. Dari situ terbukti kecekapan mereka mengendali pesawat tersebut.

Hari Terbuka TUDM Kuantan Pahang 2019
Antara ahli PASKAU  yang membuat persembahan payung terjun

Satu lagi persembahan yang CR nanti-nantikan adalah persembahan daripada Pasukan Khas Tentera Udara (PASKAU)  iaitu persembahan payung terjun. Kita di bawah menanti mereka turun dengan teruja, mereka diatas sana tu ape lah perasaan dia kan.


Hari Terbuka TUDM Kuantan Pahang 2019

Hari Terbuka TUDM Kuantan Pahang 2019


Sangat-sangat-sangat teruja tengok live depan mata mereka turun seorang demi seorang dengan selamat. Selalu main PUBG kita jump dari pesawat kan, sekarang tengok depan mata da. Dari sekecik-kecik burung di atas sana, sehinggalah selamat mendarat. PASKAU yang berpengalaman dan bukan calang-calang team mereka ini.



Hari Terbuka TUDM Kuantan Pahang 2019
Bomba TUDM

Hari Terbuka TUDM Kuantan Pahang 2019


Selain daripada persembahan daripada PASKAU, Bomba TUDM, Pasukan Kombo dan Pancaragam Pusat turut menggamitkan lagi suasana Hari Terbuka disamping dengan Pameran statik pesawat TUDM. Pameran Statik yang melibatkan beberapa buah pesawat ini memberi peluang kepada masyarakat melihat pesawat-pesawat TUDM dengan lebih dekat. Antara pesawat terlibat adalah EC 725 AP, PC 7 MK II, MB 339 CM, HAWK, F/A-18D, SU-30 MKM, C130H, CN 235 dan A400M. Skuadron 401 TUDM pula mempamerkan aset STARSTREAK.


Hari Terbuka TUDM Kuantan Pahang 2019
Di dalam pesawat CN235

Hari Terbuka TUDM Kuantan Pahang 2019
Orang ramai beratur nak naik pesawat

Para pengunjung berpeluang untuk naik ke dalam pesawat yang dipamerkan juga. Ramai sangat beratur dan CR hanya sempat merasa naik sebuah pesawat sahaja iaitu CN 235-220M sahaja. Akan tetapi itu dah cukup bermakna sebab dapat pengalaman sebegitu rupa. hehe. Pesawat yang besar sikit tu tak sempat nak naik sebab ramai sangat beraturnya.

Hari Terbuka TUDM Kuantan Pahang 2019

Tentera Darat Malaysia (TDM) turut bersama memeriahkan pameran statik dengan menampilkan aset penting darat iaitu kereta perisai ACV300 Adnan dan AV8 Gempita.

Kesimpulannya, CR sangat berpuas hati dan gembira sangat dapat merasai pengalaman ni. Semoga tahun depan TUDM akan adakan lagi hari terbuka macam ni lagi dan CR dapat pergi.



5 comments

  1. waalaikumussalam. wah bestnya. kalau kak boleh pi sana, pasti akan bawak anak2 sekali untuk pengalaman cuti sekolah depa yg best ^_^

    ReplyDelete
  2. Seronok ni dapat tengok..bawak budak2 lagi depa suka

    ReplyDelete
  3. alalalaaa.bestnya pergi event tu. kawan IQ yg tudm pn ada promote event ni kat group tpi tu la, jauh sangat! anyway, tak der terjumpa jodoh? kot2 tahun depan da berdua. hehe

    ReplyDelete
  4. Bestnya.. Seronok bila dapat joint hari terbuka macam nie..

    ReplyDelete
  5. Wow, that explosive pyrotechnic gempak gila!

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex