Lirik Lagu Setia Menunggumu | Sabhi Saddi (Ost Andainya Takdir)

Assalamualaikum dan Hai


Sabhi saddi
(Sumber)

Siapa yang layan drama Andainya Takdir? Sesungguhnya aku baru nak layan sebab sebelum ni layan HSC. Tapi dah beralih arah ke drama ni. Jangan tanya kenapa. Kang kena kecam. Huhu. Tapi jujurnya drama Andainya Takdir ni memang sangat terbaik. Semua pelakon berjaya bawak watak mereka dengan cemerlang. Lakonan Shukri Yahaya dan Nina Iskandar. Memang banyak komen untuk drama ni. Rata2 semua memuji dan geram dengan watak2 antagonis dalam drama ni. Hehe

Dan baru ni akak aku tag kat satu status ni yg menunjukkan Airil tu sebenarnya ada penyakit Othello Syndrome tu jadi macam tu dan Tihah tu pulak Stockholm Syndrome.


Penyakit Othello syndrome adalah kelainan emosi di mana seseorang merasa yakin bahawa pasangannya itu tidak setia atau curang, walaupun tanpa memiliki bukti yang jelas. Lebih mudahnya disebut cemburu buta.  [Sumber]

Medical Definition of STOCKHOLM SYNDROME
:  The psychological tendency of a hostage to bond with, identify with, or sympathize with his or her captor [Sumber]

Betul atau tak aku tak pasti. Tapi yang nyata bila tengok drama tu rasa geram yang amat pada watak Airil tu. Kalau kita kat tempat Tihah tu pun mungkin kita akan bertahan jugak sebab anak. Balqis pun watak dia tak pernah mengecewakan. Syabas dik. Tapi sepatutnya Tihah tu kena jugak melawan Airil. Bawak je lari anak dia dan tinggalkan tempat tu. Pergi luar negara ke luar negeri ke. Bukannya takde duit kan. Emo pulak rasa weh bila aku layan drama ni. Padahal aku bukan layan dari episod pertama. Dah hujung2 baru aku layan. Tapi memang terbaik lah drama ni. Thumbs up!

Dan dalam drama ni ada satu lagu yang aku suka. Aku ni bila dengar lagu best dalam drama mula la nk cari. Tips nak cari lagu kat google,korang salin satu atau dua baris lirik dalam lagu tu kemudian taip je kat google.  Nanti keluar la tajuknya. Tapi tak semua lagu aku dapat. Ada masanya tak jumpa jugak haha. Yang kali ni jumpa. Nyanyian Sabhi Sadhi yang bertajuk Setia Menunggumu. Gigih pergi cari kat youtube dan salin lirik. Huhu.

Lirik Lagu Setia Menunggumu - Sabhi Saddi
(Ost. Andainya Takdir)

Mencintaimu itu yang ku tahu
RIndunya bila tak memandang wajahmu

Ku cuba dan ku
kan terus mencuba
mendampingi dirimu sayang

ku kan terus menunggu
menunggu dirimu
sampai mati pun
cintaku hanya untukmu

oh tuhan beri aku kesempatan
untuk diriku memilikinya

Tak akan pernah walau sesaat
ku akan melupakan dirimu sayang
tak akan pernah ku menduakanmu
kerana engkau yang ku cinta

bagaimanalah usahaku untuk melupakan
seraut wajah yang mencuri hatiku
telah ku cuba untuk melupakan dia
namun ku tak mampu melupakannya

bukan aku tak cinta
bukan aku tak sayang
tapi ku takut akan terluka

Ku tak bisa hidup tanpa ada kamu
ku tak bisa bila kau tiada

Ku kan setia menunggumu


#sedihlaklayanlagusambiltengkokvideo


19 comments

  1. haha...sama la akk dh beralih dari HSC ke Andainya Takdir..mmg terbaik lakonan Shukri Yahya yg psycho juga pencinta gila..

    ReplyDelete
  2. e'in tak tengok pun cite nie.. tapi lagu ost die memang best.. hihi

    ReplyDelete
  3. Saya tak ikut lagi cerita ni..takutnya nak start nanti takleh stop teremosi ni. T_T

    ReplyDelete
  4. Akak mmg tak tengok sangat drama nie, hihi.. =) tapi bila dengar lagu OST nie, rasa macam meruntun jiwa la plak..

    ReplyDelete
  5. Saya jarang tengok tv.
    Tak ada geng

    ReplyDelete
  6. cerita ni mmg terbaik.. gandingan yg tak salah.. dua2 pelakon hebat. best sngt.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum. Tahniah kerana anda terpilih sebagai salah seorang pemenang Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals!
    Untuk keterangan lanjut dan cara untuk menuntut hadiah anda, sila klik pautan di bawah ini. Terima kasih dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1438H. Maaf Zahir dan Batin.

    http://www.zukidin.com/2017/06/keputusan-duit-raya-giveaway-by-abam.html

    ReplyDelete
  8. Tak pernah miss tengok waktu suami dia kejar nk pukul mcm tgk hantu ju on haha

    ReplyDelete
  9. Ada jugak terlayan cite ni.. tp jenjarang jerk la..

    ReplyDelete
  10. nanti baru nak marathon tengok online cerita ni sebab belum terjebak lagi.huhu

    ReplyDelete
  11. aah . ada layan sekejap ritu. memang boleh tahan gak jalan cerita dia. geram kat mertua tu. haha

    ReplyDelete
  12. Ada tengok a few episodes but tak sampai habis. Cannot tolerate with Airil's act towards his wife. Rasa geram sangat. It reminds me of someone yang memang cemburu buta, but belum lagi sampai naik tangan.

    ReplyDelete
  13. Cerita ini haih, geram gila tengok! Tapi tahu dia sakit tapi haih, geram jugak. Dan takut nanye. Huhu. Lagu ni best. Siqah suka lagu Aiman Tino jugak 😍

    ReplyDelete
  14. trending drama ni di FB...hehe. Tp zie tak pernah tgk

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex