Perdebatan Hebat Rendang Raya Santan Ayam Brand™ Menyerlahkan Keenakan Rasa Tradisi

May 16, 2021

Perdebatan Hebat Rendang Raya Santan Ayam Brand™ Menyerlahkan Keenakan Rasa Tradisi ︱ Apakah memori Raya yang paling manis anda? Bagi anak-anak kampung, kemeriahan bergotong-royong memasak rendang, ketupat dan dodol mungkin antara kenangan Raya paling awal mereka. Dengan bau semerbak santan yang kian masak di atas kayu api, serta kehingaran ruang yang diisi dengan irama Hari Raya daripada radio berhampiran dan gelak-tawa jiran tetangga yang sibuk memasak, pastinya akan menggamit ingatan kemeriahan sambutan.

Bagi keluarga dengan ibu bapa mereka yang berasal dari negeri yang berbeza, Perdebatan Hebat Rendang Raya pasti muncul menjelang berakhirnya Ramadan. Setiap pihak akan mempertahankan mengapa sajian rendang dari negeri mereka adalah lebih hebat, baik dari segi rasa, aroma, tekstur, tahap kepedasan sehinggalah keenakan baki rendang yang ada.

Ada keluarga yang akan memilih untuk menyediakan rendang daging, ayam, kerang, kambing mahupun makanan laut dalam pelbagai cara bagi menenangkan kedua-dua pihak, dan menggembirakan tetamu mereka. Pilihan ini juga akan mencetuskan lagi perdebatan tentang rendang mana yang lebih enak, sekali gus membuktikan tiada pihak yang menang mahupun kalah dalam Perdebatan Hebat Rendang Raya ini. Sebaliknya, ia mampu menggembirakan selera dan perut yang lebih kenyang.

Terdapat empat komponen untuk menghasilkan rendang yang hebat: rempah, pes, daging atau makanan laut, serta santan yang lemak berkrim. Chef, tukang masak di rumah mahupun connoisseur rendang bersetuju bahawa santan berkualiti merupakan ramuan utama bagi rendang yang enak.

Ayam Brand™ memahami cabaran yang dihadapi dalam menghidupkan resipi-resipi tradisi yang diturunkan dari satu generasi ke generasi lain, serta keperluan gaya hidup hari ini seperti kebimbangan terhadap pemakanan yang berkaitan kesihatan dan masa terhad untuk masak.

Sejak berdekad lamanya, Ayam Brand™ menyediakan rasa hebat dan manfaat kesihatan santan dalam pek mudah. Dalam persekitaran yang bersih, Santan Ayam Brand™ diperah daripada kelapa-kelapa terpilih dengan santan yang terhasil kemudiannya dimasukkan dalam pek tetra menggunakan teknologi ultra tinggi (UHT). Kaedah yang digunakan adalah sama baik dengan perahan menggunakan tangan. Bezanya, anda tidak perlu berhadapan dengan kerja-kerja membersih perkakas selepas santan diperoleh. Penstandardan kualiti, kepekatan dan kuantiti dalam setiap pek akan memudahkan individu yang memasak, menyingkirkan kaedah agak-agak yang sebelum ini diamalkan.

Terdapat pelbagai pilihan Santan Ayam Brand™ bagi memenuhi segenap cita rasa. Anda boleh memilih, Santan Trim Ayam Brand (45% kurang lemak) atau Santan Super Light Ayam Brand (hanya 5% kandungan lemak!).

Bersempena sambutan Hari Raya ini, Ayam Brand™ telah memperkenalkan pek edisi terhad Santan Ayam Brand™ 200ml dengan penutup senang dibuka - agar anda dapat menggunakan santan mengikut keperluan dan menyimpan baki yang ada dengan mudah di dalam peti sejuk sebelum digunakan lagi. Walaupun pek santan baharu ini ditawarkan dalam tempoh yang terhad, namun rasa dan resipi Santan Ayam Brand™ yang dikenali ramai masih lagi sama.

Bekerjasama dengan tiga tukang masak di rumah yang berpengalaman, Ayam Brand™ membawakan anda tiga resipi rendang yang unik. Setiap resipi merupakan khazanah keluarga yang telah dicuba dan disempurnakan oleh turun-temurun dengan penuh kasih-sayang.

Sekiranya anda masih belum memutuskan pilihan rendang bagi Hari Raya ini, masih ada masa untuk mencuba resipi-resipi ini untuk mengetahui yang manakah rendang kegemaran anda. Adakah ia Rendang Kerang, Rendang Ayam Cili Padi dengan Puluh Kuning atau Rendang Daging Pedas Perak?

Hidangan Rendang Kerang ini merupakan sajian tradisi bagi Wana Kamal (@wanakamal_79) dan membawanya ke zaman silam kerana ia merupakan rendang kegemaran arwah ayah beliau setiap kali sambutan Hari Raya. Wana masih ingat memori ketika kecil. Beliau akan memetik cili padi yang ditanam di rumah dan mengupas kerang bersama saudara perempuannya sebelum rendang dimasak.

“Bagi memudahkan kerja, saya akan merebus kerang terlebih dahulu agar kulit kerang akan terbuka dan menyenangkan isi dikeluarkan. Namun, saya perlu peka dengan masa merebus kerana kerang yang direbus terlalu lama akan menjadi keras dan liat. Bagi menyediakan rendang yang enak, anda memerlukan dua genggam cili padi dan Santan Ayam Brand™,” kata Wana yang amat merindui masa yang dihabiskan bersama keluarga untuk menyediakan hidangan istimewa tersebut.


Rendang Ayam Cili Padi by @mira.sofia.saufi



Walaupun banyak pihak yang berpendapat bahawa daging merupakan ramuan paling sempurna bagi rendang yang lazat, namun Amirah (@mira.sofia.saufi) merasakan rempah dan santan yang digunakan dalam Rendang Ayam CIli padi menyerlahkan lagi rasa sedap ayam kampung, terutamanya apabila ia dipadankan dengan pulut.

“Ketika membesar saya didedahkan dengan pelbagai jenis hidangan Rendang tetapi bagi Hari Raya, Rendang Ayam Cili Padi wajib ada. Ibu telah mengajar saya cara untuk menyediakannya, dan saya akan meneruskan tradisi ini. Beliau akan menggunakan banyak cili padi berbanding saya kerana sememangnya suka pedas. Bagi menyediakan masakan ini, saya gemar menggunakan Santan Ayam Brand™, lebih-lebih lagi ia didatangkan dengan penutup yang mudah dibuka. Tekstur santan ini juga lebih pekat dan berkrim, berpadanan dengan tahap kepedasan ramuan. Rendang ini sesuai dipadankan dengan pulut kerana ia mempunyai kuah. Ia juga enak dimakan bersama lemang mahupun ketupat!” tambah Amira.

Mereka yang berasal dari Perak memang dikenali sebagai pengemar makanan pedas. Rendang kegemaran Zarra (@zarra.riana) adalah Rendang Daging Pedas yang disediakan keluarganya kerana tekstur rendang yang memuaskan rasa.

“Sementara Rendang Tok menggunakan kerisik, Rendang Daging Pedas menggunakan kelapa parut bagi mendapatkan tekstur lembut yang serupa dengan Serunding. Bagi mendapatkan daging yang empuk bersama rasa sempurna rempah dan herba serta ‘berkawan’ dengan Santan Ayam Brand™, hidangan ini dimasak di atas api yang perlahan untuk tempoh yang lama,” jelas Zarra.

Oleh itu, siapakah bakal menjadi pemenang Perdebatan Rendang Hebat Raya ini? Keputusannya di tangan anda - sediakan ketiga-tiga resipi warisan ini dan jadikan ia kegemaran anda.

Jangan lepaskan peluang untuk merasai kemudahan Santan Ayam Brand™ dengan penutup edisi terhad ini dan menyertai peraduan Masak dan Menang Ayam Brand™. Anda hanya perlu memasak rendang atau hidangan-hidangan lain dengan menggunakan santan Ayam Brand™, ambil gambar dan memuat naik ke laman Facebook atau Instagram anda dengan menggunakan tanda pagar #santanayambrand. Anda berpeluang untuk memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM17,200 dari innochef! Untuk butiran lanjut, layari laman https://www.ayambrand.com.my/masakdanmenang.


Dapatkan resipi-resipi ini dan pelbagai maklumat lain di www.ayambrand.com.my.
© Blog Cik Renex