Lagu Loghat Pahang | Makwe Koi, Putra #2

March 29, 2020


Lagu Loghat Pahang | Makwe Koi, Putra #2

Lagu Loghat Pahang | Makwe Koi, Putra #2 | Assalamualaikum dan Hai. Kembali semula kita di segmen Lagu Loghat Pahang. Sebelum ni CR berkongsi lagu Moh cakap Pahang nyanyian Chik Asan. Kali ni CR nak berkongsi satu lagu yang bertajuk Makwe Koi

Tapi sebelum tu, ada tak yang tak tahu maksud "Loghat" tu apa? Loghat (loghat daerah atau dialek) ialah kelainan dalam sesuatu bahasa yang menjadi ciri satu golongan tertentu dalam kalangan penutur bahasa itu. Istilah ini paling biasa digunakan untuk menghuraikan corak pertuturan setempat, tetapi juga ditentukan oleh faktor-faktor lain seperti darjat sosial (Wikipedia)



Pahang adalah sebuah negeri yang luas dan loghatnya bergantung pada daerah bukan pada negerinya jadi memang pelbagai loghat yang ada di negeri Pahang. Sesuatu perkataan mungkin berbeza sebutannya mengikut daerah masing walaupun mempunyai maksud yang sama. Sebagai contoh perkataan SAYA , di Temerloh & Bera menyebut KOI , Lipis Jerantut menyebut KAS manakala Pekan pula menggunakan perkataan KAWAN. 

Antara keunikan lain loghat Pahang adalah istilah atau kelajuan pertuturan loghat Pahang itu dikatakan mengikut aliran sungai iaitu dari hulu ke hilir, pertuturan daerah terletak di hulu dikatakan lebih laju berbanding daerah di hilir.

Jadi, moh la kita dengar lagu yang CR ingin kongsikan yang bertajuk Makwe Koi. Lokasi video klip adalah di Taman Tasik Bandar Temerloh. 


Makwe Koi

Penyanyi : Putra
Lirik : Nor Azimah
Lagu : Afzainizam


Al-kisoh bermula cerite
seingat kawan perentan derjoh lime
hati koi berkenan dekat anok dare
Weh anok tok lebei namanya Nine

Makwe koi

Pukui satu abih sekoloh
Tok lengoh-lengoh teruih balik rumoh
Deras pegi mandi lepaih ter kene ngaji
Surau nempuh rumoh weh buoh hati

Makwe koi..

Nine Nine Nine
Nine Nine Nina
Nine Nine ni makwe koi

Suka sangat kome beloh petang
main konda kondi ander yang main tayang
keknye kawan geco main pondok-pondok
Nine jadi mok koi jadi bapok

Makwe koi..

Jenuh berturut baru nok balek
Buat tok cakne sebak tengoh ralik
berderun ke sungei terjun ramei-ramei
Nine pulok cuok mandi bercedok.

Makwe koi..

Makwe koi..

Memang banyok kenangan manih
Cerita Hei kampung tak mboh habih
berkubang dalam paye kenduri kendara
koner je koi pegi nine sokmo ander

Makwe koi..

Ndok tak ndok berpisoh jugek
Koi cari ilmu nun di bandor sana
kala luluih tinggi, masuk universiti
Cerohlah masa depan Nina suka hati

Makwe koi.. 

Nine Nine Nine
Nine Nine Nine
Nine Nine ni makwe koi..

Nine di kampung blajo bagei gaya
Termasuk memasok menjait mereka
Bekei mase depan kala jodoh ander
mintok-mintoknye dan koi pinang nine

Makwe koi..

Sakat ini dulu ceriter
seingat kawan pernoh derjoh limer
hati koi berkenan dekat anok dare
Weh anok tok lebei namanya Nina

Makwe koi..

Nine Nine Nine
Nine Nine Nine
Nine Nine ni makwe koi..

Sedak ke dok lagunya? Kalau ada yang tak faham istilahnya boleh tulis di bahagian komen. Kalau CR tahu, CR bagi jawapan. Kalau tak tahu, maaf la, sebab CR pun tak berapa arif loghat2 pahang ni yak. Hee



Resepi Mudah Dalgona Coffee #kopiviral

March 24, 2020

Resepi Mudah Dalgona Coffee #kopiviral

Resepi Mudah Dalgona Coffee #kopiviral | Assalamualaikum dan Hai. Sudah masuk hari ke Tujuh Perintah Kawalan Pergerakan atau dalam bahasa inggeris nya Restricted Movement Order (RMO). Semoga dengan berakhirnya tempoh RMO berakhirlah jugak wabak Covid-19 di Malaysia dan juga seluruh negara. 

Dalam tempoh RMO ni memang kita dikehendaki duduk di dalam rumah sahaja dan tidak dibenarkan keluar melainkan ada hal penting dan membeli barang keperluan. Hanya seorang sahaja dibenarkan keluar dalam satu masa. Tapi CR tengok ada jer yang keluar beramai-ramai dalam kereta. Haish. Degil sangat mereka ni.


Bila kita duduk dirumah sahaja, banyak aktiviti yang kita boleh lakukan bersama orang tersayang. Sebagai contoh, memasak, mewarna, berkebun dan pelbagai lagi. Baru-baru ni viral di social media fenomena buat Dalgona Coffee. CR pun apa lagi, terus la save resepi dan cuba buat. Mudah sangat buatnya dan bahan-bahannya pun sikit jer.

Resepi Dalgona Coffee

Bahan-bahan
1. 2 sudu Nescafe
2. 2 sudu gula
3. 1 cawan susu kotak Full Cream
4. 2 sudu air panas
5. Ais

Cara bancuh
1. Campurkan 2 sudu Nescafe , 2 sudu gula dan 2 sudu air panas di dalam mug.
2. Kacau 3 bahan tersebut sehingga sebati dan bertukar warna seperti gambar di bawah. Boleh kacau menggunakan garfu, pemukul telur atau blend sahaja. CR guna garfu je. Tapi lama la sikit kena kacau/godek tu.

Resepi Mudah Dalgona Coffee #kopiviral

4. Ambil gelas atau mug , isikan ketul ais dan susu ke dalam gelas tersebut.

Resepi Mudah Dalgona Coffee #kopiviral

5. Kemudian letakkan hasil yang kita kacau tu diatas air susu tu seperti gambar diatas ni. Isi la secukup rasa kemudian dah siappp dan siap untuk diminum.

Untuk bancuhan ni, boleh disediakan untuk tiga gelas size yang macam CR guna ni. Rasa pun takde la kaw sangat  kalau kita guna untuk satu hidangan je kan. Bila kacau sebati nescafe atas tu dengan susu di bawah tu, ya allah sedapnya rasa dia. 

Mana-mana yang tak cuba lagi, boleh la cuba buat nanti. Tapi untuk yang tidak biasa mengambil cafein, tidak disarankan cuba takut ada efek lain pulak. CR buat air ni semalam dan kesannya payah nak tidur. hahaha. 



Lirik lagu Semalam; Aina Abdul

March 11, 2020


Mana pergi janji dulu Mana cinta sayang mu

Lirik lagu Semalam; Aina Abdul | Assalamualaikum dan Hai. Aina Abdul, satu nama yang telah ramai kenali apabila kita sebut lagu SUMPAH. Kini Aina Abdul muncul lagi dengan lagu baru yang berjudul SEMALAM. Seperti yang dijangkakan lagu ni sangat la mendalam liriknya.

Untuk sementara waktu ni hanya ada official lirik video, tak sure bila akan keluar MV official lagu ni. Tak sabar nak tengok konsep musik video Semalam ni. Pasti lain dari yang lain. 



Bila CR dengar lagu ni ianya macam berkisar kehidupan seorang wanita/isteri yang memendam rasa kerana didera perasaan@fizikal. 'Calar ungu' mungkin dikaitkan dengan kesan lebam, mungkin. Bila kita dah terlalu sayang pada orang tu, berat hati untuk kita melepaskan dia.  Tapi, nak taknak kita kena terima hakikat yang dia memang dah tak perlukan kita lagi. 

Okaylah. Jom layan lagu ni dulu. 



Lirik lagu Semalam; Aina Abdul

Komposer: Aina Abdul
Lirik: Aina Abdul


Semalam
Diri ini bagai daun gugur
Lemah tak berkaki tak di peduli
Terus engkau pergi tinggal ku sendiri
Ditemani jasad ini

Berkali-kali ku coba untuk pergi jauh dari mu
Setiap langkah ku terhenti kerna jasad ini
Engkau pergi jua tinggal ku sendiri
Dengan seribu calar ungu

Semalam
Diri ini bagai daun gugur
Lemah tak berkaki tak di sayangi
Teru engkau pergi biar ku sendiri
Hilang sepi tak berbunyi

Berkali-kali ku coba untuk pergi jauh dari mu
Setiap langkah ku terhenti kerna jasad ini
Engkau pergi jua tinggal ku sendiri
Dengan seribu calar ungu

Mana pergi janji dulu
Mana cinta sayang mu
Mana semua itu

Ohhh, mana pergi janji dulu
Mana cinta sayang mu

Berkali-kali ku coba untuk pergi jauh dari mu
Setiap langkah ku terhenti kerna jasad ini
Engkau pergi jua tinggal ku sendiri
Dengan seribu calar ungu


Jadi, menurut anda bagaimana? Lagu ini berkisarkan apa? 🤗


Safi Shayla Botanical Silk Shampoo Micellar Silicone Free keluaran terbaru Safi Malaysia

March 9, 2020

Safi Shayla Botanical Silk Shampoo Micellar Silicone Free keluaran terbaru Safi Malaysia

Safi Shayla Botanical Silk Shampoo Micellar Silicone Free keluaran terbaru Safi Malaysia Assalamuaalaikum dan Hai. Selamat kembali bertugas setelah dua hari kita bercuti. Masih terasa mood nak berehat bila masuk kerja di pagi Isnin kan. Pada yang surirumah tu, dah siap mengemas belum tuu. Pasti banyak kerja yang menanti kan. Untuk yang bercuti,selamat menikmati cuti anda. Jaga kesihatan anda lagi-lagi dengan kes wabak covid-19 ni kan.

Entri kali ni CR ingin berkongsi satu pengalaman menggunakan produk terbaru dari Safi Shayla iaitu Safi Shayla Botanical Silk Shampoo Micellar Silicone Free. Packaging syampu ni CR sangat suka sebab Sejenis Lutsinar. Kita boleh tengok syampu kita tinggal banyak ke sikit. Mudah untuk kita 'Bajet' bila untuk beli seterusnya. hehehe.



Safi Shayla Botanical Silk Shampoo Micellar Silicone Free

Safi Shayla Botanical Silk Shampoo Micellar Silicone Free ini adalah 100% mengunakan bahan Botanical Actives dan juga 0% Paraben. Jadi pastinya ianya selamat digunakan. Antara kandungan utama syampu ini adalah Organik Habbatus Sauda, Minyak Argan dan juga Minyak Pokok Teh. Ketiga-tiga bahan utama ini sangat penting dalam membantu membaiki kerosakan rambut kita. 

Kelebihan kandungan bahan di dalam syampu :
  • Organik Habbatus Sauda : Sumber nutrien kaya untuk melindungi dan menyuburkan kulit kepala
  • Minyak Argan : Meninggalkan rambut lebih lembut, sutera, lebih mudah diurus dan menambah bersinar yang sihat dan menarik
  • Minyak Pokok Teh : Berkesan membersihkan folikel rambut yang tersumbat untuk rambut ringan & fleksibel.

Safi Shayla Botanical Silk Shampoo Micellar Silicone Free

Antara kandungan lain di dalam syampu ini :

Water, Sodium Lauryl Ether Sulfate, Cocamidopropyl Betaine, Fragrance, Sodium Chloride, Decyl Glucoside, Hydrolyzed Corn Starch, PPG-3 Caprylyl Ether, Glyceryl Caprylate/Caprate, Panthenol, Citric Acid, Polyquaternium-10, Sodium Citrate, Menthol, Guar Hydroxypropyltrimonium Chloride, Disodium EDTA ,Cetanol dan etc.

Safi Shayla Botanical Silk Shampoo Micellar Silicone Free

CR suka sangat pakai syampu ni rasa macam nak guna setiap kali mandi. Setelah hampir seminggu CR menggunakan syampu Safi Shayla Botanical Silk ni yang paling CR suka adalah bau dia yang wangi dan bertahan sehingga berjam-jam. Masa tengah pakai syampu ni juga kulit kepala akan berasa berangin , segar je rasa. Rambut CR yang sebelum ni macam kering sikit dah kelihatan lebih baik dari sebelumnya. Mungkin kena guna secara berterusan untuk jangka masa yang panjang bagi dapat kesan yang lebih optimum kan.InshaAllah.

Jadi,anda taknak ke mencuba syampu Safi Shayla Botanical Silk ni? Senang je nak cari, boleh cari di watsons, guardian, dan pasaraya yang ada menjual. Harga yang berpatutan untuk size 480gm ni iaitu RM24.90(harga sebelum promosi) sahaja. Murah bukan? Rugi kalau tak mencuba.

Untuk makluman lebih lanjut berkenaan  Safi Shayla Botanical Silk Micellar boleh ke:





Cara tukar 'Dark Mode' / Mod gelap Whatsapp untuk pengguna Android

March 5, 2020

Cara tukar 'Dark Mode' / Mod gelap Whatsapp untuk pengguna Android


Cara tukar 'Dark Mode' / Mod gelap Whatsapp untuk pengguna Android | Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Ada berita baik untuk pengguna setia Whatsapp. Aplikasi Whatsapp akhirnya menawarkan Mod Gelap@Dark Mode untuk penggunanya. Semalam rasanya trending di Laman Sosial Facebook dan Instagram mengenai fungsi baru ni. Sesetengah orang memang menantikan dark mode whatsapp kerana bagi mereka ianya lebih nampak menarik. 



Cara untuk tukar Dark Mode Whatsapp pun sangat mudah. Jom kite tengok step-by-step. Yang CR tunjukkan ini adalah untuk pengguna Android sahaja yer.

1. Buka aplikasi Whatsapp di telefon pintar anda

Tukar whatsappp jadi dark mode

2. Klik tiga titik di bahagian atas kana  sekali. Klik Settings. 

Tukar dark mode whatsapp

3. Klik Chats. 

Whatsapp jadi dark mode

4. Klik Theme

Whatsapp tema gelap

5. Pilih la Dark. 

Cara tukar 'Dark Mode' / Mod gelap Whatsapp untuk pengguna Android

6. Dah siapppp. 

Cara tukar 'Dark Mode' / Mod gelap Whatsapp untuk pengguna Android

Mudah sangat caranya. Cubalah nanti. Kalau rasa pelik boleh tukar semula setting kepada Light. Dah jemu light, tukar semula Dark mode. 

Bagi CR, bila dah tukar kepada setting Dark Mode, rasa lain macam bila berwhatsapp. Rasa tengah guna Telegram & Twitter. Sebelum ni kan putih suci tiba-tiba bertukar gelap. Takpe, kita cuba dulu gunakan Dark Mode. 

Jadi, selamat mencuba semuanya. OH YA, PASTIKAN ANDA UPDATE APPS WHATSAPP TERLEBIH DAHULU DI PLAY STORE JIKA TIADA KELUAR SETTING THEME. 



Big Bad Wolf Book Sale kembali menyerang Kuantan Pahang

March 3, 2020

Big Bad Wolf Book Sale Kuantan Pahang 2020

Big Bad Wolf Book Sale kembali menyerang Kuantan Pahang Jualan Buku Big Bad Wolf Kembali Ke Pahang Untuk Kali Kedua Dengan Membawakan 80% Judul-Judul Terbaru  Dikenali sebagai Jualan Buku Terbesar Dunia, Jualan Buku Big Bad Wolf kini kembali ke Pahang mulai 28 Februari hingga 9 Mac 2020, bertempat di Kompleks Sukan, Universiti Malaysia Pahang, Kampus Gambang. Dibuka dari jam 10:00 pagi hingga 12:00 tengah malam, kemasukan ke Jualan Buku yang diadakan selama 11 hari ini adalah PERCUMA dan para pencinta buku boleh menikmati buku dengan potongan harga antara 75% hingga 95% berbanding harga runcit yang disyorkan. 

Big Bad  Wolf Book Sales 2020 ump gambang

Terkenal dengan penawaran harga yang sangat mampu milik, Jualan Buku Big Bad Wolf menyediakan pelbagai jenis pilihan buku yang terdiri daripada kesusasteraan, seram, novel romantik, bantuan kendiri, seni bina, resipi masakan, novel grafik dan banyak lagi dengan 80% daripadanya adalah judul-judul terbaru khusus untuk para pencinta buku di Pahang. Turut disediakan ialah buku-buku pilihan para ibu bapa yang terdiri daripada buku kanak-kanak seperti buku cerita, buku aktiviti, buku papan, buku pop-up dan buku bergambar. 


CR ke BBW pada Ahad baru ni kebetulan ada kerja di Kuantan. Masa sampai tu banyak dah kereta parking di bahagian luar kompleks sukan UMP Gambang. Banyak sangat buku yang dijual dan pilih je mana yang berkenan di hati.


Para peminat buku karya Lauren Weisberger juga pasti teruja dengan novel sekuel, When Life Gives You Lululemons, yang berpaksikan kisah tentang pembantu pertama Miranda Priestly daripada The Devil Wears Prada. Sementara itu, mereka yang gemar memasak pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan Malaysia: Recipes from a Family Kitchen, sebuah buku koleksi resipi keluarga nukilan Wan Ping Coombes, anak kelahiran Ipoh yang menjuarai MasterChef UK 2014. Para pengunjung daripada pelbagai latar belakang juga pasti teruja menemukan buku-buku pilihan mereka di Jualan Buku kali ini. 

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas sokongan yang diberikan kepada kami semasa Jualan Buku tahun lepas. Kami kembali semula, dan kali ini membawakan lebih daripada 80% judul terbaru khusus untuk warga Pahang. Buku mendorong kita untuk menerokai dunia dengan berfikiran dan berimaginasi yang lebih terbuka. Kami gembira kerana dapat memberi peluang kepada semua untuk menerokai dunia ilmu,” kata Pengasas Bersama Jualan Buku Big Bad Wolf, Andrew Yap. 

Buku Ajaib yang menampilkan kecanggihan teknologi Augmented Reality (AR) telah diperkenalkan tahun lalu dan menerima sambutan menggalakkan daripada para pengunjung yang pertama kali menyaksikan sendiri keajaiban teknologi AR. 


Tahun ini, Jualan Buku Big Bad Wolf Pahang akan membawakan 17 judul Buku Ajaib. Ibu bapa dan guru-guru yang sedang mencari cara interaktif bagi meningkatkan keterlibatan kanak-kanak disyorkan untuk memilih Buku Ajaib. Buku Ajaib ini berupaya mewujudkan pengalaman membaca yang lebih mengasyikkan dan interaktif untuk semua. 6 buah judul terbaru yang ditawarkan termasuklah The Wheels on the Bus, Old Macdonald, Disney Frozen: A Sleepover Party, Disney Winnie the Pooh: Fun with First Words, ABC Fun with Mickey dan Counting Fun with Mickey boleh didapati di Jualan Buku tersebut. 

Selain daripada Buku Ajaib, antara tarikan utama Jualan tahun ini ialah Come-To-Life Puzzle Sets. Setiap set 2 dalam 1 ini mengandungi set teka-teki 28 keping yang turut menampilkan kecanggihan teknologi AR. Setelah teka-teki fizikal berkenaan berjaya diselesaikan, pengguna boleh mengimbas teka-teki tersebut dengan menggunakan aplikasi Hippo Magic, yang kemudiannya akan menghidupkan watak serta pemandangan interaktif tiga dimensi di atasnya. Sesuai untuk kanak-kanak berusia antara 3 hingga 5 tahun, set teka-teki ini membolehkan si kecil belajar untuk menyatukan sendiri teka-teki fizikal berkenaan dan pada masa yang sama bermain dengan watak klasik kegemaran mereka. 6 Come-To-Life Puzzles akan ditampilkan pada Jualan Buku Big Bad Wolf Pahang 2020 iaitu Little Red Riding Hood, Goldilocks and the Three Bears, Cinderella, The Three Little Pigs, Sleeping Beauty dan Snow White.

Antara buku yang ada di Big Bad Wolf Book Sale :

Big Bad Wolf Book Sale 2020 UMP Gambang

Big Bad Wolf Book Sale 2020 UMP Gambang

Big Bad Wolf Book Sale 2020 UMP Gambang

Big Bad Wolf Book Sale 2020 UMP Gambang

Big Bad Wolf Book Sale 2020 UMP Gambang

Big Bad Wolf Book Sale 2020 UMP Gambang

Selain daripada penerbit antarabangsa, Jualan Buku Big Bad Wolf turut menampilkan lebih daripada 40 penerbit tempatan dalam Jualan Buku tahun ini. Penerbit seperti Kualiti Books, Sasbadi, PTS dan Pelangi akan membawakan buku-buku pendidikan pada harga diskaun. Manakala Buku Fixi, Patriots Publication, Lejen Press, DuBook Press dan Iman Publication pula akan menampilkan novel-novel tempatan masing-masing.

Big Bad Wolf Book Sale 2020 UMP Gambang





Big Bad Wolf Book Sale UMP gambang

Red Readerhood HARAP Pahang


Para pengunjung Jualan Buku Big Bad Wolf Pahang 2020 turut berpeluang memilih dan mendermakan buku menerusi cabang Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Jualan Buku Big Bad Wolf, Red Readerhood yang bekerjasama dengan pertubuhan tempatan bagi menyumbangkan buku kepada mereka yang memerlukan. “Sukacita kami mengumumkan bahawa dengan hasil usaha dan kemurahan hati para pengunjung, kami berjaya mengumpulkan 2,579 buah buku semasa Jualan Buku Big Bad Wolf Pahang 2019. Buku-buku berkenaan telah berjaya disumbangkan kepada Harap Pahang, sebuah pertubuhan komuniti tempatan yang memberi tumpuan kepada pendidikan dan kebajikan komuniti. Pada tahun ini, kami akan terus bekerjasama dengan Harap Pahang bagi memupuk lagi minat membaca dan memberi peluang kepada mereka yang kurang bernasib baik untuk mendapatkan buku-buku berkualiti,” kata Yap. 

Harap Pahang menyalurkan khidmat kebajikan kepada pelajar berusia antara 5 hingga 23 tahun. Jualan Buku Big Bad Wolf Pahang 2020 akan mendermakan 200 buah buku bagi memulakan inisiatif Red Readerhood ini. Pengunjung digalakkan untuk turut sama menyumbang dengan memilih dan mendermakan buku-buku yang boleh didapati di sudut Red Readerhood, yang terletak bersebelahan dengan kaunter juruwang.


Big Bad Wolf Book Sale 2020 UMP Gambang


Selain daripada buku, pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai barangan Jualan Buku Big Bad Wolf seperti magnet, lencana butang dan kemeja-T di sudut cenderamata yang disediakan. 

Pada 2019, Jualan Buku Big Bad Wolf telah menjelajah ke 32 buah bandar di 10 negara termasuk Thailand, Indonesia, Sri Lanka, Filipina, Taiwan, Emeriah Arab Bersatu, Myanmar, Pakistan, Korea Selatan dan Malaysia. Tahun ini, Jualan Buku tersebut buat pertama kalinya akan menjejakkan kaki ke Phnom Penh, Kemboja. Jualan Buku Big Bad Wolf akan sentiasa berusaha bagi membolehkan semua orang mendapat akses kepada buku pada harga mampu milik.

Big Bad Wolf Book Sale 2020 UMP Gambang

BBW juga ada menganjurkan pertandingan. Sertai Pertandingan Foto #ILoveBBWPahang2020 untuk Memenangi Baucar dan Hadiah Utama Jualan Buku Big Bad Wolf.

Big Bad Wolf Book Sale 2020 UMP Gambang

Ambil gambar di dewan Jualan Buku atau gambar buku-buku yang telah anda beli dan muat naik gambar berkenaan ke akaun Facebook atau Instagram anda dengan tanda pagar #ILoveBBWPahang2020 dan #BBWPahang2020 dan nyatakan mengapa anda mencintai Jualan Buku Big Bad Wolf. Pertandingan ini berlangsung pada 28 Februari hingga 8 Mac 2020 bagi merebut peluang untuk memenangi baucar tunai Jualan Buku Big Bad Wolf bernilai RM50, eksklusif untuk lima pemenang setiap hari dan pada hari terakhir pertandingan, seorang pemenang akan dipilih untuk memenangi Hadiah Utama, berupa sebuah troli yang dipenuhi buku! 

Dapatkan maklumat terkini setiap hari dengan mengikuti #BBWPahang2020 di: 

FACEBOOK: fb.com/bbwbooks 
INSTAGRAM: @bigbadwolfbooks 
© Blog Cik Renex