Boleh ke pakai inai bercorak?

Boleh ke pakai inai bercorak? | Assalamualaikum dan Hai. Kerap kali bila kita menghadiri majlis perkahwinan pastinya pengantin perempuan akan berinai di jari dan ada sesetengahnya akan melukis corak di tangan dan kaki. Pelbagai corak yang dilukis yang sangat-sangat cantik kan. Tapi yang menjadikan isu, boleh ke perempuan memakai inai yang bercorak?

Boleh ke pakai inai bercorak?

CR ada baca satu buku yang mengatakan bahawa hadis yang mengharuskan wanita memakai inai tidak menyebut secara jelas cara-cara memakainya, sama ada mencelup seluruh tapak tangan, memakainya di hujung jari atau melukis di belakang tapak tangan. Dan tiada pula larangan memakai menggunakan cara-cara tertentu.

Jadinya, ia boleh difahami bahawa semua cara adalah harus termasuk melukis corak. Walaubagaimanapun, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibernarkan. Manakala corak-corak haiwan, lambing dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

Berikut adalah dalil yang menunjukkan harus bagi wanita memakai inai di jari atau di tapak tangan.

1. Sayidatina Aisyah r.a menceritakan:

Seorang wanita menghulurkan surat kepada Rasulullah saw dari belakang tabir. Rasulullah enggan menghulurkan tangannya untuk menerima surat itu sambil berkata: “Aku tidak tahu,adakah tangan lelaki atau wanita?” Wanita itu menjawab: “Wanita.” Baginda bersabda: “ Kalau engkau seorang wanita,pasti engkau akan mengubah kuku-kukumu, iaitu dengan inai.” (Riwayat Abu Dawud dan Nasa’i)

2. Daripada Sayidatina Aisyah r.a berkata, maksudnya:

Rasulullah saw tidak suka melihat wanita yang tiada di tangannya kesan inai. (Riwayat Baihaqi)

(Sumber : Buku Wanita Cantik Masuk Syurga)



Dan CR jenis yang suka inaikan kuku. Dulu masa kecik rajin sangat pergi ambil daun inai dan tumbuk sendiri. Nak bagi pekat warna tu siap campur beras lah,arang lah. Gigih sangat masa kecik3 ritu. Selalu masa cuti sekolah je berinai sebab masa hari persekolah kan tak boleh berinai. Rinduunyaa. Hee

Boleh ke pakai inai bercorak?


Dan baru ni CR juga ada berinai dan melukis corak di tangan CR. Kebetulan Sabtu baru ni CR ke Kuantan dan singgah sebentar di Teluk Cempedak. Sempat lah melakar inai bercorak di situ. Harga bermula dari RM8 dan keatas. Pilih je corak apa yang berkenan.

CR teringin sebenarnya nak belajar melukis inai bercorak ni tapi tak berkesempatan lagi nak testing dulu. Sibuk sangat. Huhu.

Siapa disini suka berinai jugak?

15 comments

  1. cik nor jarang berinai..xsuka kuku bewarna..hihi

    ReplyDelete
  2. pelukis inai ni mmg kreatif dan berseni kan =) suka tgk hasil inai awak ni =D

    ReplyDelete
  3. Suka juga pakai inai lukis ni..
    biasanya time wedding la...

    ReplyDelete
  4. Pakai masa kahwin je.. hehehe.. lepas tu tak pakai dah..

    ReplyDelete
  5. Mai suka pakai inai daun, wangiiii sgt..pastu rasa nak sumbat je jari dlm lubang hidung. hahahaha.

    ReplyDelete
  6. Ana teringin nak buat tp rasanya tak sesuai dengan warna kulit ana. So pakai je lah inai biasa dkt kuku. Hehe

    ReplyDelete
  7. busyra mmg susah nak pakai inai.. tp busyra suka kuku nmpak warna merah... hehe

    ReplyDelete
  8. wahh tqq for sharing CR . cantik corak inai atas tu

    ReplyDelete
  9. Mama suka sgt pakai inai Di kuku. Rasa mcm feminine gitu

    ReplyDelete
  10. Akak zaman anak dara dulu sokmo pakai.. Loni sejak kahwin xpakai dah xtaw la kenapa teringin tapi malas nak pakai

    ReplyDelete
  11. sukaaaaaaaaaaaaa berinai kuku tapi waktu kahwin haritu mak tak bagi azah pakai inai bercorak :D hhee

    ReplyDelete
  12. Siqah tak minat sangat pakai inai. Tapi suka tengok orang pakai inai tambah lagi yang bercorak. Cantik je tengok. Kalau bunga takpelah kan. Kalau gambar binatang ke pelik2 tak payahlah nak dijadikan corak kan. Tak cantik pun. Hehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex