Platform Usahawan Malaysia - Ilmu Usahawan Percuma Online

Platform Usahawan Malaysia - Ilmu Usahawan Percuma Online︱Usahawan perlukan platform untuk berniaga, dari segi pemasaran dan sokongan juga amat penting. Bagi ilmu usahawan, berguru dengan orang yang berjaya iaitu Mentor yang pakar juga adalah idaman ramai usahawan.


Tahukah anda, terdapat beberapa platform usahawan Malaysia yang boleh anda sertai? Pernah dengar tentang Datuk Wira Dr Azizan Osman?


Live session datuk wira dr azizan osman


Datuk Wira Azizan Osman merupakan seorang pengasas RichWorks International Sdn Bhd yang merupakan pakar pemasaran Asia Tenggara dalam bidang usahawan. Beliau sangat mahir dalam menjenamakan bisnes dan syarikat serta pengurusan kepimpinan.


Doktor Azizan Osman juga adalah seorang yang sangat komited untuk berkongsi ilmu kepada para usahawan. Maka tidak hairanlah beliau telah mengadakan program percuma, Program Mentoring serta Bimbingan usahawan.

Platform Usahawan Malaysia - Ilmu Usahawan Percuma Online

Kejayaan RichWorks Dan Datuk Wira Dr Azizan Osman

Untuk pengetahuan anda antara Kejayaan yang telah dikecapi oleh RichWorks dan Datuk Wira Azizan Osman adalah mereka telah melahirkan usahawan jutawan yang lebih daripada ratusan orang melalui Program Titanium, Spire dan Elite X.

Program circle ini telah melahirkan ramai usahawan yang berjaya. Malah usahawan berjaya ini juga telah menyumbang kepada ramai rakyat Malaysia atas hasil jualan mereka.

Platform usahawan Malaysia adalah dari segi pembelajaran di RichWorks International. Selain mengikuti program bimbingan dan kelas RichWorks, terdapat juga channel yang membolehkan usahawan mendapatkan info berkaitan perniagaan yang terbukti berjaya.


Telegram rasmi azizan osman official


Telegram Dr Azizan Osman official telah banyak memberi info yang berguna kepada para usahawan untuk melangkah lebih maju lagi dengan adanya beberapa perkongsian bermanfaat setiap hari. Terkini, mereka akan mengadakan program live session bersama Datuk Wira Azizan Osman di telegram pada setiap hari Ahad jam 8 pagi.


Sekiranya anda seorang usahawan yang inginkan platform perniagaan Malaysia percuma khas berkongsi ilmu usahawan, anda boleh sertai program live session Dr Azizan Osman.

Cabaran Berniaga Kini, Selepas Pandemik & Tahun 2022

Platform Usahawan Malaysia - Ilmu Usahawan Percuma Online


Kita sering mendengar keluhan berlakunya kenaikan harga barang kan? Ia telah dikongsikan juga oleh Datuk Wira Azizan Osman. Bagi Datuk Wira, dengan Kajian yang dilakukannya, kenaikan harga barang adalah sangat tinggi dan ia menyebabkan perniagaan usahawan menjadi lebih kritikal.
 


Perkongsian Datuk Wira Dr Azizan Osman:


“Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.

Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.

Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini.


richworks


Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup.

Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.

Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?

Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.

Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!

Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.

Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.”


Live session Datuk Wira Dr Azizan Osman


Ulasan:

Hal ini menyebabkan usahawan mula terasa perniagaan adalah tidak senang dan agak sukar. Begitu juga dengan kisah berkaitan pemilik syarikat yang mengalami kerugian, bisnes hampir tutup ataupun sudah ditutup.


Biarpun syarikat adalah lama dan besar, namun jika tiada ilmu pemasaran yang betul ketika ini, syarikat boleh jatuh teruk dan terkubur. Jika ditanya tentang perniagaan yang boleh dilakukan pada keadaan sekarang, semua perniagaan yang dilakukan mempunyai risiko dan kelebihan masing-masing, ujarnya.

Kata Datuk Wira Dr Azizan Osman, paling penting adalah bagaimana mereka membawa perniagaan tersebut. Pasaran memainkan peranan yang penting untuk sesebuah syarikat berkembang dengan lebih maju lagi. Jadi pentingnya ada ilmu bagi kita memahami pasaran.

Sambungan Perkongsian Datuk Wira:

Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang.

Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.

Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.

Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.

Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.

Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?

Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.

Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.

Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.”


Platform Usahawan Malaysia - Ilmu Usahawan Percuma Online

Ulasan:

Ahli Titanium patut menggunakan segala kemudahan untuk segala pengajaran dan bimbingan. jika tidak agresif dan berjuang bersungguh-sungguh, perniagaan tetap turut terjejas.

Gunakan apa ilmu yang kita ada supaya perniagaan berkembang. Jadi, jangan sia-siakan ilmu yang telah dipelajari ya! Bagi anda yang inginkan ilmu dan inginkan mentor yang betul, platform usahawan Malaysia adalah secara percuma untuk anda.


Live session Datuk Wira Dr azizan Osman

Apapun, perkongsian Datuk Wira sangat bermanfaat buat kita semua. Sekarang, barulah tiba-tiba rasa berada di zon yang tak selesa. Kena bersedia ni, nak jadi usahawan berjaya tak boleh terkapai-kapai!


Jom sertai Program Live Session bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman di Telegram Azizan Osman Official, Ahad, 8 pagi.

1 comment

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex