Lupa bayar domain blog
Assalamualaikum dan Hai. Entah la sejak akhir-akhir ini CR cepat sangat jadi pelupa. Mungkin disebabkan oleh faktor usia,MUNGKIN. 😅 Ada orang cakap pula, kerapa sangat makan semut la tu, tu jadi pelupa. Rasanya tak pernah lagi makan semut sekilo ke sekampit ke. Hehe. Ada juga lagi orang kaitkan sebab baru lepas beranak, tetapi CR kena czer bukan putus urat sebab meneran beranak kan.
Apa-apa jelah kan. CR hari ni nak kongsikan yang CR terlupa nak bayar duit domain. Beberapa hari sebelum due date tu CR perasan dah notification email dari NetKl tu tetapi buat tak tahu lagi sebab kononnya nak tunggu gaji dlu. Rupa-rupanya masa gaji CR terus terlupa mengenai bayaran domain tu. Selesaikan yang lain sampai terlupa nak bayar domain blog.
Makanya, bila CR cuba masuk blog CR, terus panik sebab link tu tak boleh akses. Jadi macam gambar di bawah ini.
Laju lahh PM netkl tu tanya bila dah terlepas tarikh tu boleh ke lagi nak renew dan kekalkan link tu. Risauu weh kalau tiba-tiba dah tak boleh guna cikrenex.com tu dah. Sayang cikrenex tu. Huuu. Netkl pun laju servis dia, laju je bila kita chat dia di messenger FB. Boleh je guna link tu lagi dan tak boleh bayar lewat lebih sebulan
Alhamdulillah. Lega. Korang boleh baca post ni maksudnya blog cik renex dah pulih. Semoga CR pun makin bersemangat nak update cerita di blog. Rindu blog sebenarnya dan macam-macam cerita nak share tapi tu lah, M_ _ _S tu menjelma.
i pun nak kena renew domain bulan depan terus pergi check bila nampak post CR takut terlupa nanti..hehe
ReplyDeleteHee dah renew belum tu?
DeleteKadang terlupa jugak. Tapi nasib baik diorang berkali-kali hantar emel peringatan.
ReplyDeleteKann..kdg tu awal sangat lagi abaikan dulu emel tu..last2 lupa
DeleteWak pakai yang gratis aje
ReplyDeleteLagi mudah kan wak..hehe
DeleteGhisau sangat kan kalau tak dapat semula tu. Mujurlah masih boleh lagi. Lepas ni jangan lupa lagi tau.
ReplyDeletebusyra pun kadang terlupa. haha. rasanya bulan 10 ni kena renew
ReplyDelete