Tips asas untuk kenyang dengan sepinggan nasi (Diet Suku Suku Separuh)
Tips asas untuk kenyang dengan sepinggan nasi (Diet Suku Suku Separuh) ︱Assalamualaikum dan Hai. Bila kita dengar perkataan Kurus atau Diet mesti kita akan risau untuk lapar sebab kena kurangkan makanan dalam seharian. Sebenarnya silap apa yang kita fikir tu. Untuk kurus sebenarnya kita tak perlu berlapar tapi kita perlu tahu teknik yang sebetulnya.
Sejujurnya CR pernah buat diet yang memang lapar sangat-sangat dan berat memang turun dalam 3-4 kg. Tetapi selepas seminggu terus naik semula bila tak control makan. Siapa yang pernah kenal CR tahu agaknya dulu CR agak berisi dan sekarang pun masih berisi jugak. hehehe. Tetapi jika dibandingkan dulu dengan sekarang memang jauh la beza sedikit.
Bila da sedar diri makin gemuk, tu yang CR join aktiviti Fun Run dan joging sekiranya ada masa. Antara diet yang CR pernah buat diet atkins, Intermitten Fasting, General Motors Diet dan Diet Suku Suku Separuh. Memang menjadi semua tu cuma kena kuat semangat melawan nafsu makan. Hehe.
Sekarang CR masih dalam proses untuk dapatkan berat ideal bagi memastikan BMI CR normal. Berat CR kena at least 57kg atau 58kg. Sekarang masih 63kg 62kg. huhu. CR ada tanya juga pada sepupu CR yang merupakan Pegawai Pemakanan (Nutritionist) Sektor Pemakanan Ibu, Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Nurul Zaiza tentang diet yang CR amalkan. Beliau berpendapat diet Suku Suku Separuh adalah yang terbaik. Jadi hari tu beliau ada share tips untuk kenyang dengan konsep DSSS. Jom kita amalkan sama-sama.
Tips asas macamana nak rasa kenyang hanya dengan sepinggan nasi ikut konsep sukusukuseparuh (DSSS):
1. Sebelum makan , baca bismillah.
2. Kemudian, minum sedikit air masak (sedikit, maksudnya tak sampai segelas).
3. Mulakan makan sayur yang kita dah sediakan dalam pinggan sss kita. Sesuap. Kunyah sederhana dan tidak terlalu laju
4. Kemudian sesuap/setengah potong buah. Enjoy dlu kunyah sikit2 (Juga yang kita dah sediakan dalam pinggan sss kita).
5. Then rasa sikit lauk protein sesuap yang kita dah pilih tu. Nikmati rasanya dan kunyah dengan tertib. Mungkin kita boleh berangan masa ni jadi juri masterchef utk mengkritik rasa masakan ituu. Komen dgn gaya sekali.
6. Last, baru masukkan satu set nasi+sayur+lauk dlm mulut. Jangan kunyah terlalu laju. Habiskan yg dlm mulut baru tangan kita siapkan set baru utk suapan seterusnya sampai habis. Sopan santun sikit makan, kata nak kurus.
7. Bila dah habis satu pinggan sss kita, minum skit air (sip). Jangan lupa ucapkan Alhamdulillah. Sepatutnya masa ni perut kita dh cukup dapat makanan yang badan kita perlukan.
8. Tapi kalau masih panik smpi nak nangis rasa tak kenyang, sila berborak dgn diri sndiri. Cakap kat diri sendiri untuk bersabar. “Rileks la... 2 jam-3 jam kita akan makan lagi, jangan gelabah sgt perut”... nti perut jawab “ eh, xmemasal nk salahkan aku, aku dh kenyang, mata tu yang buat hal xboleh tgk makanan”. ... maka begitulaaaa pujuk diri sndiri. Kalau xboleh jgk,
Minum air masak n cuba distract buat perkara lain.
(Point penting kat sini adalah MASA. Ia ambil masa lebih kurang 20 minit utk perut kita bgtau otak yang badan kita dah cukup makan dan kenyang. Jadi jangan makan terlalu laju. Makan dengan tenang, kunyah betul2)
Ini langkah pertama utk kawal nafsu makan.
InsyaAllah 😊
#NutritionistKKM #nutritionistzaiza
Kalau berminat untuk tengok tips lain boleh ke Fb https://www.facebook.com/nurul.zaiza
Baiklah, terima kasih untuk tips asas ni. Biasa jugak minum air dulu dan makan buah.
ReplyDelete