Pengalaman buat ujian Covid-19 guna Kit Ujian Kendiri Covid-19(Covid-19 Antigen Rapid Self-Test)
Pengalaman buat ujian Covid-19 guna Kit Ujian Kendiri Covid-19(Covid-19 Antigen Rapid Self-Test) ︱Assalamualaikum dan Hai.
SIAPA YANG PERLU BUAT UJIAN KENDIRI COVID-19
Kit Ujian Kendiri COVID-19 boleh digunakan untuk :• Saringan kendiri oleh mana-mana individu yang ingin mengetahui status COVID-19;
• Individu yang mempunyai kontak dengan kes COVID-19; ATAU
• Saringan-saringan lain yang bersesuaian (seperti Pintu Masuk Antarabangsa, rentas negeri, saringan pra-pekerjaan, pra-kemasukan ke institusi tinggi dan lain-lain)
PERSEDIAAN DAN PENGUMPULAN SAMPEL DAN PENGENDALIAN UJIAN
Pengumpulan sampel dan pengekstrakan sampel bendalir mulut atau nama lainnya air liur harus digunakan menggunakan tiub pengumpul yang telah disediakan bersama kit. Jangan menggunakan tiub pengumpulan lain. Sampel jugak harus diuji dengan segera.
Harus diingatkan juga, sebelum melakukan ujian, kita tidak boleh memasukkan apa-apa pun ke dalam mulut termasuk makanan,minuman atau rokok sekurang-kurangnya 10 minit sebelum buat ujian. Disarankan juga lakukan ujian ini pada waktu pagi.
Langkah 1
- Pasang corong ke tiub pengumpulan sebelum pengambilan sampel.
- Batuk dengan kuat sebanyak 3-5 kali untuk mengeluarkan bendalir mulut(oral fluid) dan terus masuk ke corong alat pengumpul.
- Ulangi langkah di atas untuk pengambilan sampel sehingga bendalir mulut mencapai garis skala yang ditunjukkan pada tiub pengumpulan.
Langkah 2
- Keluarkan corong dari tiub pengumpulan.
- Masukkan keseluruhan kandungan buffer ke dalam tiub pengumpulan.
- Pastikan tiub pengumpulan ditutup dengan ketat. Picit perlahan bahagian bendalir mulut tu selama 10 saat bagi memastikan larutan dah sebati.
Langkah 3 (Pengendalian Ujian)
- Keluarkan kit ujian dari pek foil(gunakan dalam 1 jam) dan letakkan di permukaan yang rata dan bersih.
- Titiskan 2 titik sampel yang diekstrak ke dalam lubang sampel pada kit ujian tersebut.
- Tunggu sehingga garis berwarna muncul. Baca keputusana dalam masa 15 minit. Jangan baca keputusan selepas 20 minit.
- Buang kit ujian yang telah digunakan ke dalam beg biokeselamatan yang diberikan.
No comments
Post a Comment
Terima kasih atas komen dan pendapat anda.