Lagu Loghat Pahang , Apa Kabo Oghang Bera #4
February 9, 2021
Lagu Loghat Pahang | Apa Kabo Oghang Bera - Mas Sabray #4 | Assalamualaikum dan Hai. Kembali semula kita di segmen Lagu Loghat Pahang, lama sangat dah tinggal segmen lagu loghat Pahang ni. Kali ni CR nak kongsikan lagu yang berkaitan dengan daerah kelahiran CR iaitu Bera tercinta. CR memang anak jati Bera Pahang dan bila orang tanya Bera tu kat mana, dekat Tasek Bera ker? Sebenarnya Bera ni luas jugak taw yang terdiri dari kampung tradisional ,gugusan felda dan juga taman perumahan.
Sempena Bera juga dah menjadi salah satu daerah yang kembali ke zon Hijau Covid19, jadi CR nak kongsikan lagu orang Bera pulak. Tahniah orang Bera dan Lipis, dua daerah yang Zero kes. Harapnya kekal sampai bila-bila zero kes tu. Risau kadang-kadang tu.
Tapi sebelum tu, ada tak yang tak tahu maksud "Loghat" tu apa? Loghat (loghat daerah atau dialek) ialah kelainan dalam sesuatu bahasa yang menjadi ciri satu golongan tertentu dalam kalangan penutur bahasa itu. Istilah ini paling biasa digunakan untuk menghuraikan corak pertuturan setempat, tetapi juga ditentukan oleh faktor-faktor lain seperti darjat sosial (Wikipedia)
Pahang adalah sebuah negeri yang luas dan loghatnya bergantung pada daerah bukan pada negerinya jadi memang ada pelbagai loghat di negeri Pahang. Sesuatu perkataan mungkin berbeza sebutannya mengikut daerah masing walaupun mempunyai maksud yang sama. Sebagai contoh perkataan SAYA , di Temerloh & Bera menyebut KOI , Lipis Jerantut menyebut KAS manakala Pekan pula menggunakan perkataan KAWAN.
Antara keunikan lain loghat Pahang adalah istilah atau kelajuan pertuturan loghat Pahang itu dikatakan mengikut aliran sungai iaitu dari hulu ke hilir, pertuturan daerah terletak di hulu dikatakan lebih laju berbanding daerah di hilir.
Jadi hari ni CR nak kongsikan Lagu yang bertajuk Ape Khabor Oghang Bera nyanyian dari Mas Sabary. Jom kita dengarkan. Video lagu credit untuk Youtube.
Lirik Lagu Apa Kabo Oghang Bera
Penyanyi : Mas Sabray
Lagu/Lirik/: Mas Sabray
Susunan Muzik: Mas Sabray & Ridzuan Talib
Ape kabo Oghang Bera
Moge sihat sejahtera
Apo Kabo Oghang Bera
Anok cucu sedare kita
Ape kabo Oghang Bera
Rodong kome sedare kome
Apa Kabo Oghang Bera
Moga aman bahagia
Oghang Bera hai oghang Bera
Oghang Bera baik hatinya
Oghang Bera hai oghang Bera
Oghang Bera Baik budinya
Oghang Bera hai oghang Bera
Rodong kome sedare kome
Oghang Bera hai oghang Bera
Oghang Bera di hati kome
Kenduri kendara tak pernah lupe
Bergotong royong sesama kita
Tolong-menolong amalan mulia
Amalan mulia budaya kita
Salam rindu salam bahagia
Ku kirim rindu buat orang Bera
Salam rindu salam bahagia
Buat oghang ,oghang Bera
Kabo - Khabar
Oghang - Orang
Rodong - Kawan
Kome - Saya
Best tak lagunya? Siapa sini orang Bera yang dah lama tak balik Bera? Jom la hilangkan sedikit rasa rindu tu dengar lagu ni. :)