Big Bad Wolf Book Sale kembali menyerang Kuantan Pahang
Big Bad Wolf Book Sale kembali menyerang Kuantan Pahang | Jualan Buku Big Bad Wolf Kembali Ke Pahang Untuk Kali Kedua Dengan Membawakan 80% Judul-Judul Terbaru Dikenali sebagai Jualan Buku Terbesar Dunia, Jualan Buku Big Bad Wolf kini kembali ke Pahang mulai 28 Februari hingga 9 Mac 2020, bertempat di Kompleks Sukan, Universiti Malaysia Pahang, Kampus Gambang. Dibuka dari jam 10:00 pagi hingga 12:00 tengah malam, kemasukan ke Jualan Buku yang diadakan selama 11 hari ini adalah PERCUMA dan para pencinta buku boleh menikmati buku dengan potongan harga antara 75% hingga 95% berbanding harga runcit yang disyorkan.
Terkenal dengan penawaran harga yang sangat mampu milik, Jualan Buku Big Bad Wolf menyediakan pelbagai jenis pilihan buku yang terdiri daripada kesusasteraan, seram, novel romantik, bantuan kendiri, seni bina, resipi masakan, novel grafik dan banyak lagi dengan 80% daripadanya adalah judul-judul terbaru khusus untuk para pencinta buku di Pahang. Turut disediakan ialah buku-buku pilihan para ibu bapa yang terdiri daripada buku kanak-kanak seperti buku cerita, buku aktiviti, buku papan, buku pop-up dan buku bergambar.
CR ke BBW pada Ahad baru ni kebetulan ada kerja di Kuantan. Masa sampai tu banyak dah kereta parking di bahagian luar kompleks sukan UMP Gambang. Banyak sangat buku yang dijual dan pilih je mana yang berkenan di hati.
Para peminat buku karya Lauren Weisberger juga pasti teruja dengan novel sekuel, When Life Gives You Lululemons, yang berpaksikan kisah tentang pembantu pertama Miranda Priestly daripada The Devil Wears Prada. Sementara itu, mereka yang gemar memasak pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan Malaysia: Recipes from a Family Kitchen, sebuah buku koleksi resipi keluarga nukilan Wan Ping Coombes, anak kelahiran Ipoh yang menjuarai MasterChef UK 2014. Para pengunjung daripada pelbagai latar belakang juga pasti teruja menemukan buku-buku pilihan mereka di Jualan Buku kali ini.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas sokongan yang diberikan kepada kami semasa Jualan Buku tahun lepas. Kami kembali semula, dan kali ini membawakan lebih daripada 80% judul terbaru khusus untuk warga Pahang. Buku mendorong kita untuk menerokai dunia dengan berfikiran dan berimaginasi yang lebih terbuka. Kami gembira kerana dapat memberi peluang kepada semua untuk menerokai dunia ilmu,” kata Pengasas Bersama Jualan Buku Big Bad Wolf, Andrew Yap.
Buku Ajaib yang menampilkan kecanggihan teknologi Augmented Reality (AR) telah diperkenalkan tahun lalu dan menerima sambutan menggalakkan daripada para pengunjung yang pertama kali menyaksikan sendiri keajaiban teknologi AR.
Tahun ini, Jualan Buku Big Bad Wolf Pahang akan membawakan 17 judul Buku Ajaib. Ibu bapa dan guru-guru yang sedang mencari cara interaktif bagi meningkatkan keterlibatan kanak-kanak disyorkan untuk memilih Buku Ajaib. Buku Ajaib ini berupaya mewujudkan pengalaman membaca yang lebih mengasyikkan dan interaktif untuk semua. 6 buah judul terbaru yang ditawarkan termasuklah The Wheels on the Bus, Old Macdonald, Disney Frozen: A Sleepover Party, Disney Winnie the Pooh: Fun with First Words, ABC Fun with Mickey dan Counting Fun with Mickey boleh didapati di Jualan Buku tersebut.
Selain daripada Buku Ajaib, antara tarikan utama Jualan tahun ini ialah Come-To-Life Puzzle Sets. Setiap set 2 dalam 1 ini mengandungi set teka-teki 28 keping yang turut menampilkan kecanggihan teknologi AR. Setelah teka-teki fizikal berkenaan berjaya diselesaikan, pengguna boleh mengimbas teka-teki tersebut dengan menggunakan aplikasi Hippo Magic, yang kemudiannya akan menghidupkan watak serta pemandangan interaktif tiga dimensi di atasnya. Sesuai untuk kanak-kanak berusia antara 3 hingga 5 tahun, set teka-teki ini membolehkan si kecil belajar untuk menyatukan sendiri teka-teki fizikal berkenaan dan pada masa yang sama bermain dengan watak klasik kegemaran mereka. 6 Come-To-Life Puzzles akan ditampilkan pada Jualan Buku Big Bad Wolf Pahang 2020 iaitu Little Red Riding Hood, Goldilocks and the Three Bears, Cinderella, The Three Little Pigs, Sleeping Beauty dan Snow White.
Antara buku yang ada di Big Bad Wolf Book Sale :
Antara buku yang ada di Big Bad Wolf Book Sale :
Selain daripada penerbit antarabangsa, Jualan Buku Big Bad Wolf turut menampilkan lebih daripada 40 penerbit tempatan dalam Jualan Buku tahun ini. Penerbit seperti Kualiti Books, Sasbadi, PTS dan Pelangi akan membawakan buku-buku pendidikan pada harga diskaun. Manakala Buku Fixi, Patriots Publication, Lejen Press, DuBook Press dan Iman Publication pula akan menampilkan novel-novel tempatan masing-masing.
Para pengunjung Jualan Buku Big Bad Wolf Pahang 2020 turut berpeluang memilih dan mendermakan buku menerusi cabang Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Jualan Buku Big Bad Wolf, Red Readerhood yang bekerjasama dengan pertubuhan tempatan bagi menyumbangkan buku kepada mereka yang memerlukan. “Sukacita kami mengumumkan bahawa dengan hasil usaha dan kemurahan hati para pengunjung, kami berjaya mengumpulkan 2,579 buah buku semasa Jualan Buku Big Bad Wolf Pahang 2019. Buku-buku berkenaan telah berjaya disumbangkan kepada Harap Pahang, sebuah pertubuhan komuniti tempatan yang memberi tumpuan kepada pendidikan dan kebajikan komuniti. Pada tahun ini, kami akan terus bekerjasama dengan Harap Pahang bagi memupuk lagi minat membaca dan memberi peluang kepada mereka yang kurang bernasib baik untuk mendapatkan buku-buku berkualiti,” kata Yap.
Harap Pahang menyalurkan khidmat kebajikan kepada pelajar berusia antara 5 hingga 23 tahun. Jualan Buku Big Bad Wolf Pahang 2020 akan mendermakan 200 buah buku bagi memulakan inisiatif Red Readerhood ini. Pengunjung digalakkan untuk turut sama menyumbang dengan memilih dan mendermakan buku-buku yang boleh didapati di sudut Red Readerhood, yang terletak bersebelahan dengan kaunter juruwang.
Selain daripada buku, pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai barangan Jualan Buku Big Bad Wolf seperti magnet, lencana butang dan kemeja-T di sudut cenderamata yang disediakan.
Pada 2019, Jualan Buku Big Bad Wolf telah menjelajah ke 32 buah bandar di 10 negara termasuk Thailand, Indonesia, Sri Lanka, Filipina, Taiwan, Emeriah Arab Bersatu, Myanmar, Pakistan, Korea Selatan dan Malaysia. Tahun ini, Jualan Buku tersebut buat pertama kalinya akan menjejakkan kaki ke Phnom Penh, Kemboja. Jualan Buku Big Bad Wolf akan sentiasa berusaha bagi membolehkan semua orang mendapat akses kepada buku pada harga mampu milik.
BBW juga ada menganjurkan pertandingan. Sertai Pertandingan Foto #ILoveBBWPahang2020 untuk Memenangi Baucar dan Hadiah Utama Jualan Buku Big Bad Wolf.
Ambil gambar di dewan Jualan Buku atau gambar buku-buku yang telah anda beli dan muat naik gambar berkenaan ke akaun Facebook atau Instagram anda dengan tanda pagar #ILoveBBWPahang2020 dan #BBWPahang2020 dan nyatakan mengapa anda mencintai Jualan Buku Big Bad Wolf. Pertandingan ini berlangsung pada 28 Februari hingga 8 Mac 2020 bagi merebut peluang untuk memenangi baucar tunai Jualan Buku Big Bad Wolf bernilai RM50, eksklusif untuk lima pemenang setiap hari dan pada hari terakhir pertandingan, seorang pemenang akan dipilih untuk memenangi Hadiah Utama, berupa sebuah troli yang dipenuhi buku!
Dapatkan maklumat terkini setiap hari dengan mengikuti #BBWPahang2020 di:
FACEBOOK: fb.com/bbwbooks
INSTAGRAM: @bigbadwolfbooks
peminat buku pasti tk lpskan ke sini sbb ada diskaun
ReplyDeleteCx jarang masuk dan join jualan buku gini. Biasa tgk org dok beli novel. Cx bukan peminat novel. Ada juga beli buku ilmu. Nanti one day nak juga tengok²
ReplyDeleteBestnyaa...akak suka ke BBW ni...memang siap duit & pulang dengan penuh troli...hihi
ReplyDeleteI love BBW, start pegi masa 2012, tak pernah kecuali tahun lepas sebab saya ke luar negara. Kalau tak memang tak boleh miss punya.
ReplyDeleteAnyway, nak tanya BBW Pahang pun 24 hours juga ke?
Best kan jalan-jalan BBW ni. Walaupun makin lama makin sikit buku yang Nurul beli (sebab dekat rumah dah berlambak buku tak baca hahaha) tapi rase happy je tengok n belek buku-buku dekat sale tu.
ReplyDeletekalau dapat terjah tempat mcm ni memang best ni.
ReplyDeleteNak nak pulak ada patner.
Lagi syok.