Daging Kerbau RM50 sekilo?? Penangan Hurry Raya Terkejut
May 11, 2022
Daging Kerbau RM50 sekilo?? Penangan Hurry Raya Terkejut︱ Assalamualaikum dan Hai. Rasanya tahun ni semua terkejut dengan pengumuman Raya dan ada yang tak sempat prepare apa-apa langsung kan. Suasana Hari Raya CR? Agak kelam kabut juga sebenarnya dan situasi kelam kabut ni memang sinonim dengan tahun ni. Dah 2 tahun kita beraya PKP tiba-tiba tahun ni kita dapat Raya Awal. Mana nak terkejut kan.
Petang puasa 29 Ramadan tu, CR buat kuih mazola. Last minit buat sebab mood baru sampai dan mujur buat petang tu kalau tak,tak merasa la mazola pagi raya sebab esoknya dah raya. Ma CR dah bagitahu yang tahun ni confirm raya awal sehari tapi CR dengan confirmnya cakap jarang kalendar salah. Selalunya betul sokmo. Sekaliiii, bila tiba pengumuman hamikkk kauu, Esoknya Raya.
Sebelum pengumuman tu kami ada masalah bekalan daging kerbau untuk buat rendang. CR dah tempah awal daging tu 2kg tetapi dah bukan rezeki tak cukup pulak dagingnya dan tak dapat lah bahagian CR. Frust jugak rasa. Jadinya kalut la mencari daging lepas berbuka puasa tu. Tengah kalut-kalut drive ke rumah orang sembelih tu akak CR call bagitahu yang esoknya Raya. Terkejut lah kami dalam kereta tu dan terus buat keputusan ke Kerayong cari ayam atau kot-kot terserempak dengan orang jual daging, beli je lah.
Nak dijadikan rezeki ada satu yang buka dan berbunga la hati kami. Tetapi alangkah terkejutnya kami bila tanya harga sekilo berapa. RM50 sekilo yer kawan-kawan. Mentang-mentanglah raya terkejut, harga daging pun nak bagi orang terkejut jugak. Nak tak nak, dah tiada pilihan lain beli la jugak. Tak lama lepas kami beli tu,dengan owner tu cakap, "nak pergi lagi sembelih lembu ni,banyak permintaan". Memang ramai pun yang datang lepas kami beli daging tu.
Balik dari beli daging terus suami CR potong daging dan CR sambung bakar kuih mazola yang tak siap2 lagi. Bulatan pun tak sama besar dah, ada kecik ada besar. huhu. Kemudian kalut-kalut iron baju pulak. Memang semua buat dengan "hurry" yer. huhu
Menu pagi 1 Syawal kami yang simple sahaja. Lemang pagi raya tu baru pergi ambil , ketupat tu CR beli frozen dan rebus nasi impit. Kuih raya pun isi pagi raya tu jugak. Lepas Zohor baru CR pergi beraya ke rumah mak saudara dan pak saudara. Raya ke 2 CR dah balik ke rumah mentua. First time tahun ni beraya di rumah mentua. Cuti tahun ni pun CR ambil lama ,selalu raya ke 3 kena kerja dah. Tahun ni Raya ke 9 baru kerja hehe.
Itulah kisah Hurry Raya 2022 CR. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Maaf andai ada terasa hati dengan kata-kata CR.