Tips Membeli Baju dalam talian/online di website ︱Assalamualaikum dan Hai. Siapa disini suka beli baju secara online? Cik Renex adalah salah seorang penggemar membeli baju secara dalam talian/online. Lagi-lagi sekarang CR dah jadi salah seorang dropship baju kurung jenama Hasnuri. Pernah dengar nama HasnuriHq? Hari-hari pakai baju baru dengan Hasnuri. Gituuuu.
Nak tahu kenapa CR terjebak dengan Hasnuri dan setia sehingga hari ni? Ini disebabkan CR sangat selesa bila pakai baju kurung dari HasnuriHq. CR pergi ke kerja memang kena pakai banyak baju kurung jadi bila dah cuba sekali baju kurung HasnuriHQ memang tak pilih yang lain dah. hehe.. Bukan sahaja baju kurung, tetapi ada juga Suit, blouse, jubah dan juga kurta untuk pasangan anda. Baru boleh sedondon dengan yang tersayang kan.
Material baju Hasnuri sangat selesa dan tidak panas yang menggunakan kain jenis High Quality Heavy Como Crepe. Baju dari Hasnuri memang tidak jarang, tidak berkedut, jenis memeri , lembut dan juga mudah di gosok. Dannn yang paling penting harga yang mampu milik yang bermula dari harga RM39 untuk blouse dan RM50 dan keatas untuk baju kurung.
Ini salah satu design baju dari HasnuriHq yang CR suka iaitu Jasmine Suit. Sangat selesa bila pakai pergi ke pejabat dan juga berjalan-jalan. Yang paling penting baju dari HasnuriHQ ni boleh bagi effect Kurus bila berOOTD . Itu yang syoknya.
Tapi risiko bila beli baju dalam talian ni, bila dapat baju yang tak ngam sizenya. Jangan risau Hasnuri punya baju size standard. :) Jom kita tengok apa tips semasa membeli baju secara dalam talian ni.
Tips Membeli Baju dalam talian/online di website
1. Wajib ada Pita Pengukur
Pita pengukur sangat penting ye kawan-kawan supaya kita senang nak agak kita sesuai dengan size baju yang mana. Pita pengukur pun senang je nak cari sekarang, kalau malas nak beli di Mr DIY ata eco boleh cari di shopee sahaja. :)
2. Wajib ambil tahu Ukur Lilit Badan
Bila dah ada pita pengukur, senang la nak ukur di badan sendiri. Selalu CR akan pastikan pelanggan CR tengok size chart dan pentingkan ukuran bahu,dada,dan punggung.
3. Wajib Rujuk Carta Size
Bila dah ukur, bandingkan size anda dengan size di size chart. Selalunya ukuran tu ada lebih kurang berbeza 1.0 inci. Biar besar jangan terus tak boleh pakai. huhu.. Kalau besar boleh lagi hantar alter tetapi banyak lak kerjanya kan dan kena tambah kos duit lagi yang kita keluarkan
Kalau ada yang berminat untuk cari baju2 dari hasnuriHq boleh la hubungi CR di whatsapp. klik link di bawah
Terimakasih informasinya, yuk kunjungi juga
ReplyDeletewebsite kami.....
Baju2 hasnuri memang selesa. Harga pun murah. Berbaloi beli.
ReplyDeleteTerima ksih share tips
ReplyDeleteKadang-kadang, berani-beranikan diri jugak beli baju online. Tapi setakat ni semua okay. Selalu kalau beli, akak akan pilih yang longgar sikit. Bukan apa, kalau dapat baju besar boleh lagi kalau nak alter. Buatnya dapat yang kecik memang menung sikitlah kalau nak pakai.
ReplyDelete