Cuci gambar murah

June 20, 2023

cuci gambar murah, cuci gambar size 4R, print gambar murah

Cuci gambar murah  Assalamualaikum dan Hai. Rasa lama tak menaip dan berkongsi kisah di blog kesayangan ini. Hari ni maca free sikit dan ada kerajinan untuk update blog ini. Ada tak di sini suka ambil gambar dan rasanya memang semua orang suka bergambar dan ambil gambar untuk dijadikan kenangan kan. Pernah tak semua gambar yang korang ambil tu hilang disebabkan handphone mengalami masalah?

CR PERNAH.

Bila jadi macam tu memang sedih dan kecewa sebab gambar kenangan dah hilang begitu sahaja. Macam kes CR ,bukan save dalam handphone tetapi save dalam laptop. Laptop CR ada masalah jadi kena format dan semua gambar dan files tidak dapat diselamatkan. Sedihnya rasa  sebab kenangan tak mungkin dapat ulang kembali ,kebanyakkan gambar yang hilang adalah gambar bersama arwah Abah. Sedih.

Jadi untuk lebih selamat, sekarang CR kerap cuci gambar atau buat photobook. Tetapi nak edit photobook tu kena ambil masa jadi memang dah lama tak buat. Sekarang cuci gambar je dan simpan dalam album. Pabila rindu bertandang boleh la belek-belek album tengok gambar lama jadi terubat rindunya. :)

Kalau ada siapa-siapa yang nak cuci gambar, boleh piyem CR. Size yang diprint adalah size 4R dan diprint atas kertas Fujifilm photo. Confirm hasil gambar yang wow. tapi pastikan gambar yang dihantar juga berkualiti dan jangan kabur. Nanti hasil tak memuaskan lak,



50 keping : RM28
100 keping : RM50


Antara customer CR yang pernah cuci gambar dengan CR.




Jika berminat boleh whatsapp CR dan send gambar melalui Telegram. Bila send menggunakan telegram kualiti gambar tidak akan kurang dan cantik. Nak send guna email pun boleh jugak. So jom kita cuci gambar dan jadikan kenangan sentiasa ada dengan kita.


Lirik Watak Kasih - Soll Ahmad (ost Perempuan Itu)


Ost perempuan itu

Lirik Watak Kasih - Soll Ahmad

Sirna 
Disaat ini
Jelas semuanya dimataku
Hati dan jiwamu tak aku miliki

Tentu 
Kau kan mengerti 
Jika aku melepaskan mu
Segala cinta ini 
Demi dirimu

Hanya aku 
Yang memendam rasa cinta kita

Hanya aku
Yang mengharap tibanya bahagia

Kita
Bagaikan memaksa hati
Untuk terus mencintai
Namun sukar merindui

Kita
Hanyalah berwatak kasih
Tapi tidak memahami
Hati yang telah pun menyisih

Hanya aku,
Yang memendam rasa cinta kita

Hanya aku,
Yang mengharap tibanya bahagia

Kita
Bagaikan memaksa hati
Untuk terus mencintai
Namun sukar merindui

Kita
Hanyalah berwatak kasih
Tapi tidak memahami
Hati yang telah pun menyisih

Kita 
bagaikan memaksa hati
Untuk terus mencintai
Namun sukar merindui.


© Blog Cik Renex