Antabax Dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC For Health

Antabax Dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC For Health
Vivian Lee, Senior Brand Manager of Antabax presenting a token of appreciation to Dr Muhamad Yazli Yuhana, Consultant Internal Medicine & Infectious Diseases of KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital at Antabax Always Be Clean (ABC) for Health campaign.

Antabax Dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC For Health︱
Dengan peningkatkan jumlah kes influenza di Malaysia, Antabax dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital kini bekerjasama untuk menganjurkan kempen kebersihan ‘Always Be Clean’ (ABC) for Health. Ia bermatlamat meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai kebersihan tangan.

Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi, sentiasa membasuh tangan dengan sabun dan air atau pembersih tangan (hand sanitizer), mengikuti etika yang betul ketika bersin dan batuk serta menjalani gaya hidup yang sihat.

Antabax Dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC For Health
Mandy Lee, Senior Product Manager of Antabax, Vivian Lee, Senior Brand Manager of Antabax together with Dr Muhamad Yazli Yuhana, Consultant Internal Medicine & Infectious Diseases of KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, taking the participants of Always Be Clean (ABC) for Health on the correct hand wash steps. 

Menurut Pengurus Kanan Jenama Antabax, Vivian Lee, memastikan kebersihan tangan merupakan salah satu langkah paling penting untuk mengelakkan diri daripada jatuh sakit. Sekali gus mengurangkan risiko penyebaran penyakit berjangkit kepada orang lain.

“Antabax mengambil langkah proaktif sebaik sahaja mendapat tahu jumlah kes influenza kian meningkat. Kami telah bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk menggalakkan tabiat kebersihan selama lebih satu dekad. Kami berbesar hati kerana dapat berkolaborasi dengan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital untuk mendidik orang ramai mengenai langkah mengurangkan risiko dijangkiti dan menyebarkan penyakit berjangkit seperti influenza.”

Data daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menunjukkan bahawa amalan tidak membasuh tangan mengundang bahaya kepada kanak-kanak di seluruh dunia. Membasuh tangan dengan sabun boleh melindungi 1 daripada 5 kanak-kanak yang mengalami jangkitan pernafasan seperti pneumonia. Walaupun orang ramai di seluruh dunia membersihkan tangan dengan air, sangat sedikit yang menggunakan sabun untuk membasuh tangan mereka. Membasuh tangan menggunakan sabun boleh menghilangkan kuman dengan lebih efektif.

Mengenai Influenza


Influenza

Influenza biasanya dipindahkan menerusi titisan air yang keluar daripada batuk dan dan bersin apabila mulut tidak ditutup. Jangkitan virus influenza yang dibawa oleh udara dalam jarak pendek mungkin boleh berlaku, terutamanya di kawasan yang sesak. Pencemaran pada tangan juga menjadi satu lagi sumber jangkitan tersebut.


Influenza

Tanda-tanda dan Simptom Influenza

Tanda-tanda dan simptom influenza termasuklah suhu badan yang tinggi melebihi 38 darjah selsius, rasa penat yang lama sehingga dua dan tiga minggu, sakit sendi dan otot, batuk kering, sentiasa bersin, sakit tekak dan kepala. Mereka yang mempunyai tanda-tanda dan simptom ini perlu segera mendapatkan rawatan. Kumpulan berisiko tinggi termasuklah mereka yang berusia 65 tahun ke atas, ibu mengandung, penghidap penyakit-penyakit kronik, masalah pernafasan dan anak-anak kecil.

Kementerian Kesihatan Malaysia juga mencadangkan kepada orang ramai, terutama mereka daripada kumpulan berisiko tinggi supaya mendapatkan vaksin selsema secara bermusim.


Antabax Dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC For Health
Mandy Lee, Senior Product Manager of Antabax, Vivian Lee, Senior Brand Manager of Antabax together with Dr Muhamad Yazli Yuhana, Consultant Internal Medicine & Infectious Diseases of KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, taking the participants of Always Be Clean (ABC) for Health on the correct hand wash steps. 

Menurut Perunding Dalaman Perubatan dan Penyakit Berjangkit KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, Dr Muhamad Yazli Yuhana, hospital telah merawat lebih 50 kes influenza pada minggu ini. Jadi, adalah penting untuk meningkatkan kesedaran dan mengurangkan jangkitan.

“Hospital merekodkan lebih banyak kes berbanding tahun-tahun sebelum ini. Kami harap dengan inisiatif bersama seperti kempen Antabax ABC for Health, orang ramai akan belajar untuk mengambil langkah-langkah pencegahan demi melindungi diri dan keluarga mereka. Kita perlu lebih proaktif dalam mengambil vaksin, memastikan kebersihan tangan dan mendapatkan rawatan segera untuk mengurangkan penyebaran influenza,” kata Dr. Yazli yang menyampaikan ceramah bertajuk “Wabak Infleunza: Kurangkan Penyebarannya!”

Antabax Dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC For Health
Nurses from KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Infectious Diseases Control teaching the patient at the ward on hand wash steps at Antabax Always Be Clean (ABC) for Health campaign. 

Lagu kebersihan tangan Antabax yang menarik nyata menaikkan semangat kanak-kanak daripada KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital yang turut serta dalam program kesedaran dan pendidikan ini. Ia mampu membantu mereka mengingati langkah-langkah membasuh tangan yang betul sebagaimana yang ditunjukkan oleh para jururawat daripada unit kawalan jangkitan hospital berkenaan.

Antabax Dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC For Health
Vivian Lee, Senior Brand Manager of Antabax, sharing the hygiene tips with the attendees of Antabax Always Be Clean (ABC) for Health campaign

“Penyebaran penyakit berjangkit seperti influenza boleh dikurangnya apabila kita bekerjasama. Langkah penting untuk tidak menyebarkan penyakit ini adalah dengan tidak terkena jangkitannya. Cara utama yang boleh diamalkan oleh setiap orang adalah sentiasa bersih sepanjang masa,” kata Lee.

Kempen ABC for Health dimulakan oleh Antabax pada tahun 2018 untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid pra-sekolah dan sekolah rendah. Ia telah melibatkan lebih 6,000 orang murid di seluruh negara.

Jadilah sebahagian daripada komuniti dan ketahui lebih lanjut mengenai kempen serta inisiatif terkini dengan melayari laman Facebook rasmi Antabax di www.fb.com/NewAntabax atau Instagram di @antabax.

1 comment

  1. kadang2 kita rasa remeh bab2 cuti tangan ni..
    tapi kalo dijadikan habit insyallah jauh terhindar dr virus..

    yang simple elok jadikan amalan..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex