Lagu Loghat Pahang | Makwe Koi, Putra #2


Lagu Loghat Pahang | Makwe Koi, Putra #2

Lagu Loghat Pahang | Makwe Koi, Putra #2 | Assalamualaikum dan Hai. Kembali semula kita di segmen Lagu Loghat Pahang. Sebelum ni CR berkongsi lagu Moh cakap Pahang nyanyian Chik Asan. Kali ni CR nak berkongsi satu lagu yang bertajuk Makwe Koi

Tapi sebelum tu, ada tak yang tak tahu maksud "Loghat" tu apa? Loghat (loghat daerah atau dialek) ialah kelainan dalam sesuatu bahasa yang menjadi ciri satu golongan tertentu dalam kalangan penutur bahasa itu. Istilah ini paling biasa digunakan untuk menghuraikan corak pertuturan setempat, tetapi juga ditentukan oleh faktor-faktor lain seperti darjat sosial (Wikipedia)



Pahang adalah sebuah negeri yang luas dan loghatnya bergantung pada daerah bukan pada negerinya jadi memang pelbagai loghat yang ada di negeri Pahang. Sesuatu perkataan mungkin berbeza sebutannya mengikut daerah masing walaupun mempunyai maksud yang sama. Sebagai contoh perkataan SAYA , di Temerloh & Bera menyebut KOI , Lipis Jerantut menyebut KAS manakala Pekan pula menggunakan perkataan KAWAN. 

Antara keunikan lain loghat Pahang adalah istilah atau kelajuan pertuturan loghat Pahang itu dikatakan mengikut aliran sungai iaitu dari hulu ke hilir, pertuturan daerah terletak di hulu dikatakan lebih laju berbanding daerah di hilir.

Jadi, moh la kita dengar lagu yang CR ingin kongsikan yang bertajuk Makwe Koi. Lokasi video klip adalah di Taman Tasik Bandar Temerloh. 


Makwe Koi

Penyanyi : Putra
Lirik : Nor Azimah
Lagu : Afzainizam


Al-kisoh bermula cerite
seingat kawan perentan derjoh lime
hati koi berkenan dekat anok dare
Weh anok tok lebei namanya Nine

Makwe koi

Pukui satu abih sekoloh
Tok lengoh-lengoh teruih balik rumoh
Deras pegi mandi lepaih ter kene ngaji
Surau nempuh rumoh weh buoh hati

Makwe koi..

Nine Nine Nine
Nine Nine Nina
Nine Nine ni makwe koi

Suka sangat kome beloh petang
main konda kondi ander yang main tayang
keknye kawan geco main pondok-pondok
Nine jadi mok koi jadi bapok

Makwe koi..

Jenuh berturut baru nok balek
Buat tok cakne sebak tengoh ralik
berderun ke sungei terjun ramei-ramei
Nine pulok cuok mandi bercedok.

Makwe koi..

Makwe koi..

Memang banyok kenangan manih
Cerita Hei kampung tak mboh habih
berkubang dalam paye kenduri kendara
koner je koi pegi nine sokmo ander

Makwe koi..

Ndok tak ndok berpisoh jugek
Koi cari ilmu nun di bandor sana
kala luluih tinggi, masuk universiti
Cerohlah masa depan Nina suka hati

Makwe koi.. 

Nine Nine Nine
Nine Nine Nine
Nine Nine ni makwe koi..

Nine di kampung blajo bagei gaya
Termasuk memasok menjait mereka
Bekei mase depan kala jodoh ander
mintok-mintoknye dan koi pinang nine

Makwe koi..

Sakat ini dulu ceriter
seingat kawan pernoh derjoh limer
hati koi berkenan dekat anok dare
Weh anok tok lebei namanya Nina

Makwe koi..

Nine Nine Nine
Nine Nine Nine
Nine Nine ni makwe koi..

Sedak ke dok lagunya? Kalau ada yang tak faham istilahnya boleh tulis di bahagian komen. Kalau CR tahu, CR bagi jawapan. Kalau tak tahu, maaf la, sebab CR pun tak berapa arif loghat2 pahang ni yak. Hee



10 comments

  1. Gitu la lagu nye ye.. LeYa orang nismilan.. Boleh la paham sikit2.. Hehehe..

    ReplyDelete
  2. menarik... orang pahang kena support

    ReplyDelete
  3. Alamak lirik dia mcm best... macam mana nak nyanyi tak pandai loghat pahang he he he

    ReplyDelete
  4. Tak pernah dengar lagu ni. Dulu ex pun org pahang loghat dia boleh faham la

    ReplyDelete
  5. Hahhaa comelnya lagi dia.. Suka pulak kita dgr lagu loghat2 ni

    ReplyDelete
  6. Omg... baru jer dengar lagu ni someone posted ni pulak terbaca article kat sini.

    ReplyDelete
  7. Wah kemahen ada lagu loghat Pahang dah ye.. Comel liriknya

    ReplyDelete
  8. Tak pernah dengar lagu loghat sana. Nanti nak dgr la macam mana sebutannya. Hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex