Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™ 2021 Menyokong Kehidupan, Menggalakkan Penjagaan Kesihatan dan Membantu Kelangsungan Hidup 3 NGO di Pahang

October 31, 2021


Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand™ 2021 Menyokong Kehidupan, Menggalakkan Penjagaan Kesihatan dan Membantu Kelangsungan Hidup 3 NGO di Pahang︱Pandemik COVID-19 merupakan satu tempoh yang amat mencabar kepada semua, dengan organisasi-organisasi kebajikan merupakan antara pihak yang paling terkesan ekoran pengurangan sumbangan daripada sektor korporat dan masyarakat awam.

Ayam Brand™, satu jenama makanan sihat dan mudah dalam tin yang terkenal dengan kualiti, tanpa penggunaan bahan pengawet dan MSG tambahan, terus memberi sokongan kepada rakyat Malaysia dengan penganjuran semula Kempen Komuniti Penyayang Ayam Brand 2021. Bertemakan #AyamBersamaMu, ia menggalakkan pilihan gaya hidup yang lebih sihat menerusi konsep 3S dalam Pinggan Sihat Malaysia, membantu kelangsungan hidup melalui program #AyamFutureCreator, pada masa sama menyumbang bekalan selama dua bulan produk Ayam Brand kepada rumah-rumah amal yang mengambil bahagian.




Kempen yang diadakan secara maya dan mematuhi SOP bagi memelihara keselamatan dan kesihatan peserta, ini membenarkan pakar pemakanan dari Hospital Pakar KPJ Damansara dan usahawan serta pencipta kandungan terkenal berusia 18 tahun, Arianna Natasha dari Arianna Kitchen, untuk berinteraksi dengan kanak-kanak di seluruh negeri. CR pun berpeluang untuk bersama-sama dengan mereka.


Usaha ini akan membantu dan mendidik 1,500 kanak-kanak dari 32 rumah amal di seluruh Malaysia, selain turut menyediakan 230,000 hidangan Ayam Brand yang sihat kepada mereka. Antara penerima sumbangan berkenaan adalah 101 kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna Kuantan, Pusat Jagaan Chahaya, dan Pertubuhan Kebajikan Rapha Kuantan.

Ms Chin Lee Foon, Pengurus Besar Ayam Brand


Menurut Pengurus Besar Ayam Brand™, Cik Chin Lee Foon, kempen CSR yang kini memasuki tahun ke-14 itu, telah menyumbang lebih 2 juta sajian sihat kepada lebih 25,000 individu dari 539 rumah amal dan NGO.

“Terdapat penekanan lebih dalam menyediakan makanan kita sendiri, memberi tumpuan kepada kepentingan kesihatan tubuh dan mental. Pasukan Ayam Brand memberi pertimbangan terhadap faktor-faktor ini dalam membentuk kempen #AyamBersamaMu agar ia bertepatan pada masanya, bersifat relevan dan berguna kepada semua peserta dengan memberikan asas dalam amalan pemakanan yang sihat dan memberikan ilham agar berupaya menjadi pencipta kandungan yang bagus pada masa hadapan dan pada masa sama menyediakan sokongan ketara menerusi sumbangan bekalan selama dua bulan berupa produk Ayam Brand kepada setiap rumah amal yang mengambil bahagian. Tambahan lagi, para peserta #AyamFutureCreator berpeluang untuk memenangi RM6,000 dalam bentuk pelan simpanan SSPN Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).” ujar Cik Chin.

Setiap rumah amal yang mengambil bahagian menerima kit permulaan #AyamBersamaMu yang terdiri daripada peralatan dapur, aksesori pencahayaan dan rakaman serta produk Ayam Brand untuk membantu permulaan pengalaman mereka menjadi pencipta kandungan. Bekalan produk Ayam Brand selama dua bulan turut merangkumi pilihan kegemaran kanak-kanak yang kaya dengan protein dan mengandungi Omega-3 khasnya Tuna Mild dan Pedas Ayam Brand, Saba Deli Natural Ayam Brand serta Kacang Panggang Keju Ayam Brand.

Ayam Brand™ menekankan sumbangan produk-produk sardin, mackerel dan tuna memandangkan kebanyakan rumah kebajikan kekurangan sumber yang mencukupi Omega-3 iaitu asid lemak yang penting tetapi tidak mampu dihasilkan oleh tubuh. Omega-3 membantu mencegah penyakit berkaitan jantung; menggalakkan aktiviti saraf yang sihat; menyokong penyerapan vitamin; memelihara sistem imunisasi yang baik dan menggalakkan perkembangan sel- sel di dalam badan termasuk perkembangan penglihatan dan otak kanak-kanak.

Pn Rushda Adiba Ismail, pakar diet dari KPJ Damansara Specialist Hospital 


Pasukan Perkhidmatan Pemakanan KPJ Damansara mengelolakan bengkel maya berkenaan Pinggan Sihat Malaysia, atau lebih dikenali sebagai #SukuSukuSeparuh, yang mengesyorkan setiap sajian terdiri daripada suku bahagian protein, suku bahagian karbohidrat kompleks dan separuh bahagian sayur-sayuran serta buah-buahan berdasarkan saiz tangan, genggaman dan tapak tangan. Panduan mudah dilihat ini boleh membantu amalan pemakanan sihat individu sepanjang hayatnya.

“Kami sentiasa percaya bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, kami komited dalam mendekati komuniti dan berkongsi pengetahuan kesihatan yang penting. Kita perlu mula mengajar golongan muda berkenaan amalan kehidupan sihat, khususnya ketika pandemik. #SukuSukuSeparuh mudah difahami dan diikuti golongan dewasa mahupun kanak-kanak untuk mereka menjalani hidup yang lebih baik.” kata Cik Rushda Adiba Ismail, Pakar Pemakanan Kanan di Hospital Pakar KPJ Damansara.

Pertandingan Pamerkan Pinggan Sihat Anda telah memperlihatkan pasukan-pasukan dari setiap rumah amal menyediakan hidangan sihat berpandukan konsep #SukuSukuSeparuh. Satu pasukan akan dinobatkan sebagai johan setiap negeri dan akan menerima trofi kemenangan, sijil penyertaan dan cenderahati dari Ayam Brand. Rumah kebajikan lain juga akan menerima sijil penyertaan dan cenderahati.


 Arianna Natasha, usahawan media sosial 
Arianna Natasha, Pengasas Arianna Kitchen dan pencipta kandungan terkenal yang berusia 18 tahun, dan mempunyai hampir 4,000 pengikut atau followers di Instagram telah memastikan bengkel #AyamFutureCreator menarik dan mudah diikuti para peserta muda.



“Saya harap program seumpama ini ada ketika saya mula menjadi pencipta kandungan. Membentuk kandungan yang menarik melibatkan usaha keras yang memerlukan kemahiran, kesabaran dan kreativiti. Program #AyamFutureCreator boleh menjadi permulaan kerjaya dan perniagaan bagi kanak-kanak ini, sekali gus membantu menjana pendapatan kepada mereka.” ujar Arianna sambil memaklumkan bahawa sandwic Ayam Brand merupakan antara snek terawal beliau pelajari semasa kecil. “Ianya amat mengagumkan kerana saya dapat bekerjasama dengan salah satu jenama kegemaran saya dan dapat membimbing yang lain”.



Peraduan #AyamFutureCreator memerlukan kumpulan kanak-kanak menghasilkan sebuah video masakan selama 1 hingga 3 minit dengan menggunakan rangkaian produk Ayam Brand dan prinsip Pinggan Sihat Malaysia #SukuSukuSeparuh, berdasarkan tutorial oleh Arianna. Kanak-kanak terlibat perlu merakam, edit, tag, meletakkan tanda pagar dan mempromosikan video mereka di laman sosial untuk mengasah kemahiran sebagai pencipta kandungan. Arianna, pasukan Ayam Brand dan Pakar Pemakanan KPJ Damansara akan menentukan para pemenang yang berpeluang memenangi pelan simpanan SSPN PTPTN yang berjumlah RM6,000.


Hidangan makanan daripada Pertubuhan Kebajikan Rapha (Kumpulan C) yang mendapat tempat pertama dalam pertandingan #SukuSukuSeparuh


“Sebagai langkah mematuhi SOP yang ditetapkan, kami tidak menganjurkan sebarang acara sejak tercetusnya pandemik Covid-19. Tentunya kanak-kanak amat gembira apabila kami mengaturkan acara maya #AyamBersamaMu. Mereka amat menyukai bengkel #SukuSukuSeparuh kerana dapat mempelajari perancangan pemakanan, para dewasa juga menyukainya. Mereka sukakan bengkel #AyamFutureCreator kerana kesemuanya ingin menjadi pencipta kandungan yang terkenal suatu hari nanti. Kami berterima kasih kepada Ayam Brand™ kerana menyokong pihak NGO bertahun-tahun lamanya. Kami amat gembira kerana terpilih menerima bekalan produk Ayam Brand selama dua bulan, khasnya pada ketika ini sumbangan adalah amat terhad. Kami amat menghargai Ayam Brand™ kerana sentiasa bersama kami dan menjaga kebajikan komuniti,” jelas Cik Grace daripada Pertubuhan Kebajikan Rapha Kuantan.




“Saya perlu memakan lebih sayur, buah-buahan, protein dan Omega-3 untuk jadi lebih sihat, tinggi dan kuat. Saya rasa saya mampu menang pertandingan #AyamFutureCreator dan memulakan perniagaan macam Kak Ary. Terima kasih Ayam Brand kerana membantu saya menjadi pencipta kandungan!” kata salah seorang peserta.


Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kempen CSR #AyamBersamaMu dan program #AyamFutureCreator, layari laman https://www.ayambrand.com.my atau https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia.

Cara buat QR Code MySejahtera untuk Rumah, Premis atau Majlis Keraian.

October 18, 2021





Cara buat QR Code MySejahtera untuk Rumah, Premis atau Majlis Keraian. ︱Assalamualaikum dan Hai. Bila dengar jer perkataan MySejahtera rasanya satu Malaysia dah lali dengan perkataan tu dan dah kenal sangat dengan aplikasi MySejahtera ni. Mana taknya, setiap kali nak masuk kedai mana-mana kita akan buka aplikasi MySejahtera ni dan imbas QR Code yang di pamerkan di setiap kedai atau apa-apa sahaja premis yang kita ingin masuk dan berurusan.

MySejahtera adalah salah satu aplikasi yang WAJIB ada ada dalam telefon bimbit setiap rakyat Malaysia. Selain dari untuk imbas QR code yang dipamerkan , ianya penting untuk kita mendapatkan suntikan vaksin kerana setiap urusan pendaftaran dan maklumat semua perlu di buat di aplikasi MySejahtera ini.



MySejahtera Check-In adalah satu fungsi tambahan dalam aplikasi MySejahtera di mana ia memberi kebenaran kepada semua jenis premis untuk mengikuti SOP Pembukaan Semula Ekonomi yang digariskan oleh Kerajaan Malaysia dalam keadaan wabak COVID-19 di Malaysia.

Pendaftaran MySejahtera Check-In adalah untuk perniagaan, premis, pengangkutan awam, majlis keraian dan lain-lain, bagi mendapat dan memaparkan Kod QR MySejahtera. Kita sebagai pengguna  MySejahtera pula boleh menggunakan Pengimbas Kod QR MySejahtera yang terkandung dalam aplikasi tersebut untuk mengimbas Kod QR yang dipamerkan di pintu sesuatu premis tu. Jom tengok cara untuk wujudkan QR Code MySejahtera tu.


Cara buat QR Code MySejahtera untuk Rumah, Premis atau Majlis Keraian



1. Klik https://mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin/ di google chrome. Bila klik akan keluar seperti gambar di bawah. Isi je maklumat yang diperlukan. Kita boleh daftar nenggunakan no telefon atau email. 

Cara buat QR Code MySejahtera untuk Rumah, Premis atau Majlis Keraian.


2. Sekiranya daftar menggunakan No telefon, kita akan dapat sms dr MySejahtera untuk dapatkan OTP code. Jika guna email, kita perlu klik link yang akan dihantar pada email kita. 

Cara buat QR Code MySejahtera untuk Rumah, Premis atau Majlis Keraian.

3. Kemudian terus ke bahagian Pendaftaraa/Registration. Isi semua maklumat yang diminta dan tekan button submit.

Cara buat QR Code MySejahtera untuk Rumah, Premis atau Majlis Keraian.


4. Dah siappp. Akan keluar QR code MySejahtera kita. Boleh la pilih untuk terus print , email me atau download. Senang klik download dulu nanti bila-bila kita boleh print QR code MySejahtera kita.

Cara buat QR Code MySejahtera untuk Rumah, Premis atau Majlis Keraian.

Mudah je kan. Selamat mencuba. Boleh la print dan laminate kemudian tampal di depan premis kita. Kalau nak nampak lain dari yang lain boleh lah tempah QR code MySejahtera dalam bentuk ukiran laser seperti di bawah. Cantik ke cantik sangat? Kalau untuk majlis perkahwinan, pertunangan atau apa-apa bentuk keraian boleh buat macam ni. Nampak lain dari yang lain. Murah je CR jual, hanya RM45 sahaja. Berminat boleh komen di bawah atau whatsapp je CR okay. Klik link whatsapp

qr code mysejahtera

cara buat qr code mysejahtera untuk kedai

cara buat code mysejahtera

 

Blog ada masalah lambat loading.

October 10, 2021


Blog Ada Masalah Lambat Loading ︱Assalamualaikum dan Hai pada yang tengah baca blog cik renex ni. Masih ada pembaca atau dah tiada ya. Maklum lah, makin lama makin sedikit CR update blog. Sebenarnya dalam draft tu ada je cerita yang ingin di tulis tapi itu lah, bila mood rajin menaip tu makin merundum, jadi hanya tinggal tulis tajuk sahaja dan masukkan gambar. Bila nak bercerita dalam entri terus blank tiba-tiba. Sekarang cuba nak ambil mood semula sempena pahang dah masuk Fasa ke empat , jadi harapnya mood rajin CR pun beralih fasa. :)

Sebenarnya, blog CR ada masalah sedikit ,tapi rasanya bukan sedikit sebab memberi kesan kepada blog CR. Masalah apa tu? Masalahnya bila CR klik link blog CR , blog CR mengambil masa yang agak lama untuk loading sampai habis. Ada masa tu terus tak boleh buka blog CR. Jadi blank page-suci putih blog CR.



Macam mana CR boleh perasan? CR dapat tahu dari Blogger Zaza sebab blog dia mengalami masalah yang sama. Zaza cadangkan pada CR untuk tukar template kerana mungkin faktor template yang menyebabkan blog kami tidak boleh dibuka homepage nya. Bila jadi macam ni, pembaca yang singgah di blog kita akan terasa bosan sebab perlu menunggu masa yang lama untuk baca info di blog kita.


Jadinya, kelmarin baru CR tukar template secara rasminya dan perasaan sayang nak tukar tu tetap ada sebab penat rasanya tukar template, tukar code ni, tambah code ni dan sebagainya. Kemudian kena test dulu template tu okay atau x dengan mobile view sebab yang menjadi masalah sekarang apabila kita buka blog guna hp. Bila CR guna laptop okay je laju loading. 


Jadinya, pada pendapat korang, okay tak template yang sekarang ni? Laju atau tak? CR ada berminat satu template ni kat etsy tapi kena bayar guna paypal. CR takde akaun paypal. Ada yang sudi nak tolong bayarkan guna acc dia tak? Nanti CR transfer bayar semula😊😁. Buat sementara waktu ni memang guna yang ni je dulu. Simple kan? 


© Blog Cik Renex