Bersangka baik dengan Tuhan ; Buku Motivasi dari Syira Lokman

Bersangka baik dengan Tuhan ; Buku Motivasi dari Syira Lokman

Bersangka baik dengan Tuhan ; Buku Motivasi dari Syira LokmanUntuk bulan pertama bagi tahun 2020 , Cik Renex telah berjaya habiskan 3 buah buku iaitu 2 buku motivasi dan satu lagi novel English. Jadi, CR ingin berkongsi satu buku motivasi yang berjaya CR habiskan iaitu buku motivasi keluaran Must Read yang bertajuk Bersangka Baik dengan Tuhan hasil karya Syira Lokman. 

Penulis yang pernah muncul dengan buku yang berjudul  Serenity dan Fragile kini muncul kembali dengan naskah buku motivasi yang mampu memberi  kesedaran dan teguran kepada kita. Sebelum ini, buku motivasi Syira Lokman iaitu Serenity dan Fragile terjual ribuan naskhah dan pernah memasuki carta laku keras serta best seller di POPULAR & MPH. 


Bersangka Baik dengan Tuhan merupakan buku untuk mengimbas kembali segala prasangka buruk yang mengisi ruang hati. Mungkin ada persoalan yang sering memakan diri. Mungkin juga ada jawapan yang belum kita temui hingga hari ini. Buku ini tentang harapan bahawa kita ini hamba yang bertuhan. 


Bersangka baik dengan Tuhan ; Buku Motivasi dari Syira Lokman

Buku ini mengandungi 23 isi kandungan yang sangat berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Sedar tak sedar, apa yang diperkatakan di dalam buku ini terlihat lebih kurang sama dengan situasi kita. 

Antara isi kandungan buku ini adalah :
  1. Allah swt tidak adil
  2. Berikan aku masa
  3. Duka anak yatim
  4. Dimana jodohku?
  5. Mandulkah aku?
  6. Mereka sahaja yang salah
  7. Takutkan masa hadapan
  8. Belajar lain, Kerja lain
  9. Dah solat tetapi Rezeki lambat
  10. Lebih baik jadi Jahat sahaja
  11. Jatuh ditimpa tangga
  12. Kau khianati aku
  13. Dimana bahagia itu
  14. Dusta peminta sedekah
  15. Aku dikongkong
  16. Aku Mahu kaya
  17. Kenapa aku sakit?
  18. Itu bukan dia
  19. Bodohlah dia!
  20. Kabel
  21. Anak aku istimewa
  22. Zahirku tak sempurna
  23. Jom bersangka baik dengan Tuhan.

Bersangka baik dengan Tuhan ; Buku Motivasi dari Syira Lokman


Dunia ini tidak Adil,
Ada sahaja duka yang menjenguk,
Ada sahaja sakit yang dirasa,
Ada sahaja dugaan yang menimpa,
Mengapa aku sahaja yang kena?
Mengapa hidup mereka sungguh sempurna.
Bersangka baik dengan Tuhan tidak mudah, tetapi mencuba bersangka baik juga tidaklah terlalu susah.

Penulis mengupas isu pertama berkaitan dengan keadilan Allah swt dan sememangnya dalam diri kita akan berfikir sedemikian apabila melihat kejayaan orang lain sedangkan kita masih dalam keadaan yang bermasalah atau diduga dengan pelbagai masalah. Buku ini menyedarkan kita bahawa kita tidak sepatutnya berfikir sedemikian. Kita sebagai hambaNya harus bersyukur dengan apa yang kita ada dan lihat dalam sudut yang positif. 

"Lihat apa yang kita ada hari ini. Bukankah ini semua apa yang kita minta dahulu? Bukankah ini semua apa yang kita doa dahulu?Layakkah kita sebagai hamba berkata Allah tidak adil?"
"Lebih baik hidup biasa-biasa tetapi tenang dan rasa nikmat bahagia itu daripada dilihat sempurna tetapi jiwa kosong."


Bersangka baik dengan Tuhan ; Buku Motivasi dari Syira Lokman



"Jodoh itu rahsia Allah swt
Kenal bertahun lamanya belum tentu menjadi milik kita
Jumpa hanya seketika tiba-tiba menjadi pasangan setia.
Apa yang pasti , jodoh itu telah Allah swt tentukan dan Allah swt beri bukan pada masa yang kita mahu, bukan pada saat kau merayu-rayu. Tetapi pada saat dia kata, "Kini sudah tiba masanya""

Bila memperkatakan tentang jodoh ramai yang mempersoalkan; bila dan dimana kita akan berjumpa dengan separuh lagi hati kita sehingga ada yang bersangka buruk dengan takdir Allah dan terus mengatakan Allah tidak menyayangi diri kita. 

Di dalam buku ini, penulis memberi kesedaran kepada kita bahawa Tidak dapat jodoh sekarang bukan bermakna hidup tidak bahagia. Ada orang yang tidak dapat menjaga orang tua kerana keluarga. Ada orang yang tidak diberi jodoh tetapi diberi  rezeki mengumpul pahala menjaga ibu bapa.

Banyak lagi isu dan masalah yang dipersoalkan didalam buku motivasi ini. Jadi jangan lupa dapatkan buku ini sekarang dan CR sangat-sangat-sangat menggalakkan anda semua untuk membaca buku ini. Semoga buku ini membuka mata tentang kebaikan Allah yang Maha Esa. InshaAllah ia akan menjawab sedikit sebanyak persoalan yang bermain di fikiran kita. 

Jika anda ingin membeli buku ini boleh didapati di POPULAR, MPH dan semua rangkaian kedai buku seluruh Malaysia. Belian online melalui laman web rasmi Must Read atau whatsapp je 011-11727476. Harganya juga mampu milik iaitu RM23 (Semenanjung), RM26 (Sabah, Sarawak). 

Anda juga boleh membeli melalui instagram penulis buku ini sendiri iaitu Syira Lokman.


12 comments

  1. nampak seronok buku ni...banyak nasihat boleh dapat...

    ReplyDelete
  2. cover pun dah cantik sangat! nampak best betul buku ni

    https://mylittlestoryi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Buku ni best dibaca.. Setiap persoalan tu ada jawapannya.. Mmg rekomen utk semua baca

    ReplyDelete
  4. Ehhh nak gi cari lah buku ni kalau gi MPH. Macam menarik je

    ReplyDelete
  5. Menarik pulak buku ni. Nanti nak cari lah. Baca untuk isi masa lapang plus tambah ilmu

    ReplyDelete
  6. Bagus kalau rajin membaca, budaya yang perlu diterapkan

    ReplyDelete
  7. Nampak menarik buku ni.. Boleh cati nanti.. Bagis syira dh keluarkan tiga buku

    ReplyDelete
  8. Wahhh macam best la buku karya syira ni... Wawa suka baca buku2 motivasi nasihat2 ni..

    ReplyDelete
  9. Menarik buku nie.. nanti kalau ada rezeki nak pi cari juga..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex