Selamat Tahun Baru 2024 semua

 


Sedar tak sedar kita sudah melangkah ke tahun baru iaitu 2024. Rasa macam baru je lagi masuk ke tahun 2023 tiba-tiba eh dah masuk tahun 2024. Begitu cepat masa berlalu atau kita yang biarkan masa berlalu tanpa melakukan perkara yang baik dan tanpa sedar sudah sampai ke penghujungnya.


2023 begitu banyak kenangan suka dan duka. Penuh dengan cubaan dan dugaan. Penuh dengan kenangan manis dan juga pahit. Semua itu mematangkan kita semua. Semua yang berlalu memerlukan kesabaran, kekuatan dan ketabahan dari diri kita agar dapat melalui semuanya dengan sempurna. 


Awal tahun 2023 dikejutkan dengan pemergian umi tersayang. Belum puas rasanya untuk menumpang kasih umi tapi umi begitu cepat telah kembali ke penciptaNya. Semoga arwah umi Samsiah Binti Hamzah ditempatkan bersama-sama orang yang diredhaiNya. Mohon sedekahkan alFatihah untuk umi. 


Penghujung 2023 pula dikejutkan dengan perpindahan rakan sekerja yang hampir 11 tahun berkerja bersama-sama. Sedih yang amat rasanya dan sampai sekarang terasa kurangnya. Adat bekerja, bila da cukup masa akan ada operasi pertukaran tempat kerja tu, cuma nasib CR tak terlibat padahal yang 10 tahun ke atas terlibat. Moga ukhwah persahabatan antara kita akan kekal selamanya Kak Na & Kak Zah. 


Sepanjang tahun 2023 juga CR sibuk berulang ke klinik dan hospital untuk temujanji anak bertuah CR Mikhail kerana bayi pramatang memang banyak TCA. Semoga tahun ini dah berkurang jumpa doktornya dan Mikhail pun sentiasa sihat. Aminn


Semoga tahun 2024 ini kita semua akan menjadi yang lebih baik dari sebelumnya dan segala hasrat kita tercapat. Segala urusan juga dipermudahkn dan dikurniakan kesihatan yang baik. Aminnn yra


Semoga tahun 2024 ini juga CR semakin rajin update blog kesayangan ini jugak. Aminnn yra

5 comments

  1. Aamiin.. selamat tahun baru CR

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baru 2024 . Semoga segala azam tahun baru dipermudahkan

    ReplyDelete
  3. Selamat Tahun Baru sis.. Moga sentiasa dalam dilindungan Allah :)

    ReplyDelete
  4. semoga tahun baru ni kita sama-sama dapat tingkatkan lagi ibadah dan sentiasa dilindungi olehNYA.. amin..

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex