"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022 ︱ Assalamualaikum dan Hai. Sedar tak sedar kita dah masuk Ramadan yang ke-13 kan. Macamana puasa anda setakat ini? Dah ada plan nak berbuka puasa dengan pakej buffet di Hotel atau restoran tak? Hujung minggu yang lepas CR berpeluang berbuka puasa di Ancasa Royale Pekan Pahang. Tahun ini tema buffet ramadan mereka adalah "Poh Paleh Wey".

"Poh Paley Weh" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

Sesuai dengan tema "Poh Paleh Wey" ni, memang poh palehh weyyy banyak betul menu yang disediakan pihak hotel sampai CR dengan en. suami tak tahu nak makan yang mana satu. Dalam gambar ni tengah termenung nak makan apa lagi kejap lagi ni. Hehe. Yang specialnya juga kami dapat merasa Panna Cotta yang disediakan oleh Chef Zamri. Sedap sangat.

Antara menu utama di dalam Buffet Ramadan Poh Paleh Wey ini adalah Nasi Pilaf, Burung Puyuh goreng, Tempe Sambal Jawa, Ikan Patin Tempoyak, Ketam Lemak Cili Api dan pelbagai lagi. Bawah ni antara menu-menu utama di Ancasa Royale Pekan untuk 2022 ini. 

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

Buffet ramadan pahang bawah rm100

Dan kebiasaannya, dimana-mana buffet ramadan mesti orang akan mencari Kambing Golek. Di Buffet Ramadan Ancasa Royale Pekan, kambing golek memang jadi permintaan dan kita boleh tengok sendiri kambing dibakar oleh Chef Ancasa. 

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

Selain daripada itu juga, buka puasa kita akan lebih lengkap bila kita berbuka dengan Ulam Ulam kampung, Tapai Ubi Kayu, Tapai Pulut, Ikan Masin Talang, Ikan Jeruk Gelama dan juga Jantung pisang. Disempurnakan pula dengan Sambal Mangga, Sambal Kicap Manis, Sambal Belacan , Sambal Tempoyak dan Sambal Cincalok. Pehhh, Poh paleh wey, sedap sangattt. CR tidak ketinggalan ambil petai dan ulam dimakan dengan Sambal Belacan. Memang sedap sangattt.

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

Terdapat pelbagai menu air untuk hilangkan dahaga kita sepanjang kita berpuasa seharian. Antaranya adalah air Air Batu Campur, Lai Chi Kang, Nescafe ais, Teh Ais, Sirap Selasih, Bandung Cincau, Lemon Serai, Mango Susu, Sirap Selasih dan Pandan susu. Nak air panas pun ada juga disediakan.

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

Sudut yang menjadi perhatian CR adalah bahagian pemanis mulut. Poh paleh wey, banyok ngat pilihannya sampai tak tahu nak ambil yang mana. Semua nampak menarik dan sedap wehh. Ada kuih muih tradisional, creampuff, churos, Mango puding, pelbagai jenis kek, Puding roti, bubur dan sebagainya. 

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

Jadi, jika anda masih mencari-cari tempat buffet untuk berbuka puasa bersama keluarga dan kawan-kawan, boleh la cuba buffet di Ancasa Royale Pekan Pahang ini. Harga yang berpatutan dengan menu-menu yang disediakan. Keluasan tempat makan pun agak luas, ada juga bahagian outdoor. 

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

"Poh Paleh Wey" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

"Poh Paley Weh" Buffet Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang 2022

Harga Buffet Ramadan : 

Dewasa : RM98
Kanak-kanak : RM58
Warga Emas : RM58

untuk tempahan boleh hubungi di talian 09-4246600 atau 018-9161462 

Untuk  lagi jimat , boleh ambil pakej sekali dengan bilik. Dah alang-alang sampai Pekan, terus la menginap di Ancasa Royale Pekan kan. Nanti CR akan cerita pengalaman CR stay di Ancasa Royale Pekan Pahang .

Staycation sekali buffet ramadan

Secara keseluruhannya, CR sangat berpuas hati dengan semua menu di Buffet Ramadan Ancasa Royale Pekan Pahang ni. Bak tema mereka tahun ni, Poh paleh wey, memang sedap amat. Menu pun poh paleh wey banyak sangat sampai tak tahu nak makan yang mana. Sampai tak larat nak naik bilik sebab perut kenyang sangat. hehe. Itupun ada yang CR terlupa nak ambil, bila tengok semula gambar mula rasa teringin nak pergi makan sini lagi. Huhu. So, anda semua jangan lepaskan peluang untuk merasa buffet ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang yer. 

3 comments

  1. Nasi beriani tu sedap, pekena dengan kambing gulai kentang memang umph!

    ReplyDelete
  2. Lama tak gi buffet macam ni semenjak PKP. Kenangan betul Pekan tu. Pernah belajar di IKM TSYA sekejap tapi cabut lepas bergaduh. Ada keluarga angkat @ keluarga kawan baik juga di Taman Peramu Jaya.

    ReplyDelete
  3. Selepas PKP rasa macam tua sangat nak makan dekat luar takde selera. Rimas tengok orang ramai

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex