Slingsbag dari Zalora

Slingsbag dari Zalora  | Perempuan dan handbag mana boleh dipisahkan. Rasa macam tak lengkap bila kita keluar tanpa bawa handbag,paling kurang pun kena bawa purse juga. Seperti yang kita tahu banyak jenis beg untuk wanita ni. Antaranya adalah handbag,purse,clutches,sling bag,backpack dan macam-macam lagi lah.

Banyak-banyak pilihan beg, Cik Renex lagi gemar dengan slingsbag berbanding handbag yg kena pegang ala2 mak datin tu. CR pernah beli dua je handbag sebegitu yang lain semua sling bag. 

Jadi baru ni CR telah berjaya merembat dua slingsbag dari Zalora. Bila dah buka website tu memang rambang mata weh,terus rasa nak beli semua tapi bajet kita hanya RM100 jer. Nak dekat beberapa hari juga CR survey dalam website Zalora tu baru lah jumpa yang berkenan di hati.



Slingsbag zalora

Nama pun blogger kan. Sebelum buka parcel kena ambil gambar dulu. Nasib la ada ma yang sudi snapkan gambar. Baru balik kerja terus semangat bila tahu barang dari Lazada dah sampai. Nak tahu apa yang CR beli,sambung baca di bawah ni lagi.


Slingsbag zalora

Tadaa,CR beli slingbag ni yang harganya sangat murah okay. RM25 sahaja. CR ada beli satu lagi slings bag tapi tak rasmikan lagi,nanti la CR revealkan bila dah pakai yer.




zalora

Cantik tak? Siapa cakap tak cantik,denda 50sen. huhu. CR pakai beg ni bila keluar jalan-jalan jer,tak bawa pergi kerja sebab ruang dia tak berapa besar sangat. Tak muat untuk segala barang CR yang biasa di bawa pergi kerja. Satu je slack beg ni,tak boleh buka luas2 bahagian atas tu ,yang lain ok. CR puas hati sebab muat untuk masukkan purse,handphone,power bank dan charger. Beg alat makeup je tak muat letak dalam ni.

Kalau berminat untuk tengok design yang lain,jangan lupa klik website dibawah ini ya. Happy Shopping!



Jadi anda pula bagaimana? Lebih suka beg style slingsbag atau yang lain? 

15 comments

  1. lawa CR. warna dia tu rare. mek ambik tote. hihi. mek suka tote. mek bet CR dah bacekan yg mek punya review.

    ReplyDelete
  2. Dah lah cantik murah pula tu kan. Suka ana shopping dekat zalora. Byk boleh beli. Hehe

    ReplyDelete
  3. cantikkkk! aira peminat slingbag hehe

    ReplyDelete
  4. macam sling bag IQ jugak, tapi IQ punya dua tali halus,
    IQ suka sling bag jugak. lagi mudah nak bawak, dari beg mak2 datin, beg IQ mesti ada tali panjang kalau jenis ada tali pendek sekalipun

    ReplyDelete
  5. Siqah pun lagi suka sling bag. Kalau beg macam mak datin tu boleh guna pergi majlis tertentu je. Sling bac paling selesa.

    Suka warna sling bag Reen :)

    ReplyDelete
  6. Cantik² juga bag dekat zalora ni...
    bulan lepas beli 3..

    ReplyDelete
  7. Cantiknya!! Oh nama dia slings eh? Hehe ^^ sorry hana tau purse dengn handbags je...

    ReplyDelete
  8. sling bag ni sesuai utk anak gadis. mudah dibawa berjln2.

    ReplyDelete
  9. satu perasaan semacam bila masa menunggu dan lepas dpt barang yg kita beli tu..syok sorang2 senyum sampai telinga..heheheh

    ReplyDelete
  10. cantikkknya....rabia ni kaki beli beg..slingbag mmg lawa...

    ReplyDelete
  11. cantiknya beg baruuuu :)) berbaloi. murah pun murah tu. jemput singgah blog, ada entri tips hamil : susu kambing + kurma :)

    http://zaza96.blogspot.com/2018/01/tips-hamil-susu-kambing-dan-kurma.html

    ReplyDelete
  12. Cantik sling bag ni.. Murah pulak tu.. Haih buat Husniey tak keruan nak godeh Zalora sekarang juga.. Hehehe

    ReplyDelete
  13. lawa la sling bag cik reen... berkenan kita

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex