Stay Positif Sepanjang Pandemik Covid-19


Stay Positive Sepanjang Pandemik Covid-19 ︱Setiap hari kita mendengar peningkatan kes Covid-19 yang tinggi sepanjang bulan Julai ni. Memang menakutkan dan ada sahaja berita-berita dari kenalan atau keluarga terdekat yang dijangkiti. Moga dengan adanya program vaksinasi negara dapat membantu meningkatkan herd immunity dan sekaligus mampu mengurangkan kes di negara kita. CR dah dapat lengkap dua dos vaksin dan pengalaman tu CR akan cerita di post lain.

Dalam situasi yang kita hadapi sekarang, memang susah untuk kita nak kekal positif kan. Tapi, fikiran positif akan menjadikan kita lebih bahagia dan membantu meneruskan kehidupan seharian dengan lebih baik. Selain itu, selalu kan kita dengar, nak jadi orang yang berjaya, kita mestilah berfikiran positif kerana orang yang positif memiliki semangat yang luar biasa dan tidak mudah putus asa. Dengan itu mampu melangkah ke hadapan dan berjaya mencapai apa yang diimpikan.

Bagaimana nak kekal positif supaya setiap hari kita akan hidup lebih bahagia? Jom cuba cara-cara yang CR senaraikan di bawah ini.


1. Kurangkan membaca berita-berita di sosmed yang berunsur negatif

Digalakkan untuk mengurangkan membaca berita-berita yang mampu memberikan kesan negatif kepada emosi kita. Jika perlu kurangkan melihat facebook dan twitter kerana platform sosial media ini lebih cenderung kepada perkongsian berita-berita yang mampu mengganggu emosi. Boleh mencuba untuk melihat sesuatu yang menggembirakan seperti acara masakan, video lucu yang menggembirakan atau aksi-aksi comel haiwan peliharaan. Bak kata orang putih, laughter is the best medicine.




2. Buat aktiviti di rumah yang memberi kepuasan

Walaupun berada di rumah, pelbagai aktiviti boleh kita buat sebenarnya untuk mendapat kepuasan sekaligus meningkatkan tahap positif dalam diri. Ubah dekorasi rumah, kemas stor, kemas ruang kerja, tambah baik ruang rehat dan susun pakaian mengikut warna. Jika macam tiada idea untuk menghias,boleh join group di FB untuk melihat rakan-rakan berkongsi idea mereka menghias rumah mereka juga. Selain itu juga, kita boleh mula berkebun atau menambah koleksi hijau di ruang rumah. Melihat pokok-pokok hijau memberi ketenangan dalam diri. Emak CR sangat suka berkebun dan katanya dia akan gembira bila tengok pokok bunga dia tumbuh dengan baik dan cantik.

3. Beriadah

Pelbagai aktiviti beriadah di rumah boleh korang lakukan seperti yoga, zumba, berlari di atas treadmill dan skipping. Selain mampu membantu kekal sihat, badan yang segar, kita juga akan lebih bersemangat dan ceria. Beriadah penting untuk mengekalkan pemikiran yang positif dan minda yang cerdas. Biarpun semasa PKP kita tidak dibenarkan bersukan di taman awam, kita tetap boleh berjoging di kawasan perumahan kita. 

4. Bersilaturahim dengan kawan dan keluarga

Video call dengan rakan-rakan atau keluarga untuk kekal ceria. Selain berinteraksi bertanya khabar, berhubung dengan orang lain mampu membantu kita kekal ceria dan aktif. Sebagai manusia, kita tidak boleh duduk seorang diri dan tidak berkomunikasi. Berkongsi cerita, idea atau berbual kosong sahaja pun mampu meningkatkan energi positif dalam diri kita. Ia juga cara mengubati kerinduan untuk bersosial dengan rakan-rakan dan bertemu kaum keluarga sepanjang musim pandemik. CR setiap hari akan bervideo call dengan akak dan anak buah CR di Johor bagi menghilangkan rindu kerana dah terlalu lama tak jumpa kan. Hanya itu sahaja cara untuk hilangkan sedikit rindu dan sedih tidak dapat bertemu.

5. Belajar benda baharu dan tambah skill kendiri yang baharu

Mungkin sebelum ni kita tak sempat kerana sibuk dengan kerja dan aktiviti harian lain, tapi sekarang dengan masa yang banyak di rumah, boleh la kita belajar sesuatu yang baru. Dengan ilmu baharu seperti skill memasak yang baru, belajar bahasa asing atau bermain alat muzik, kita akan lebih yakin dan secara tak langsung, kita akan lebih positif terhadap diri sendiri.



6. Rancang percutian di masa hadapan

Walaupun tak dapat melancong ke negeri-negeri lain mahupun bercuti secara staycation KL di hotel-hotel yang berdekatan, kita masih boleh merancang dahulu percutian di masa hadapan. Jika anda berada di utara Malaysia, boleh la mencuba carian Johor Bahru Hotel dan sebaliknya jika anda berada di Selatan Malaysia boleh merancang perjalanan ke utara tanah air. Bila kita ada perancangan yang menarik di masa hadapan, sekaligus ia mampu menaikkan semangat kita untuk menghadapi hari-hari yang mencabar di musim pandemik ini. CR kalau dah boleh merentas negeri memang akan ajak family pergi bercuti di Johor Bahru. Lama sangat dah tak pergi sana. Doakan semoga dipermudahkan segala urusan kita ya.


Moga tips yang dikongsikan ini mampu membantu korang semua kekal ceria, positif dan selamat di mana sahaja berada. Stay safe dan jaga diri okay. 

5 comments

  1. Waalaikumussalam.

    Betu l point nombor 1 tu. Sebelum ni setiap pagi ain bangun, akan bukak twitter dan baca berita2 yang sangat negatif sampai life ain pun sangat negatif. macam mana boleh perasan? Terdetik hati untuk stop habit bangun pagi tengok twitter/ baca berita negatif. Alhamdulillah so far rasa tenang ja pagi2 bila bangun. tak payah fikir yang bukan2

    ReplyDelete
  2. Kurangkan juga tengok angka2 kes terbaru setiap jari . Tapi benda tu yang wajib jugak kena tengok kan .

    ReplyDelete
  3. Setiap hari kena kekal positif walaupun kadang kadang rasa melepek juga sebab dah lama sangat tak keluar dan terperuk kat rumah ni. Dah la rumah langit..

    Apapun stay safe. Biarlah duk rumah terperuk..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih tips nya, skrg ni saya banyak mencuba benda baru dalam masa yg sama nak tambah skill baru untuk membantu kerja saya in future 😊 sangat membantu utk jadi positive hihihi

    ReplyDelete
  5. smoga kita smua sntiasa dilindungi.. ameen..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex