Cara Aktifkan Vacation Mode di Shopee.

Cara aktifkan vacation mode


Cara Aktifkan Vacation Mode di shopee | Assalamualaikum dan Hai. Ada tak pembaca blog cik renex ni seorang peniaga di Shopee? Rasanya bila kita sebut Shopee semua kenal dengan apps tu kan? Salah satu platform yang terkenal untuk kita membeli dan juga menjual. CR merupakan salah seorang peniaga di Shopee. Jika nak tengok barang apa yang CR jual boleh klik link di bawah yer. 😁


Sebagai seorang peniaga, ada masa kita perlukan cuti jugak untuk melepaskan segala penat lelah berniaga. Jadi ada waktu kita perlu tutup sekejap kedai di Shopee. Jika tak tutup, sekiranya ada tempahan masuk kita perlu siapkan dan pos dalam masa yang ditetapkan bukan? Jika lambat, nanti mula la dapat bad review dan 1 star je dari customer. Takpun pihak shopee akan cancelkan order kita sekiranya melebihi masa yang ditetapkan. 

Jadi untuk mengelakkan berlaku kejadian tersebut, kita perlu aktifkan Vacation Mode di kedai kita agar pelanggan tahu dan tidak dapat membuat tempahan. Macam kes CR sekarang ni pulak, bukan sebab CR pergi bercuti tetapi disebabkan masalah banjir. Jalan utama dah dinaiki air sungai jadi dah terputus hubungan untuk ke J&T bagi pos barang2 anda semua. 

Oleh itu, terpaksalah CR letak kedai shopee CR dalam Vacation Mode sehingga banjir surut. Doakan banjir di Bera Pahang surut dan kembali pulih. Aminnn. 

Ini kali kedua CR aktifkan Vacation Mode dan yang pertama kali masa PKP tahun lepas. Jom tengok cara bagaimana nak aktifkan Vacation Mode. 

Cara Aktifkan "Vacation Mode" di Shopee 


1. Buka aplikasi Shopee anda dan klik My Shop. Kemudian klik Seller Assistant. 


Cara Aktifkan "Vacation Mode" di Shopee

2. Pilih Shop Setting


Cara Aktifkan "Vacation Mode" di Shopee

3. Klik di bahagian Vacation Mode. 


Cara Aktifkan "Vacation Mode" di Shopee

4. Pilihlah Turn On untuk aktifkan

Cara Aktifkan "Vacation Mode" di Shopee

5. Dah Siappppp.. 

Cara Aktifkan "Vacation Mode" di Shopee

Dan ini akan muncul di Shopee anda bila customer tengok kedai anda. Jadi anda tidak perlu risau jika terlambat siapkan tempahan semasa anda bercuti. Jika anda dah kembali dari bercuti, boleh offkan semula Vacation Mode guna steps yang sama juga. 

Cara Aktifkan "Vacation Mode" di Shopee

Info tambahan untuk anda2 selepas dah aktifkan Vacation mode ni. 

Cara Aktifkan "Vacation Mode" di Shopee

Selamat mencuba!! Semoga urusan anda dan saya dipermudahkan. Aminnn. 




9 comments

  1. cik renex pun menjual kat shopee yer.. baru tahu.. tq atas perkongsian..

    ReplyDelete
  2. Baru tau ada feature vacation mode ni. Senang utk seller in case tak dpt nk terima order masa tu disebabkan mcm kes banjir kt tempat reen ni kan.

    ReplyDelete
  3. Oo baru tau. Nanti nak terjha. Bagus ade mode ni.. Takdela time kita nak rehat menggangu kan

    ReplyDelete
  4. Okkk baruuu tahuu ada vacation mode, thankyoy cik renex share😍

    ReplyDelete
  5. Okk baru tauu ada vacation mode ni, thanks cik renex for this info😍

    ReplyDelete
  6. Akk pn p bercuti hari tu on kan vacation mood. Lazada je tak ada BUTANG vacation mood

    ReplyDelete
  7. Mudah je kan.
    Patut la haritu ada beli barang.
    Pastu seller tu info mcm tu.
    Dia tgh bercuti.

    ReplyDelete
  8. Ooo, akak baru perasan notification nie, bagus jugak ada mode nie.. Takdelah pelanggan menunggu if seller pergi bercuti atau ada hal yang lain, dan takde la bagi bad review pada seller..

    ReplyDelete
  9. Ooo tahu ada mode vacation tu.. pernah ada keluar macam tu gak nak barang dgn seller baru faham maksud nya

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex