Mencuba Menu Dulang Korean Platter di D'Mukmin Cafe Temerloh Pahang

Mencuba menu dulang "Korean Platter" di D'Mukmin Cafe Temerloh

Mencuba menu dulang "Korean Platter" di D'Mukmin Cafe Temerloh︱Assalamualaikum dan Hai. Selamat menikmati hujung minggu bersama yang tersayang. Buntu bila orang tersayang ajak keluar makan tapi tak tahu nak makan dimana? Lepas tu pulak dia request nak makan ala-ala korea? Jangan risau, kali ini CR nak berkongsi satu kedai makan di area Temerloh Pahang yang menyajikan makanan ala-ala korea gitu. Boleh la bawa yang tersayang ke sana.

Rasanya orang sekitar sini mesti tahu Restoran Terapung yang terletak di belakang Cowboy tu kan. Pastinya ingat sebab itu satu-satunya tempat makan di atas air di Temerloh ini. CR pun pernah berkunjung dan merasa makan diatas air. Restoran tu dah bertukar lokasi sejak awal tahun kalau tak silap lah dan diberi nama baru iaitu D'Mukmin Cafe.

Lokasi D'Mukmin Cafe (aras atas)
 
D'Mukmin Cafe terletak di tengah-tengah bandar Temerloh iaitu di Dynaton Bukit Angin Temerloh Pahang. Lokasi yang sangat strategik kerana bila dengar perkataan Dynaton Bukit Angin, orang dah tahu situ memang banyak cafe dan butik pakaian. D'Mukmin Cafe terletak di bahagian atas yer dan kemudahan untuk letak kereta pun mudah. Cuma kena berjalan kaki sedikit untuk ke kedainya. Meja kerusi yang disediakan juga banyak jadi jangan risau tidak ada tempat untuk makan. 

CR dan oppa Lee Min Ho :)
  
D'Mukmin Cafe menyajikan pelbagai jenis menu antaranya menu Western dan Korean Platter. Disebabkan CR die-hard-fan Lee Min Ho oppa makanya CR pilih untuk merasa Korean Platter dari D'Mukmin Cafe. Makan korean Platter baru leh fefeling duk korea kan.



Ada 3 jenis Korean Platter yang Mukmin Cafe sediakan iaitu Nami Platter, Jeju Platter dan Gangnam Platter. Tak tahu nak pilih yang mana , jadi CR pun pilih ketiga-tiga menu tu. Jom kita tengok setiap satu-satu menu tu.

1.Nami Platter (RM29)


Yang pertama adalah Nami Platter. Nami platter ada 6 ketul Sweet & Spicy Fried Chicken, 5 ketul Honey Butter Fried Chicken dan 5 ketul Soy Garlic Fried Chicken. Untuk yang penggemar pedas boleh la makan yang sweet spicy tu tapi tahap kepedasannya tidaklah melampau sangat . Kalau tidak tahan pedas, boleh cuba makan yang honey butter dan soy garlic. CR suka dengan honey butter tu sebab ada manis-manis madu. Yang specialnya platter ini ada Seaweed Wedges. 

2. Jeju Platter (RM29)


Menu kedua adalah Jeju Platter. Dulang ini ada menyediakan Meat Bulgogi, 4 ketul Korean Fried Chicken dan juga Spicy Ramen dan Wedges. yang paling CR suka adalah Meat Bulgogi dia. Daging Bulgogi kedai ni BEST dengan rasa sos yang berbeza!! Kalau tak silap CR kedai ni mengunakan sos bulgogi yang diimport bukannya kicap biasa dari Malaysia. Patut lahhh sedap lagi2 makan daging bulgogi tu dengan balutan salad tu. Spicy Ramen tu memang pedas macam ramen biasa kita makan tu tapi sedap. Makan ramen dulu baru makin daging. Takdelah rasa pedas sangat nanti. :)

3. Gangnam Platter (RM39)



Menu yang seterusnya adalah Gangnam Platter. Dulang ini ada 8 ketul Korean Fried Chicken, Chicken Grill, Mac & Cheese, Seaweed Fries, dan Blackpepper Sauce. Mac & Cheese dia Daebak!! Dah pedas-pedas makan Korean chicken, cover balik pedas tu dengan makan Mac Cheese. Sos Blackpepper dia pun sedap sangat untuk makan dengan chicken grill tu.


Satu platter ni sangat sesuai untuk 2 hingga 3 orang. Menjimatkan bukan?? Memang kenyang sangat dah bila makan ni. Antara 3 platter nih, CR paling suka Jeju Platter sebab jatuh hati dengan daging bulgogi dia. Rasanya teringat-ingat sampai sekarang.


Oh terlupa pulak yang baru-baru ni D'Mukmin Cafe ada perkenalkan menu baru iaitu Honeycomb Icecream. Ada seketul sarang madu, golden boba, cornflakes dan Vanila Ice Cream. Sedap sangat lagi-lagi bila aiskrim tu dah cair. Boleh la cuba bila datang ke D'Mukmin cafe nanti.

Lokasi Mukmin Cafe | Restoran Terapung D Mukmin
NO 49 DYNATON BUKIT ANGIN
( Hujung sekali, sebaris Sidin Cafe )
Hari : Selasa - Ahad ( Cuti Isnin sahaja melainkan diberitahu )
Waktu operasi : 5 petang - 12 malam ( last order 11.30 malam )


3 comments

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex