Sering Berjaga Setiap Malam? Ini KESAN Buruk Jika Tak Tidur Sehari Hingga Lebih 3 Hari, BAHAYA!
Sering Berjaga Setiap Malam? Ini KESAN Buruk Jika Tak Tidur Sehari Hingga Lebih 3 Hari, BAHAYA! Susah tidur malam isu yang sering dialami oleh individu dewasa. Namun tanpa disedari masalah tidak cukup tidur ini boleh mendatangkan impak bahaya kepada diri.
Susah tidur malam bukan perkara remeh!
Bagi individu yang sering berdepan tekanan, sama ada melibatkan tugasan kerja atau peribadi, kurang tidur atau susah untuk melelapkan mata adalah masalah biasa.
Tidak tidur semalaman boleh membuatkan anda berasa lemau. Anda mungkin akan mengalami sakit kepala, berasa tidak selesa dan sukar menumpukan perhatian kepada tugasan harian.
Keletihan dan tidak cukup tidur boleh memberikan banyak kesan buruk kepada diri. Cuma ia jarang sekali menyebabkan kematian.
Walaupun begitu, dalam keadaan tidak mendapat rehat yang mencukupi, ia boleh meningkatkan risiko anda kemalangan ketika memandu atau melakukan pekerjaan berbahaya.
Apa yang dimaksudkan tidak cukup tidur?
Apabila anda tidak mendapat tidur yang mencukupi untuk 1 atau 2 jam setiap malam, ia boleh mengakibatkan hari anda menjadi tidak produktif.
Ia bukanlah sesuatu yang berbahaya, bukan?
Tetapi apabila anda secara kerap susah tidur malam, ia akan memberikan kesan kepada tahap kesihatan anda dengan cepat. Antaranya:
Masa tindak balas yang lebih perlahan
Perubahan emosi
Risiko lebih tinggi untuk mengalami penyakit fizikal
Memburukkan simptom kesihatan mental
Susah tidur malam untuk tempoh lama
Apa pula yang akan berlaku jika anda tidak dapat tidur semalam atau untuk tempoh yang panjang daripada itu?
Anda mungkin biasa susah tidur malam untuk 1 atau 2 malam. Ini mungkin kerana anda perlu berjaga sepanjang malam untuk menyiapkan tugasan kerja atau thesis.
Umumnya, badan memerlukan tidur untuk memulihkan fungsi badan. Tabiat buruk yang tidak tidur dua tiga malam, boleh mengakibatkan beberapa kesan negatif terhadap badan.
Semakin lama anda tidak tidur malam, semakin buruk akibatnya.
1 hari
Berjaga untuk tempoh 24 jam boleh mempengaruhi anda dengan cara yang sama seperti mabuk.
Berdasarkan penyelidikan, individu yang tidak cukup tidur untuk tempoh 20 hingga 25 jam, boleh mempengaruhi fokus dan prestasi seperti tahap alkohol darah (BAC) 0.10%.
Di kebanyakan negara, anda dianggap mabuk apabila mempunyai bacaan BAC 0.08%.
Sekiranya anda berjaga sepanjang hari, amat disarankan untuk mengelakkan memandu atau melakukan sesuatu yang berbahaya.
Kurang tidur juga mendatangkan kesan seperti:
- Rasa mengantuk di siang hari
- Kelam-kabut
- Perubahan emosi seperti mudah marah
- Sukar membuat keputusan atau menumpukan perhatian
- Rasa menggigil atau ketegangan otot
- Kesukaran untuk mendengar atau melihat
1.5 hari
Selepas 36 jam anda susah tidur malam, anda akan mula mengesan akibat yang lebih buruk kepada tahap kesihatan dan fungsi badan.
Gangguan yang berpanjangan kepada kitaran berjaga-tidur menyebabkan diri berada di bawah tekanan.
Sebagai tindak balas, badan akan meningkatkan pengeluaran hormon stres, iaitu kortisol.
Apabila berlaku ketidakseimbangan hormon, ia boleh memberikan kesan kepada fungsi dan tindak balas khas badan.
Anda mungkin akan menyedari perubahan kepada mood dan selera makan, peningkatan tahap tekanan, menggigil atau perubahan suhu badan.
Pengambilan oksigen juga berkurangan apabila anda telah berjaga untuk sepanjang tempoh ini.
Kesan lain apabila tidak cukup tidur untuk tempoh 36 jam termasuklah:
- Ingatan bercelaru
- Tenaga dan motivasi berkurangan
- Tahap fokus yang singkat atau ketidakupayaan untuk kekal memberi perhatian
- Kesukaran kognitif, termasuk kesukaran membuat keputusan
- Keletihan dan rasa mengantuk yang kritikal
- Masalah untuk bercakap dengan jelas atau mencari perkataan yang tepat
2 hari
Tidak tidur selama 48 jam, menyebabkan anda sukar berhubung dengan persekitaran anda.
Kesan umum susah tidur malam akan bertambah buruk. Anda akan semakin sukar menumpukan perhatian atau mengingati sesuatu perkara.
Kecenderungan untuk jatuh sakit meningkat kerana sistem kekebalan badan tidak mampu melawan penyakit seperti biasa.
Masalah microsleep adalah kesan paling bahaya yang boleh berlaku. Ia apabila anda hilang kesedaran untuk tempoh singkat, daripada beberapa saat hingga 30 saat.
3 hari
Pada tempoh ini segalanya akan menjadi semakin pelik. Anda sukar menumpukan perhatian kepada perbualan, tugasan kerja serta pemikiran sendiri.
Jantung anda mungkin akan berdegup lebih laju daripada biasa. Anda juga akan mengalami tekanan, kegelisahan atau paranoia apabila tidak cukup tidur selama beberapa hari.
Persepsi anda terhadap realiti juga akan terjejas. Anda mungkin akan mengalami:
- Khayalan dan halusinasi
- Membuatkan anda percaya kepada maklumat yang tidak tepat
- Mencetuskan fenomena topi, iaitu anda berasa tekanan di kepala
Lebih daripada 3 hari
Tidak tidur selama 3 hari atau lebih adalah sesuatu yang sangat berbahaya. Kesan sampingan yang disenaraikan di atas akan menjadi semakin buruk.
Risiko untuk mengalami kemalangan semasa memandu atau melakukan tugasan berbahaya akan meningkat kerana anda cenderung berdepan microsleep.
Otak akan mula berhenti berfungsi dengan baik dan boleh mengakibatkan kegagalan organ. Dalam kes jarang berlaku, anda berdepan risiko kematian.
Tidur yang mencukupi
Kebanyakan individu dewasa memerlukan tidur antara 7 hingga 9 jam setiap malam. Waktu tidur yang optimum bergantung kepada beberapa faktor termasuk jantina dan usia.
Tidur yang mencukupi penting untuk kesihatan badan secara keseluruhan.
Jika anda mengalami masalah susah tidur malam, dapatkan pemeriksaan dengan pakar untuk mendapatkan rawatan sewajarnya.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Dulu mmg selalu susah tidur malam..tp skg waktu tidur tak menentu dah..cuma dh xlewat2 lagi mcm dulu
ReplyDeleteTak boleh bayangkan tak tidur dalam 24jam langsung. Selalu tak cukup tidur bangun malam nyusukan anak je pon dah magrain 😢
ReplyDelete