Sedap Ayam Goreng Dsara Fried Chicken Temerloh

Dsara Fried Chicken Temerloh

Assalamualaikum dan Hai. Baru ni CR berkesempatan merasa ayam goreng Dsara Fried Chicken. Sebelum ni terdetik dalam hati  bila lalu depan  kedai ni, Bilalah nak merasa menu di kedai ni. Selalu je tak berkesempatan nak singgah beli.  Sebelum ni tak pernah dengar dan tahu mengenail Dsara ni. Bila nampak kedai tu buka di Temerloh barulah CR tahu kewujudannya. Rupa-rupanya DSara Fried Chicken telah mempunyai 12 Restoran & Cube Restoran yang beroperasi di dalam premis perniagaan di semenanjung Malaysia. CR je la baru tahu. Huhu


Pertama kali masuk dalam kedainya, wah besar jugak ingatkan tak banyak mejanya untuk dine in. Rupanya banyak dan selesa untuk makan bersama keluarga. Ada disediakan kerusi untuk sikecik anda dan juga ada televisyen yang menyajikan drama kartun . Tak pasti memang selalu pasang channel kartun atau kebetulan ada baby dalam tu,staf pun pasang chanel kartun. Tak begitu pasti yang tu.



CR pilih menu yang ada dua ketul ayam , bubur nasi, coeslow dan air. Tak perasan awalnya ada bubur tu, bila da siap tengok eh ada bubur. Satu set ni RM16.00. Ayam goreng dia besar dan rangup bila di makan. Sedappp.  Makan masa panas-panas lak. Sedap weh , rangup lapisan luar tu. Jangan risau jika xnak makan ayam,  ada jugak set burger dan untuk anak2 anda. Boleh cuba nanti taw. Jom support bisnes Dsara Fried Chicken. 



Sedap Ayam Goreng Dsara Fried Chicken Temerloh
SUMBER : FB


INFO DSARA FRIED CHICKEN

DSARA GLOBAL SDN. BHD atau lebih dikenali sebagai Dsara Fried Chicken merupakan sebuah syarikat milikan tunggal yang ditubuh kan pada tahun 2008 dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Sebuah syarikat milik penuh 100% bumiputera.Dsara Fried Chicken merupakan pengeluar ayam goreng dengan 1001 rahsia rempahnya yang tersendiri.
Memulakan perniagaan ini secara kecil-kecilan dengan hanya membuka konopi tepi jalan dan sehingga kini kami sudah memiliki hampir 40 kiosk express dan 2 premium restoran dibawah Dsara Fried Chicken. Syarikat jugak turut dibimbing oleh KEDA, Syarikat ini mengamalkan Prinsip Golden Rule “ terus menjadi No 1 dihati kumpulan pelanggan dan jenama kita terpahat teguh diminda dan hati mereka, Pandang ke hadapan dan pandang kehadapan.Dan dengan “MOTTO” syarikat Simply Fresh Food. 

No comments

Post a Comment

Terima kasih atas komen dan pendapat anda.

© Blog Cik Renex