Majlis Syukuri Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang bersama Anak Yatim dan Asnaf

Majlis Syukuri Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang bersama Anak Yatim dan Asnaf

Majlis Syukuri Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang bersama Anak Yatim dan Asnaf | Sempena bulan Ramadan yang mulia ini CR berpeluang menyantuni satu Majlis Syukuri Ramadan di Ancasa Royale Pekan bersama-sama dengan anak-anak yatim dan asnaf. UDA Holdings menerusi AnCasa Royale Pekan, Pahang - rangkaian hotel milik UDA mengambil langkah murni menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) UDA Cares sempena meraikan bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Majlis Syukuri Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang bersama Anak Yatim dan Asnaf



Kira-kira 180 tetamu dari sektor korporat dan kerajaan termasuk VIP dan jemputan dari UDA Holdings Berhad berbuka puasa bersama kanak-kanak di Ballroom hotel itu. Majlis itu dihadiri tetamu kehormat, YBHg Datuk Norliza Abdul Rahim, Pengerusi UDA Holdings Berhad. Antara tetamu yang hadir ialah Encik Azrudyn Rashid, Naib Presiden Eksekutif/ Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pengurusan Aset Kumpulan, UDA Holdings Berhad, Encik Shah Azam Khan, Naib Presiden Kanan, Ketua Hospitaliti. Ancasa Hotels & Resorts, Encik Abdul Halim Md Yusuf, Pengurus Besar Ancasa Royale Pekan dan Puan Radziah Binti Mohamed Fadzil, Ketua Pemasaran & Komunikasi Korporat Kumpulan, UDA Holdings Berhad.


Dengan diiringi oleh guru-guru mereka, lima belas kanak-kanak dari Rumah Anak Yatim dan Miskin Darussalam Al Mukhtar, Jalan Rompin Lama Pekan, 5 kanak-kanak Pertubuhan Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Miskin, Kampung Ketapah dan 20 kanak-kanak dari JPKK Pulau Rusa dan JPKK Mukim Ganchong telah dijamu dengan pelbagai hidangan kegemaran Ramadan tradisional dan lazat termasuk pencuci mulut yang menyelerakan.

Majlis Syukuri Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang bersama Anak Yatim dan Asnaf

Majlis dimulakan dengan  bacaan Doa dari Ustaz Wan Anas bin Wan Shahrudin Al Hafiz dari Sekolah Rendah Islam Tahfiz Integrasi Mahkota. Acara kemudiannya adalah Ucapan Perasmian dari  YBhg Datuk Norliza Abdul Rahim . 

Menurut  YBhg Datuk Norliza Abdul Rahim, objektif program ini adalah untuk mengeratkan hubungan UDA dengan komuniti di wilayah perniagaan UDA. Inisiatif CSR UDA Cares ini selari dengan konsep penjenamaan baharu UDA iaitu LIFE - Life, Integrated, Finesse dan Enrich yang diperkenalkan sempena Ulang Tahun ke-50 UDA pada tahun lalu sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa menyokong UDA selama ini.

“Saya percaya dengan adanya penjenamaan baharu, UDA akan terus utuh menggalas peranan mewujudkan komuniti inklusif di wilayah pembangunan serta perniagaan UDA, dan bersama-sama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi melahirkan lebih ramai lagi Keluarga Usahawan, yang mampu menyumbang kepada kestabilan ekonomi negara setelah negara memasuki fasa peralihan ke endemik pada 1 April lepas,” katanya.



Majlis Syukuri Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang bersama Anak Yatim dan Asnaf

Menurut beliau menerusi program ini, UDA akan menghulurkan sumbangan zakat berjumlah RM26,000.00. Manakala RM14,000 lagi disumbangkan kepada Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Jerantut untuk diagihkan kepada asnaf yang layak MPWK diwakili Ahli Undangan Negeri Bukit Ibam, Yang Berhormat Datin Shamsiah Haji Arshad yang hadir bagi menerima sumbangan tersebut.


Kemuncak acara itu ialah penyampaian Duit Raya RM50 serta Baju Kurung dan Baju Melayu bernilai RM250 bagi setiap kanak-kanak oleh Datuk Norliza Abdul Rahim, Pengerusi UDA Holdings.


Majlis Syukuri Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang bersama Anak Yatim dan Asnaf



Majlis Syukuri Ramadan di Ancasa Royale Pekan Pahang bersama Anak Yatim dan Asnaf

Acara diakhiri dengan wajah riang dan senyuman anak-anak kerana mereka mempunyai Baju Raya baharu untuk dipakai pada sambutan Hari Raya akan datang. Alhamdulillah. Tahniah dan Terima Kasih pada Uda Holdings dan Ancasa Royale Pekan atas keprihatinan tersebut.

Poh Paleh Wey Ancasa Royale Pekan

Bertepatan dengan Fasa Peralihan ke Endemik ini, pihak AnCasa Royale Pekan, Pahang turut merebut peluang merancakkan kembali operasi perniagaan dengan menawarkan pelbagai promosi menarik antaranya pakej Buka Puasa Ramadan Buffet 'Poh Paleh Wey' sepanjang bulan Ramadan.

Untuk maklumat lanjut boleh ke 

1 comment

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex