5 Aplikasi Best untuk Template Instagram Story bagi pengguna Android
5 Aplikasi Best untuk Template Instagram Story bagi pengguna Android | Assalamualaikum dan Hai. Sebelum ini Cik Renex (CR) pernah kongsikan aplikasi edit gambar yang menarik dan kali ini CR ingin berkongsi 5 Aplikasi yang ada di Play Store yang memudahkan anda untuk update Insta Story anda. Rasanya Insta Story memang tidak asing lagi untuk pengguna Instagram yang hanya membenarkan kita post video hanya untuk beberapa saat sahaja.
Sesetengah pengguna Instagram lebih gemar post di Insta Story berbanding di feed sendiri kerana selepas 24 jam, post tersebut akan hilang. Jika anda masih ingin menyimpan, kita boleh save di highlight yang kita cipta sendiri. Berkenaan highlight itu, CR akan kongsikan di entri lain pula yer kerana kita akan fokus pada Insta Story terlebih dahulu.
Untuk penjual barang secara online di Instagram,bagi CR ianya sangat penting untuk anda menghasilkan insta story yang menarik dan cantik. Bila followers anda melihat Insta Story anda yang menarik, mereka akan lebih tertarik untuk tengok yang seterusnya.
Yang pastinya, Instagram sendiri mempunyai cara yang mudah untuk kita post Instagram Story. Sebagai contoh ambil gambar dan tambah beberapa ayat , location dan juga GIF. Tetapi, aplikasi di Play Store telah memudahkan kerja kita. Kita hanya perlu pilih Template yang berkenan kemudian tambah gambar atau ayat yang kita perlukan. Bila dah siap edit, save dan post gambar tersebut di Instagram Story.
Ada sesetengah apps itu akan menyimpan draf gambar yang kita edit. Jadi ianya akan memudahkan kerja kita jika ingin guna design yang sama tetapi perlu ubah gambar atau ayat sikit. CR selalu guna apps ini untuk kongsikan testimoni pelanggan. Jadi design yang sama, gambar testimoni yang berbeza.
Ada sesetengah apps itu akan menyimpan draf gambar yang kita edit. Jadi ianya akan memudahkan kerja kita jika ingin guna design yang sama tetapi perlu ubah gambar atau ayat sikit. CR selalu guna apps ini untuk kongsikan testimoni pelanggan. Jadi design yang sama, gambar testimoni yang berbeza.
Jom kita lihat 5 contoh aplikasi Instastory yang ada di Play Store. Untuk pengguna ios , CR rasa boleh juga guna.
5 Aplikasi Best untuk Template Instagram Story bagi pengguna Android
1. CANVA
Canva adalah salah satu aplikasi kegemaran CR untuk edit gambar selain daripada PicsArt. Banyak sangat template yang disediakan oleh Canva. Untuk memudahkan kerja anda, hanya letak apa tema yang anda nak, kemudian search. Pilih lah mana yang berkenan di hati.
2. STORY ART
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.ryzenrise.storyart
Pelbagai template yang disediakan di aplikasi Story Art mengikut tema yang anda inginkan. Aplikasi ini juga menyediakan kategori setiap template samada Classic, Fresco, Plog, Food dan pelbagai lagi. Yang CR sebutkan itu adalah contoh template percuma. Ada template yang perlu di bayar untuk digunakan tetapi CR guna yang percuma je dah memadai dan cantik.
3. STORY CHIC
https://play.google.com/store/apps/details?id=instagramstory.maker.unfold
Template yang disediakan oleh Story Chic boleh tahan memuaskan hati dan cantik. Selain dari gambar, aplikasi ini menawarkan story yang animated tetapi untuk yang percuma tak banyak.
4. STORY MAKER
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.gongadev.storymaker
Template yang disediakan sangat cantik akan tetapi apabila gunakan aplikasi ini pastikan anda ada kesabaran. Ini kerana setiap kali nak edit, akan ada pop-up iklan. Huhu.
5. UNFOLD
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.moonlab.unfold
Untuk pengguna yang sukakan design minimal atau less is more, boleh la gunakan aplikasi Unfold ini. Aplikasi ini juga menawarkan template yang percuma dan juga berbayar.
Baiklah, ini sahaja yang CR boleh kongsikan buat masa ini. Sebenarnya terdapat pelbagai lagi aplikasi di Play Store untuk anda edit template Insta story anda. Yang CR kongsikan diatas ini adalah apps yang memang ada di telefon CR dan CR pernah guna.
"Jadi, antara 5 aplikasi diatas ini, anda pernah gunakan yang mana satu? Atau mungkin anda ada gunakan aplikasi lain? Sudilah berkongsi di bahagian komen di bawah yer. Terima kasih."
LeYa kadang pakai kadang tak... Hehe...
ReplyDeleteapeni mana ios punya..hahahha slalu kalau rajin je pakai template ni pernah guna story art dan canva
ReplyDeleteso far tak pernah guna sbb guna ip..tapi mana tau kot ada phone lain boleh try jugak
ReplyDeleteThanks for sharing this, i baru jer download canva, yang lain nanti nak explore.
ReplyDeleteSemua tak pernah guna. Biasa guna picsart je. Lepas ni boleh cuba canva tu lah
ReplyDeleteGood sharing.. Kak Sue ada juga guna Canva tu, yang lain tak pernah cuba lagi..
ReplyDeleteBaru je try install storyart.. Tp belum cuba lagi guna
ReplyDeleteNad ada install satu je.. Story art. Tapi jarang pakai.. Hehehe.. Kaau rajin jela.. Memeng elok
ReplyDeleteAaaa thankyou so much CR, mcm tahu tahu jeee kita mmg tgh cari benda ni, nk bt kt ig story highlight :)
ReplyDeleteThank you CR share kan info ni. Kita tak tahu pulak ada apps ni. Aduhai..
ReplyDeleteKetinggalan sungguh. Haha
Pernah guna canva sahaja, yang lain nak tery juga lepas nih macam best jer he he he
ReplyDeletecanva is my fav!
ReplyDeletebanyak rupanya..
ReplyDelete