Alhamdulillah, SAH!! Cik Renex dah jadi isteri.


Alhamdulillah, SAH!! Cik Renex dah jadi isteri ︱ Pada 12.11.21 baru ni jam 10.13 pagi , Alhamdulillah dengan sekali lafaz , CR sah menjadi isteri kepada Khairul. Orang yang CR dah lama tunggu. Disebabkan masih dalam musim pandemik, upacara akad nikah masih tidak boleh dilakukan dirumah atau masjid. Kena juga buat di Pejabat Agama Daerah. Jadi hanya lima orang sahaja yang dibenarkan masuk masa akad nikah tu. Yang masuk CR, Suami CR , Ma CR, Abah dan Wali. Sedih juga sebenarnya bila macam tu tapi dah nak buat camne kan. Kena ikot SOP yang ditentukan.

Kisah kami pun tak ramai tahu dan CR pun tak bercerita sangat pada orang yang CR nak kahwin. Yang tahu hanya saudara pastu 2 3 orang kawan CR. Yang lain tu sebulan nak kahwin kot baru CR inform. Sebab tu ramai yang terkejut bila CR maklumkan nak bernikah dah. :)

Maaf pada sesiapa yang CR tak jemput dan maklumkan tentang majlis nikah CR. CR tak buat majlis besar pun. Jemput saudara terdekat dan makanan pun CR bungkus untuk beri pada tetamu dan juga hantar pada jiran-jiran terdekat.

Nanti CR akan kongsikan kisah persediaan nak bernikah ni sebab proses CR banyak sedikit disebabkan Abah dah meninggal dan berwalikan dengan Ayah Saudara. CR akan kongsikan pada next entri okay dari bermula isi borang sehingga selamat bernikah.



"Dan aku pinta kau setia denganku
Dan cintamu hanyalah untukku
Dan ku akhiri pencarian cintaku
Dengan kehadiranmu berakhirlah pencarianku

Segalanya kini padaMu ku mohon
Dan aku hanya mampu berdoa
Berdoalah agar cinta kita direstui
Kekal hingga ke syurga"


"Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakanlah Pasangan Pengantin ini zuriat yang sempurna, soleh dan solehah. Murahkan rezeki pasangan ini. Semoga rumahtangga yang dibina Sakinah Mawaddah Warrahmah dan bahagia berkekalan hingga ke syurgamu. Amin Ya Rabbal Alamin"


Dah tak boleh panggil Cik Renex kena tukar Cik Puan Renex kot dan ringkasan jadi CPR. hehe. Tapi dah selesa dengan panggilan CR jadi kita maintainkan je la ye.

12 comments

  1. selamat pengantin baru CR. semoga rumah tangga kekal hingga ke syurga

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Selesai yg wajib je pun takpe. Jimat pun jimat.
    Tahniah.. Semoga sentiasa bersabar dalam mengharungi hidup berumah tangga.

    CPR ka.. CR ka mana2 pun boleh janji masih org yg sama

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah tahniah CR. selamat melayari bahtera rumahtangga Semoga bahagia kekal ke jannah

    ReplyDelete
  4. WOW! Tahniah Cik Renex, semoga ikatan cinta ini kekal abadi hingga ke Syurga. Amin

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..tahniah CR dan suami. Semoga bahagia sampai syurga. Aaminn..cantik hasil makeup dan tarikh tu :)

    ReplyDelete
  6. Selamat pengantin baru CR, akak pun masih guna nama jer hahaha, nama pena Cik Ash asal usul anak saudara panggil hihihi,

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak. tulah da terbiasa dengan nama CR terus kekalkan jer

      Delete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex