Nasi lemak favourite saya
February 17, 2022
Assalamualaikum dan Selamat pagi. Rindu nak update blog dengan santai santai, update cerita merepek. Hehe. Padahal boleh je sebenarnya sebab blog ini ruangan kita jadi kita bebas untuk tulis dan ceritakan apa pun sahaja. Jadi hari ini, CR nak kongsikan sarapan yang CR ambil sejak beberapa minggu ni.
Sebelum ni CR memang jarang ambil sarapan kalau kerja, sebab selalu buat Intermittent Fasting. Hanya mula makan tengahhari ataupun lepas solat Zohor. Tetapi sejak akhir-akhir ni kena ambil sarapan disebabkan kelaparan. Kita ketepikan diet kita dulu ye.
Di tempat kerja CR ada je kantin sekolah tu tapi CR jenis malas nak ke kantin masa waktu pagi. Kelas pun kadang-kadang ada waktu pagi, takkan lah nak tinggalkan makmal kan. (Padahal selalu je tinggalkan hehe) Jadinya CR pun ambil inisiatif beli sarapan di kedai tepi jalan.
Kebetulan ada suatu hari tu, nampak gerai makcik ni. Lokasi kedai makcik ni strategik sebab satu laluan ke tempat kerja dan tak perlu nak lintas jalan ke seberang jalan pun. Berhenti kereta ke tepi kemudian terus je beli.
Macam-macam dijual di gerai makcik ni. Ada nasi lemak, mee goreng, mihun goreng dan pelbagai kuih-muih. Jadi rambang mata masa mula-mula singgah hari tu.
CR macam biasa beli nasi lemak bungkus tu. Murah je RM1.50 je. Nasi pun banyak, sambal bilis, kacang, timun dan telur rebus. Untuk CR okay sangat dah dengan harganya. Kenyang alhamdulillah. Memang setiap hari CR akan singgah beli di sini. Makcik tu pun dah kenal CR tapi selalu lupa nak tanya nama makcik tu. Kalau ada nombor lagi senang nak beli kan. Tempah je siap-siap esok pagi ambil terus. Hehe.
Okay lah itu sahaja yang CR nak kongsikan pagi ni. Korang sarapan apa tu? Jom kongsikan jugak.
Platform Usahawan Malaysia - Ilmu Usahawan Percuma Online
February 12, 2022
Tahukah anda, terdapat beberapa platform usahawan Malaysia yang boleh anda sertai? Pernah dengar tentang Datuk Wira Dr Azizan Osman?
Kejayaan RichWorks Dan Datuk Wira Dr Azizan Osman
Untuk pengetahuan anda antara Kejayaan yang telah dikecapi oleh RichWorks dan Datuk Wira Azizan Osman adalah mereka telah melahirkan usahawan jutawan yang lebih daripada ratusan orang melalui Program Titanium, Spire dan Elite X.Program circle ini telah melahirkan ramai usahawan yang berjaya. Malah usahawan berjaya ini juga telah menyumbang kepada ramai rakyat Malaysia atas hasil jualan mereka.
Platform usahawan Malaysia adalah dari segi pembelajaran di RichWorks International. Selain mengikuti program bimbingan dan kelas RichWorks, terdapat juga channel yang membolehkan usahawan mendapatkan info berkaitan perniagaan yang terbukti berjaya.
Cabaran Berniaga Kini, Selepas Pandemik & Tahun 2022
Kita sering mendengar keluhan berlakunya kenaikan harga barang kan? Ia telah dikongsikan juga oleh Datuk Wira Azizan Osman. Bagi Datuk Wira, dengan Kajian yang dilakukannya, kenaikan harga barang adalah sangat tinggi dan ia menyebabkan perniagaan usahawan menjadi lebih kritikal.
Perkongsian Datuk Wira Dr Azizan Osman:
“Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.
Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.
Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.