Alhamdulillah, SAH!! Cik Renex dah jadi isteri.
Alhamdulillah, SAH!! Cik Renex dah jadi isteri ︱ Pada 12.11.21 baru ni jam 10.13 pagi , Alhamdulillah dengan sekali lafaz , CR sah menjadi isteri kepada Khairul. Orang yang CR dah lama tunggu. Disebabkan masih dalam musim pandemik, upacara akad nikah masih tidak boleh dilakukan dirumah atau masjid. Kena juga buat di Pejabat Agama Daerah. Jadi hanya lima orang sahaja yang dibenarkan masuk masa akad nikah tu. Yang masuk CR, Suami CR , Ma CR, Abah dan Wali. Sedih juga sebenarnya bila macam tu tapi dah nak buat camne kan. Kena ikot SOP yang ditentukan.
Kisah kami pun tak ramai tahu dan CR pun tak bercerita sangat pada orang yang CR nak kahwin. Yang tahu hanya saudara pastu 2 3 orang kawan CR. Yang lain tu sebulan nak kahwin kot baru CR inform. Sebab tu ramai yang terkejut bila CR maklumkan nak bernikah dah. :)
Maaf pada sesiapa yang CR tak jemput dan maklumkan tentang majlis nikah CR. CR tak buat majlis besar pun. Jemput saudara terdekat dan makanan pun CR bungkus untuk beri pada tetamu dan juga hantar pada jiran-jiran terdekat.
Nanti CR akan kongsikan kisah persediaan nak bernikah ni sebab proses CR banyak sedikit disebabkan Abah dah meninggal dan berwalikan dengan Ayah Saudara. CR akan kongsikan pada next entri okay dari bermula isi borang sehingga selamat bernikah.
"Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakanlah Pasangan Pengantin ini zuriat yang sempurna, soleh dan solehah. Murahkan rezeki pasangan ini. Semoga rumahtangga yang dibina Sakinah Mawaddah Warrahmah dan bahagia berkekalan hingga ke syurgamu. Amin Ya Rabbal Alamin"
selamat pengantin baru CR. semoga rumah tangga kekal hingga ke syurga
ReplyDeleteAminn . terima kasih
DeleteAlhamdulillah.. Selesai yg wajib je pun takpe. Jimat pun jimat.
ReplyDeleteTahniah.. Semoga sentiasa bersabar dalam mengharungi hidup berumah tangga.
CPR ka.. CR ka mana2 pun boleh janji masih org yg sama
Terima kasih sis. :)
Deletealhamdulillah tahniah CR. selamat melayari bahtera rumahtangga Semoga bahagia kekal ke jannah
ReplyDeleteTerima kasih. Aminn
DeleteWOW! Tahniah Cik Renex, semoga ikatan cinta ini kekal abadi hingga ke Syurga. Amin
ReplyDeleteAminn,terima kasih. :)
DeleteAlhamdulillah..tahniah CR dan suami. Semoga bahagia sampai syurga. Aaminn..cantik hasil makeup dan tarikh tu :)
ReplyDeleteTerima kasih awak
DeleteSelamat pengantin baru CR, akak pun masih guna nama jer hahaha, nama pena Cik Ash asal usul anak saudara panggil hihihi,
ReplyDeletethanks kak. tulah da terbiasa dengan nama CR terus kekalkan jer
Delete