OST Tiada Arah Jodoh Kita - Rahsia Tuhan (Ippo Hafiz)

OST Tiada Arah Jodoh Kita - Rahsia Tuhan (Ippo Hafiz) | Assalamualaikum dan Hai. Berakhirnya drama fenomena Kekasih Paksa Rela, maka fenomena drama lain pula bakal berlaku. Drama baru yang menggantikan pun tidak kurang hebatnya iaitu drama yang berjudul Tiada Arah Jodoh Kita. Samarinda Tiada Arah Jodoh kita ini juga diadaptasi dari novel yang tajuk yang sama hasil karya Ezza Mysara.

rahsia tuhan ippo hafiz
PELAKON SAMARINDA TIADA ARAH JODOH KITA

Sinopsis 

Bila orang tersayang belajar overseas lepas tu curang? Itu klise sangat. Tapi bila orang tersayang balik dari overseas lepas tu tiba-tiba pinangkan kita untuk orang lain, itu kategori apa ya?

“Pia... Kalau betul kau sayangkan aku dan percayakan aku, tolong terima untuk jadi isteri Wakeel. I’m begging you.” - Fayyad Syakir

“Kau ingat hati ni macam duit dalam bank boleh buat transaksi ikut suka hati kau?” - Afia Awliya

“Dia sakit. Hidup dia tak lama...” - Fayyad Syakir

“Kenapa? Bila lelaki tu kahwin dengan aku, dia akan hidup selamanya ke?” - Afia Awliya

Namun bila mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Tapi kena berhadapan pula dengan abang Wakeel yang dingin, beku, laser lagi menyakitkan hati.

“Awak tahu dia sakit? Awak tetap nak kahwin dengan dia? Ke awak rancang nak bolot semua harta dia selepas awak bergelar ‘janda’ nanti?” - Megat Aathif

“Hah, baguslah kalau awak dah tahu. So, jagalah harta tu elok-elok sebab nanti kurang pula duit nak beli tiket ke syurga, kan?” - Afia Awliya

Mengahwini Wakeel tak termasuk dalam list acuan hidupnya. Tapi jodoh, maut, ketentuan sungguh di tangan Tuhan. Selama bergelar isteri Wakeel, tak pernah sehari pun dia tak dihujani bahagia. Tapi takdir yang menyatukan mereka dan takdir jugalah yang memisahkan mereka.

“Janji dengan saya, Liya. Walau apa pun yang jadi, jangan pernah berhenti cari bahagia awak. Jangan berhenti.” - Megat Wakeel

Tatkala jiwa itu sarat dibanjiri rindu pada yang telah pergi, dia dihujani dengan dua lamaran. Fayyad kembali menagih janji lama. Aathif pula... Kenapa tiba-tiba dia boleh ada dalam kisah hidup Afia?

“I’m back! Saya akan gantikan bahagia awak yang hilang, Pia.” - Fayyad Syakir

“Saya akui saya tak pandai jaga hati orang. Tapi... saya nak jaga hati awak!” - Megat Aathif

Masih adakah bahagia setelah bahagia yang dahulu telah berlalu pergi? Mampukah Afia untuk memilih jika hatinya telah kosong?


ippo hafiz rahsia tuhan
sumber

Baca sinopsis tu buat aku tertarik untuk layan drama ni. Lagi-lagi disebabkan Shukri Yahaya yang berlakon. Lakonan dia tidak pernah mengecewakan. Yang ditayangkan di tv aku xsure episod berapa, tapi aku baru layan dua episod cerita ni. Rasa geram pulak bila kita tunggu orang lain, orang tu boleh lamar kita untuk kawan dia pulak. Nanti mula la menyesal dan tagih cinta kita semula. Masa buat tak fikir perasaan orang kan. Emo pulak. hee  

Dan macam biasa drama ni ada dua lagu best iaitu Kau Takdirku nyanyian Siti Nurhaliza dan Rahsia Tuhan nyanyian Ippo Hafiz. Bila pertama kali dengar lagu Rahsia Tuhan ni dah agak siapa penyanyinya. King OST kita Ippo Hafiz. hehe. Jom layan..



Ippo Hafiz - Rahsia Tuhan 


Tak Mungkin
dan Tak mungkin kau kembali 
Hanya untuk, meneruskan Cinta 
yang telah Terhapus 

Tangis diri, musnah kan aku 
Sayu Hati ku Telah Menanti
Menanti kamu, Tiap waktu

Ku sedar Bukan, kuasa Ku, 
Hanya Tuhan Yang Bisa Memberi
Cinta Dia Maha Indah 
Ditakdirkan bersama 

Tak Mungkin
Ku lupa akan bahagia bersamamu, 
Dan Tak Mungkin 
Ini adalah Jodoh Kita... Haaaa Haaaa.... 

Ku sedar Bukan, kuasa Ku, 
Hanya Tuhan Yang Bisa Memberi, 
Cinta Dia Maha Indah
Ditakdirkan Bersama,

Hanya kepada Dirimu, bukan Jodoh, 
Yang ku Maksudkan, 
Kerna ada telah tertulis, 
Itu hanya Rahsia Tuhan


"Izinkan Aku Selami Jiwamu"

11 comments

  1. drama ni best...
    memang boleh layan sampai tamat...

    ReplyDelete
  2. baca sinopsis macam menarikk.. dan mesti sedih cerita ni!

    ReplyDelete
  3. Lagu dan jalan cerita matching!😍
    Husniey suka drama ni

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing cik Renex!!! ^^

    ReplyDelete
  5. Hahaha stress pula baca sinopsis dia.

    ReplyDelete
  6. Ana tgh nak marathon drama ni reen. Ramai kata best juga. I is to be terjebak.😅

    ReplyDelete
  7. nasib tak tengok drama nih
    kalau tidak nanti tak leh tinggal
    hehehe
    lagu boleh tahan sedap juga

    ReplyDelete
  8. Tak tengok pun drama ni.. layan drama DFK dgn Nedy aje.. hihi

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex