Pengalaman naik ke Menara Kuantan 188


Pengalaman naik ke Menara Kuantan 188︱Assalamualaikum dan Hai. Dah masuk hari kedua kita Duduk di Rumah atas Perintah Kawalan Pergerak 3.0 versi sambungan. Semoga semua yang baca blog cik renex ni dilindungi dari sebarang masalah dari segi masalah kesihatan mahupun kewangan. Bila Malaysia dah umumkan yang akan lakukan 'Total Lockdown' memang ramai yang terkesan tetapi itu yang terbaik buat masa ini sebab kes setiap hari makin lama makin meningkat dan cecah hampir 9k lebih dah. Takut tengok angka setiap kes tu. Memang tak dinafikan, CR rindu zaman sebelum covid 19 dimana kita bebas nak bergerak kemana-mana sahaja dan tidak memerlukan facemask langsung. Tetapi sekarang semua dah berbeza,tak sama dah. Nak tak nak kita kena terima kan. 


Blog pun dah lama CR tak update dan ada yang rindu tak?hehe. Jadi kali ni CR nak berkongsikan pengalaman CR menaiki Menara Kuantan 188 di Bandaraya Kuantan. CR pergi ke Kuantan pada bulan April baru ni tetapi baru sekarang nak update. Biasalah,tak tahu sibuk apa hehe. Asalnya menara ini diberi nama Menara Teruntum tetapi ditukarkan kepada nama Menara Kuantan 188 bersempena ketinggiannya 188meter. Yang paling menariknya, Menara Kuantan 188 adalah kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur dan  menara tinjau tertinggi di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Bangga jadi anak Pahang .:)



 
Sebelum nak naik tu kita kenalah beli tiket dahulukan. Masuk je ke ruangan bawah Lobi Utama menara tu, anda akan nampak tempat bayaran tiket ni. Mungkin disebabkan Covid19 dan kita perlu kurangkan contact maka bayaran boleh dibuat melalui Kaunter Tiket Tanpa Tunai ni sahaja. Mudah sangat nak bayar pun dan masa CR datang tu tak ramai orang kat bahagian sini. Laju je proses untuk membeli tiket naik menara.


Harga tiket untuk Hari Biasa dan hari minggu berbeza taw. Untuk jimat baik pergi bukan masa cuti hujung minggu atau cuti sekolah. 

Harga tiket

Isnin-Jumaat/Promosi
Dewasa : RM8
Kanak-kanak/Warga Emas/OKU : RM5
Bukan warganegara : RM30

Sabtu-Ahad/Cuti Umum/Cuti Sekolah
Dewasa : RM15
Kanak-kanak/Warga Emas/OKU : Rm10
Bukan warganegara : RM30


Bila dah dapat tiket, kenalah beratur dulu. Lama juga la CR tunggu sebab tak boleh ramai sangat diatas tu untuk satu-satu masa. Kita kan dalam mood PKPB lagi masa tuu dan sekarang dah PKP semula.*Sigh. Bila dah sampai turn kita,maka scan je tiket kita pada skrin kat pintu masuk tu. Jangan risau kalau tak pandai, ada staf mereka yang jaga. Masuk seorang seorang jangan nak masuk melulu ramai terus ye anak-anak. 



Dari atas menara ini kita dapat menikmati pemandangan 360 darjah Bandar Kuantan dan sungai Pahang yang sangat indah menerusimdek tontonan yang terletak 92m dari tanah. CR naik masa malam jadi nampak lampu-lampu yang cantik di setiap bangunan yang indah. Tarikan lain yang terdapat di menara tersebut termasuk sebuah restoran pada ketinggian 98 meter yang akan dibuka kelak, sebuah dek pemerhatian terbuka, jejantas udara dan pelantar terjunan berpandu dari aras 104 meter. Mana-mana yang menggemari aktiviti lasak boleh melakukan pendakian tiang pada ketinggian 160 meter di puncak keluli setinggi 66 meter. Jangkaan siap tidak pasti bila


Antara gambar yang sempat CR ambil semasa berada di bawah dan didalam Menara Kuantan 188. 








Info lain mengenai Menara Kuantan 188.




Menara Kuantan 188 siap dibina pada 3 September 2019 adalah menara ikonik yang tertinggi di Pantai Timur dan kedua tertinggi di Malaysia.

Menara Kuantan 188 ini merupakan sebahagian daripada projek Kuantan Waterfront yang terletak di dalam perkarangan Laman Teruntum di mana ia membolehkan pelawat menikmati pemandangan keseluruhan Bandar Kuantan dari aras 92.0 meter hingga 104.0 meter serta pemandangan panorama Sungai Kuantan.

Konsep reka bentuk Menara Teruntum yang tegak dan profilnya yang tirus merujuk kepada struktur senjata melayu lama, iaitu lembing dan hujung bilah lembing, seperti yang terdapat pada Jata Negeri Pahang Darul Makmur manakala reka bentuk Anjung Menara berdasarkan inspirasi daun dan bunga pokok Teruntum Putih.




Konsep dan Reka Bentuk



  • Anjung Menara melambangkan kepelbagaian rakyat Kuantan dan penduduk Pahang secara amnya. 
  • 5 tiang keluli yang disusun menjulang dan bersatu melambangkan lima teras Rukun Negara yang menyatupadukan lapisan rakyat dengan erat. 5 tiang besi juga melambangkan lima Rukun Islam. 
  • Puncak Menara keemasan melambangkan Kedaulatan Kesultanan dimana rakyat dan agama bersatu dan setia di bawah naungan KDYMM Tuanku. 
  • Reka bentuk Mercu Teruntum yang tegak dan profilnya yang tirus merujuk kepada struktur senjata Melayu lama, iaitu lembing dan hujung bilah lembing, seperti yang terdapat pada Jata Negeri Pahang Darul Makmur. 
  • Reka bentuk Anjung Menara berdasarkan inspirasi daun dan bunga pokok teruntum putih.

No comments

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex