Nasi lemak favourite saya

 Nasi lemak


Assalamualaikum dan Selamat pagi. Rindu nak update blog dengan santai santai, update cerita merepek. Hehe. Padahal boleh je sebenarnya sebab blog ini ruangan kita jadi kita bebas untuk tulis dan ceritakan apa pun sahaja. Jadi hari ini, CR nak kongsikan sarapan yang CR ambil sejak beberapa minggu ni. 

Sebelum ni CR memang jarang ambil sarapan kalau kerja, sebab selalu buat Intermittent Fasting. Hanya mula makan tengahhari ataupun lepas solat Zohor. Tetapi sejak akhir-akhir ni kena ambil sarapan disebabkan kelaparan. Kita ketepikan diet kita dulu ye. 

Di tempat kerja CR ada je kantin sekolah tu tapi CR jenis malas nak ke kantin masa waktu pagi. Kelas pun kadang-kadang ada waktu pagi, takkan lah nak tinggalkan makmal kan. (Padahal selalu je tinggalkan hehe) Jadinya CR pun ambil inisiatif beli sarapan di kedai tepi jalan. 

Kebetulan ada suatu hari tu, nampak gerai makcik ni. Lokasi kedai makcik ni strategik sebab satu laluan ke tempat kerja dan tak perlu nak lintas jalan ke seberang jalan pun. Berhenti kereta ke tepi kemudian terus je beli. 

Macam-macam dijual di gerai makcik ni. Ada nasi lemak, mee goreng, mihun goreng dan pelbagai kuih-muih. Jadi rambang mata masa mula-mula singgah hari tu. 

Sarapan nasi lemak

CR macam biasa beli nasi lemak bungkus tu. Murah je RM1.50 je. Nasi pun banyak, sambal bilis, kacang, timun dan telur rebus. Untuk CR okay sangat dah dengan harganya. Kenyang alhamdulillah. Memang setiap hari CR akan singgah beli di sini. Makcik tu pun dah kenal CR tapi selalu lupa nak tanya nama makcik tu. Kalau ada nombor lagi senang nak beli kan. Tempah je siap-siap esok pagi ambil terus. Hehe. 

Okay lah itu sahaja yang CR nak kongsikan pagi ni. Korang sarapan apa tu? Jom kongsikan jugak. 


10 comments

  1. Akak makan nasi lemak seminggu atau 2 minggu seklai tengok pada mood...murahnya nasi lemak tu...kat KL x dapat semurah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. murah kan.. kalau campur ayam n telur dadar baru mahal sikit

      Delete
  2. mudah sangat tu CR kalau harga rm1.50. yang penting kena kat tekak dan kenyang.

    ReplyDelete
  3. Harga berbaloi dengan kuantiti. Selalunya nasi lemak macam ni memang sedap.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Sedap dan berbaloi ye CR..

    ReplyDelete
  5. Okay sangat RM1.50 dengan saiz portion dan rasa dia. Senang kedai dekat tempat kerja kan. Dah ada kedai favourite tak beli tempat lain dah melainkan nak tukar selera menu lain pulak.

    Tak sarapan lagi. Agak agak lapar, brunch terus :)

    ReplyDelete
  6. Ammi dah lama tak berIF..sbb kat lokasi office yang baru ni susah betul nak cari kedai yg boleh dimakn tanpa rasa was-was

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex