Temerloh Titik Tengah Semenanjung , Tempat tarikan baru di Pahang

Temerloh Titik Tengah Semenanjung

Monemun Temerloh Titik Tengah Semenanjung , Tempat tarikan baru di Pahang | Assalamualaikum dan Hai. Seperti yang kita sedia maklum, Temerloh begitu sinonim dengan gelaran Temerloh, Bandar Ikan Patin. Bila sebut je Temerloh memang terus terbayang ikan patin masak tempoyak kan? CR pun tak pernah bercerita lagi tentang ikan patin di blog, inshaAllah next post. Namun kini, Temerloh telah ada lagi satu gelaran iaitu Temerloh Titik Tengah Semenanjung(TTTS). 

Monumen Temerloh Titik Tengah Semenanjung , Tempat tarikan baru di Pahang
Sumber Gambar : FACEBOOK


Monumen Temerloh Titik Tengah Semenanjung , Tempat tarikan baru di Pahang

CR berpeluang singgah ke Monumen Temerloh Titik Tengah Semenanjung semasa ontheway ke Kuala Lumpur melalui jalan lama. Monumen Temerloh Titik Tengah Semenanjung ini terletak di Kampung Paya Siput Lanchang Temerloh Pahang. Tapi kelihatan tempat ini masih belum dibuka untuk orang awam sepenuhnya. Cuma ada yang singgah sebentar untuk bergambar sahaja. Masa CR singgah singgah tu tahun 2019, untuk tahun 2020 CR tak pasti sama ada sudah dibuka sepenuhnya atau belum.

Monumen Temerloh Titik Tengah Semenanjung , Tempat tarikan baru di Pahang

Kawasan Monumen Temerloh Titik Tengah Semenanjung agak luas juga dan sangat la cantik landskapnya. Hijau tenang. Ada tasik di tengah2nya. Nak ke monumen tu pun takde la jauh sangat berjalan kakinya. Hanya perlu singgah di tepi jalan-parking kereta- berjalan kaki sedikit untuk ke monumen tersebut.



KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah telah berkenan berangkat ke Majlis Persembahan dan Taklimat dan Lawatan Titik Tengah Semenanjung pada 26 Ogos 2019 tahun lalu. Kebawah Duli Tuanku telah dipersembahkan taklimat mengenai monumen tersebut dan kompleks Titik Tengah Semenanjung oleh East Coast Economic Region (ECER) - sumber Instagram House Of Pahang.


6 Fakta Menarik Mengenai Monumen Temerloh Titik Tengah Semenanjung

1. Daerah Temerloh bukan sahaja terkenal dengan Bandar Ikan Patin, malah kini mempunyail kedudukan Titik Tengah Semenanjung Malaysia.

2. Terletak di Kampung Paya Siput, Lancang di antara jalan raya lama yang menghubungkan Karak dan Temerloh.

3. Melalui kaedah topografi, kiraan jisim dan kaedah matematik, JUPEM telah memilih utk mengambilkira kiraan matematik sebagai asas penentuan titik tengah tersebut.

4. Titik rujukan peta boleh dirujuk sebagai:

03 29 33U / 102 13 10T
3.4925U / 102.219444T
RSO: X 469519.6934 / Y 386358.7627

5. Titik sebenar jatuh di bawah sebuah madrasah dalam tanah wakaf sekolah pondok dan titik tengah telah dialih sedikit (120m arah bearing 020).

6. Mercu monumen dicondongkan menghala ke arah kiblat dgn pacakan 5 batang buluh mewakili rukun Islam.
Sumber : Facebook

Monumen Temerloh Titik Tengah Semenanjung , Tempat tarikan baru di Pahang

Temerloh Titik Tengah Semenanjung

Sebelum ini ada yang beranggapan KM 0 di Kuala Lipis adalah titik tengah semenanjung Malaysia tetapi yang sebenarnya, mana-mana kiraan jarak perbatuan antara bandar-bandar atau pekan-pekan adalah berdasarkan kedudukan Pejabat Pos.

Selain monumen tersebut, Temerloh Titik Tengah Semenanjung yang menggunakan konsep hentian sebelah menawarkan plaza komersial iaitu empat gerai, tandas, wakaf, surau, tempat persinggahan bas pelancong, kawasan rekreasi dan permainan kanak-kanak.

Temerloh Titik Tengah Semenanjung

Temerloh Titik Tengah Semenanjung



Jika kebetulan anda ke Temerloh boleh la singgah di monumen titik tengah tersebut. Salah satu mercu tanda yang mesti dilawati oleh setiap rakyat Malaysia terutamanya rakyat Pahang. Untuk mencari lokasi, salin dan tampal pada search Google Map titik ni : 3.4945, 102.2198. Lokasinya senang dicari, di tepi jalan sahaja. :)

Baca ni juga.


12 comments

  1. menarik sangat, harap boleh la pi ke belah pahang semula. dulu dapat pi sebab adik belajar kat situ. huhu

    ReplyDelete
  2. semoga facilities tempat ni dijaga elok untuk kemudahan bersama.
    yupppp ikan patin temerloh dapnyeee !!

    ReplyDelete
  3. Waaa cantik lagi kemudahan yg disediakan tu... Tak pernah lagi sampai tu dkt sana..

    ReplyDelete
  4. menarik! teringin nak singgah sini pulak nanti. macam dekat tanjung piai kan reen? titik paling selatan semenanjung. =)

    ReplyDelete
  5. mmg chantek temerloh nih.. dh lama x gi sini

    ReplyDelete
  6. banyak yg menarik di Temerloh.. View cantek, makan best!

    ReplyDelete
  7. cantik tempat ni. kalau ada peluang memang nak pegi..

    ReplyDelete
  8. Rumah mak sedara Mr. A kat area Temerloh bila pergi sana, tak pernah pergi jalan-jalan tempat lain gobang maju pun tak poi laie huhuhuu...

    ReplyDelete
  9. lama sgt x pegi temerloh. the only time pergi is time stop kt rnr temerloh haha

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Wrmbth Sis Cik Renex. Jemput sertai giveaway dengan 17 Hadiah Wang Tunai bernilai RM1000

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang) - 1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang) - 2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang) - 14 x RM50

    Tarikh tutup 29 Feb 2020. Klik sini untuk sertai giveaway ini.

    ReplyDelete
  11. Banyak tempat menarik sebenarnya di Temerloh, bukan hanya patinnya. Kami pernah sekali ke Temerloh masa kawan kawen di sebuah felda di sana. Parentsnya jawa. Rumah felda tersusun cantek dan jiran2 yang baik

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex