Lagu loghat Pahang | Moh Cakak Pahang dari Chik Asan #1

February 25, 2020

Moh Cakak Pahang dari Chik Asan

Lagu loghat Pahang | Moh Cakak Pahang dari Chik Asan #1 | Assalamualaikum dan Hai. Tahun ni Cik Renex nak keluarkan segmen baru untuk blog Cik Renex iaitu berkongsi lagu-lagu rakyat Loghat Pahang. Ada tak yang tak tahu maksud "Loghat" tu apa? Loghat (loghat daerah atau dialek) ialah kelainan dalam sesuatu bahasa yang menjadi ciri satu golongan tertentu dalam kalangan penutur bahasa itu. Istilah ini paling biasa digunakan untuk menghuraikan corak pertuturan setempat, tetapi juga ditentukan oleh faktor-faktor lain seperti darjat sosial (Wikipedia)

Pahang adalah sebuah negeri yang luas dan loghatnya bergantung pada daerah bukan pada negerinya jadi memang pelbagai loghat yang ada di negeri Pahang. Sesuatu perkataan mungkin berbeza sebutannya mengikut daerah masing walaupun mempunyai maksud yang sama. Sebagai contoh perkataan SAYA , di Temerloh & Bera menyebut KOI , Lipis Jerantut menyebut KAS manakala Pekan pula menggunakan perkataan KAWAN. 


Antara keunikan lain loghat Pahang adalah istilah atau kelajuan pertuturan loghat Pahang itu dikatakan mengikut aliran sungai iaitu dari hulu ke hilir, pertuturan daerah terletak di hulu dikatakan lebih laju berbanding daerah di hilir. 

Jadi untuk segmen pertama ni CR nak perkenalkan lagu dari Chik Asan yang bertajuk Moh Cakak Pahang. Ciptaan sepenuhnya oleh beliau sendiri dan banyak lagi lagu lain dari beliau, nanti CR akan kongsikan pada anda semua. Lagu ini banyak menyebut perkataan loghat Pahang yang dah lama orang tidak sebut atau kita dikalangan orang Pahang. Lagu ini juga menggunakan loghat Pahang versi Chenor. Jom kita dengar.



Chik Asan
Facebook : Chik Asan
Instagram : @chikasan71
 Youtube : Chik Asan 

Moh Cakak Pahang - Chik Asan

Lirik & Lagu : Chik Asan

Entoh ingat entoh tidok cakap Pahang Jaman dulu 
Ande masenye terkenang mboh suke ngelekek lalu

Ralit sangat la bebudok main boyok tengoh maklok 
Ngelicei takut kena tangkak tak sedo ngelorot seluo 

Duduk atas kerusi rotan kerusi lame dah nak burok 
Kena duduk entak entak berengut sikit mboh tekelesok 

Duduk ngelayo bawoh rumoh nengok gelego baik terantuk 
Bincut dahi mate bepino mujo berjalan tidok encut 

Kalo meresak dalang semok berjalan kena berambi 
Bimbang terserampok ke akor tetumus karang patoh gigi 

Payoh ngat dah nok menengo ape lagi nok menyebut 
Loghat Pahang bukan senang nampok leweh bukan sedei 

Moh kite cakak loghat Pahang hat cece kite kutit balik 
Orang Pahang usoh pakei palo loghat Pahang moh kita angkit 

Bile netei atas tebing jage jage tergelence
 Kalo tak dan nok berpapoh terus ngelolo ke bawoh 

Bahu rase doh nok rebeh Ngangkut air pakei kando 
Cebet juge dalang beledi salin pulok dalang legei 

Deras berengei ujung jongkel boleh melejo ke betih 
Letok pinggan jangan copei ensot la ke tenggoh sikit 

Saloh makan pinang malai ketoyong kepale pusing mate 
Takut teperlos dalang lubang terjungkang kaki birei tangge 

Pesan orang dulu dulu usoh buat terleleng leleng 
Sebet nok bio seromei jangan tak ketawan laku 

Payoh ngat dah nok menengo ape lagi nok menyebut 
Loghat Pahang bukan senang nampok leweh bukan sedei 

Moh kite cakak loghat Pahang hat cece kite kutit balik 
Orang Pahang usoh pakei palo loghat Pahang moh kita angkit


Berbelit dok menyebutnya tu?Sejujurnya walaupun CR anak jati Pahang ada juga beberapa istilah loghat Pahang yang CR tidak faham. Kena cari kamus loghat pahang ni. hee. Ok lah, jumpa lagi untuk segmen seterusnya dan CR akan kongsikan lagu lain pulak.

Kita Baik Ramai Sayang - Abam Bocey

February 13, 2020

(sumber gambar)

Kita Baik Ramai Sayang - Abam Bocey |
Assalamualaikum dan Hai. Dua tiga hari ni terasa sangat kehilangan seorang anak seni yang sentiasa menceriakan hari kita. Satu demi satu kebaikkan arwah Abam di perlihatkan untuk menjadi pengajaran dan ikutan kepada kita. Tagline "Kita Baik Ramai Sayang" menjadi bualan di bibir kita. Allah, demi Allah CR tak percaya yang arwah Abam dah meninggalkan kita buat selamanya. 



CR pernah contact arwah dua tahun lalu sebab nak bagi hadiah pada dia. Masa dia reply DM tu, seronoknya rasa sebab kita memang suka dia dan kumpulan Bocey. Masa dia kahwin teringin nak pergi tapi tulah, tak berkesempatan.

"Abam, dah tak seronok Maharajalawak tanpa kau Abam. Dah tak ceria tanpa lawak comel kau.Rindu abam"😭😭😭😭😭😭

Sekarang kat timeline IG,FB penuh dengan cerita kebaikan arwah. CR akan mengelak untuk baca post atau tengok video mengenai Abam sebab pasti menangis lepas baca tu. Kita yang hanya peminat pun terasa kesedihan kehilangan Abam, bagaimana la pulak dengan family dan kawan rapat dia kan. Semoga keluarga abam diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini. 

Sungguh mulia hati arwah abam. Masa solat jenazah pun ramai sangat yang datang solatkan arwah. Ya Allah, sesungguhnya pemergianmu amat dicemburui. 


Lirik lagu Abam Bocey - Sikasih

Satu persatu telah pergi
Meninggalkan segala dimiiki
Yang pasti sudah pun tertulis
Di mana mulakan berakhir

Kerapkali aku memerhati
Tiap kisah hidupmu ohh kekasih

Namun takkan mungkin
Kumenjadi seperti dirimu

Terputus sudah di antara kita
Berbeza sudah dua dunia
Tak pernah lupa apa yang kau kata
Kubawa bersama semat di jiwa


Selalunya, dia membuat kita ketawa. Kini, dia membuat kita menangis. 

Alfatihah(dibaca) untuk Arwah Syed Umar Mokhtar.
Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.


© Blog Cik Renex